Waktu - 5.30 petang.
Situasi - Duduk termenung seorang diri.
Aku menghela nafasku dengan agak berat. Memikirkan apa yang telah aku lakukan seharian ini, oh bukan sehari ini, tetapi telah berhari - hari lamanya. Dan telah mencecah usia 4 bulan lamanya. Satu jangka waktu yang benar - benar menduga jasmani, emosi dan ketahanan imanku sendiri.
Aku sudah tidak mahu menangis lagi. Aku hanya perlu bergerak dan melakukan apa sahaja yang terdaya. Aku sudah menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta. Ya, hidup dan matiku hanya untuk DIA.
Pelbagai usaha telah aku lakukan, tetapi belum menampakkan suatu yang memberangsangkan. Aku tidak kecewa, malah semakin kuat aku berusaha. Kerana aku yakin, jika DIA tidak memberikannya didunia, maka aku pasti, DIA akan memberikan balasan yang MAHA HEBAT diakhirat kelak.
Tiba - tiba dalam lamunanku. Aku terdengar suara ayam dalam satu kumpulan. Agak bising dan riuh sekali. Aku memanjangkan leherku. Memerhati keadaan sekeliling. Oh, memang benar ada sekawan ayam, atau boleh dikira sebuah keluarga, dimana terdapat seekor ibu, seekor ayam jantan dan anak - anak yang berderet.
Aku termenung dan memikirkan sesuatu yang aneh. Ya, bagaimana ayam itu boleh berada disitu, sebuah kawasan taman permainan kanak - kanak. Sedangkan disitu cuma ada sebuah rumah sahaja. Itupun agak jauh dari taman tersebut.
Seperti ada sesuatu, tarik, menarik dan tertarik. Dimana aku memerhati perlakuan sekumpulan anak - anak ayam itu. Bila si ibu berjumpa dengan makanan, ia akan berbunyi memanggil anak - anaknya untuk makan. Dan setiap kali berjumpa lagi dengan sesuatu untuk dimakan, si ibu akan memanggil lagi anak - anaknya yang berlari mendapatkan si ibu dan makanan.
Si anak akan bermain dan makan apabila si ibu berjumpa dengan rezeki yang diperolehinya. Dan menariknya, si ibu tidak pula makan bersama, tetapi membiarkan si anak makan terlebih dahulu sehingga si anak bergembira dan terus bermain.
Aku ingin membawa fikiran pengunjung kepada sebuah sirah Nabi. Dimana terdapat sebuah kisah, dimana Nabi Muhammad menghadiri sebuah majlis kesyukuran. Apabila diserahkan "BEKAS YANG PENUH" berisi makanan. Tiba - tiba, Nabi Muhammad mengarahkan Sayyidina Abu Bakar untuk memberikan makan itu kepada sahabat - sahabat yang lain terlebih dahulu, bermula dari sebelah kanan beliau.
Dan bekas makanan itu terus beredar mengikut pusingan, dimana sahabat yang hadir begitu ramai. Ini membimbangkan Sayyidina Abu Bakar, mengenangkan beliau berada diposisi kedudukan yang terakhir iaitu disebelah kiri Rasulullah.
Namun, anehnya apabila bekas makanan itu tiba ketangannya, Sayyidina Abu Bakar mendapati, bekas makanan itu masih banyak lagi isinya. Dan apabila Sayyidina Abu Bakar memandang wajah Rasulullah, Rasulullah hanya tersenyum, seperti memahami apa yang tersirat difikiran Sayyidina Abu Bakar.
Dua kisah ini, sengaja aku bawakan untuk direnung bersama. Terlalu banyak kisah yang tersirat. Dimana yang utama dan pokok kepada peristiwa itu adalah. Seorang pemimpin itu MESTI dan WAJIB untuk memberikan makanan dan keselesaan kepada rakyatnya. Rakyat MESTI dan WAJIB diutamakan dan didahulukan dalam semua perkara.
Pemimpin adalah wakil kepada rakyat. Pemimpin adalah HAMBA kepada rakyat. Peminpin adalah KULI rakyat. Pemimpin adalah KHADAM kepada rakyat. Itu yang sering kita dengari selama ini.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Makanan yang terhidang untuk seorang pemimpin kelihatan begitu mewah. Manakala rakyatnya, masih ada yang terpaksa mengira 'berapa butir beras' untuk dimakan di siang hari. Pemimpin naik kereta besar dan mewah, sedangkan rakyatnya disuruh ubah cara hidup, dari naik kereta kepada naik motor, dari naik motor kepada jalan kaki. Dan banyak lagi.
Aku cuma terfikir, beginikah kehidupan seorang - WAKIL, HAMBA, KULI dan KHADAM kepada rakyat ?
Tidak perlu pergi jauh. Cuma, bayangkan bagaimanakah kehidupan dan GAYA HIDUP seorang KHADAM.
Oh, jauhnya dari mengikut sunnah dan GAYA HIDUP Rasulullah. Hatta GAYA HIDUP para sahabat dan para khalifah amirul mukminin !
Berapa ramai para sahabat yang tergolong didalam golongan kaya raya (billionaire) diwaktu itu. Tetapi apabila menjadi pemimpin UMMAH, mereka menjadi miskin. Kerana apa ? Kerana mereka TAAT kepada titah perintah dari ALLAH, mereka GERUN, TAKUT dan begitu CEMAS, mengenangkan AZAB, AZAB dan AZAB yang MAHA DAHSYAT diakhirat, jika mereka bersikap ZALIM kepada ummah.
Renung - renungkanlah.
11 comments:
dimanakah bapak ayam ittewww? bersabar jelar abang long..
hmmm betul la Abg Long...
harap2 abg long cepat dapat kerja yaaa .. moga Allah permudahkan rezeki kite semua aminnnnn aminnnn
sebutir, dua butir, tiga butir, empat butir, lima butir and so on
salam abang long....
Kalau nak dibandingkan dengan zamaN RASULULLAH dan para sahabat memang tak terbanding rasanya.
sebenarnya persoalan yang sama menjadi topik perbualan kelaurga saya semenjak dua menjak ni.tapi apakan daya kita mendapat pemimpin yang bergembira diatas tangisan rakyatnya. hmmmmmmm
kekadang rasa mcm nk suh pemimpin tu berbelanja dgn RM3000 ja sebulan. nak tgk depa buleh manage tak expenses depa tu dgn segala kenaikan harga brg dan bla bla bla...dgn hanya RM 3000 je SEBULAN..
agak2 ada mana2 pak menteri yg nak sahut cabaran ini tak??? ekekek
juz my 2cent..uhukss..
salam,
abang long
hati yang tenang ialah merasa cukup dengan apa yang adakan!
insyallah, ada ganjaran bagi hambanya yang sabar.
saya dulu menganggur selama dua tahun sebelum dapat pekerjaan tetap. malu usah dikira.
habis segala kerja kuli/belasahan orang saya buat demi sesuap nasi. cuma minta sedekah di jalanan je tidak . dalam dua tahun itu dua kali jatuh motor dan teruk jugalah terbaring berhari-hari dari perjalanan pulang temuduga kerja..
rezeki datang tanpa disangka tapi kena usaha.sudah dapat e-mel saya?
Salam Abang Long & semua!
Sekali memakan harta haram, sukar untuk berundur. Justeru, pemakan harta haram juga hendaklah "taubatan nasuhan".
Salam.
salam ziarah..
bilalah nak dpt merasa kerja sendiri.. sendiri boss, sendiri kuli..
Dan biarkan pemimpin2 leka dan laqa dgn dunia 'mewah' mrk sehingga hari Allah menunjukkan 'balasannya' kelak..
salam abang long..
dah lama tak lawat blog abg long ni.
ha...sy setuju dgn masni tu.kadang2 nampak sgt2 ketidakadilan,kata berjuang tuk rakyat.tapi rakyat terbiar,diri sendiri yg makin senang.sedih tgk...negara demokrasi ni...
sangat2 setuju dgn abg long. Itulah yg jadinya apabila kita melantik mereka yang bukan hak! Mereka yang berada pada satu posisi untuk kemewahan diri. Tidak ada asas agama bahkan mungkin tidak faham apa itu Islam pun! sekadar tahu menjaja, Islam adalah cara hidup. Praktikalnya? Lihat sahaja mereka2 yg btol faham akan Islam dan pada masa yg sama menjadi pemimpin. Lihat saja Presiden Ahmedinijad dan Tuan Guru Nik Aziz. Subhanallah. Semoga Islam kembali mekar di bumi sementara ini.
Inilah yg dinamakan sistem kapitalis. Yg berkuasa akan terus dapat melebarkan sayapnya. Yg lemah, hanya akan terus melukut ditepian gantang.
Semoga Abang Long sehat..
Post a Comment