Saturday, May 12, 2007

Macam - macam kisah (9)



Kisah 1 - Sembang sumbing.


Seperti kebiasaan, setiap minggu. Aku dan beberapa orang rakan akan bersembang sambil Makan dan minum disebuah restoran mamak, di Shah Alam. Sewaktu asyik bersembang, tiba - tiba seorang rakan bertanya kepadaku, apa rancangan aku sekarang ?.
.
Hadi: "eh, apa projek engkau sekarang ?".
Aku: "aku nak menulis".
Hadi: "apa dia ?", soalnya lagi, seolah - olah tidak mendengar jawapan dariku.
Aku: "aku nak menulis ... jadi penulis". Jawab aku sekali lagi.
.
Khir, yang sejak dari tadi memerhatikan diri aku, lalu bertanya minta kepastian.
.
Khir: "engkau nak jadi penulis ?. "engkau nak tulis apa ?". Aku terkedu sebentar. Sebabnya aku sendiri tidak pasti apa yang aku akan tulis.
.
Setelah mendapat kekuatan aku lalu menjawab. "Aku nak tulis tentang kerjaya aku".
.
Hadi: "hello kawan, engkau ingat senang nak jadi penulis ?, "lagi satu... mana ada penulis di Malaysia ni yang jadi kaya raya ?.
Aku: "tapi sekurang - kurangnya, dengan tulisan aku, generasi sekarang .... atau yang akan datang akan dapat manfaat".
.
Perbualan seterusnya, tidak dapat aku paparkan. Kerana terlalu banyak kecaman dan kata - kata negatif yang dihamburkan kearahku.
.
# Bilakah agaknya bangsaku boleh maju, bagaimana bangsaku boleh pandai ?
.
.
.
Kisah 2 - EMEL.
.
.
Bukan satu kelaziman, sekiranya peti emel aku, dipenuhi dengan emel - emel dari rakan dan sahabat, bukan sekadar 1 atau 2 emel. Tapi sekarang sudah menghampiri puluhan emel yang kuterima setiap hari. .
.
Kebanyakannya adalah dari sahabat bloggers yang memberi dorongan dan perangsang. Supaya aku meneruskan niat aku untuk menjadi penulis.
.
Ini membawa maksud, lebih ramai yang bersikap positif, dengan apa yang akan aku lakukan.
Kepada mereka yang mengirimkan emel sebagai tanda memberi semangat, hanya satu perkataan yang aku boleh ucapkan - TERIMA KASIH.
.
.
.
Kisah 3 - KOPI dari seorang ISTERI.
.
.
Setelah menyiapkan kerja - kerja rumah. Dan waktu menunjukkan hampir pukul 11 malam. Anak - anak semuanya sudah masuk tidur. Aku duduk didalam bilik bacaan. Dengan lafaz Basmallah, aku memulakan aktiviti terbaru aku iaitu menulis.
.
Seperti orang yang tidak pernah melakukan sesuatu yang baru. Aku juga seperti itu, terkial - kial, sambil membelek beberapa buku, untuk mendapatkan bahan untuk penulisanku.
.
Tiba - tiba pintu bilik terkuak. Lalu isteriku masuk. Sambil memegang sebuah mug dan sepiring biskut. Aku tersenyum. "Air kopi untuk abang" sambil tersenyum isteriku menyuakan mug yang berisi air kopi untuk aku.
.
"Dah banyak abang menulis ?" soal isteriku. "Baru sehelai...". Aku menjawab, sambil berkata "pening kepala nak cari fakta".
.
Dengan senyuman terukir dibibir, isteriku berkata memberi perangsang "apa kata, kalau abang tulis je apa yang abang ingat, yelah ... pengalaman abang selama berpuluh tahun dalam kerjaya, lepas tu, baru abang susun ayat biar nampak cantik, kemudian baru abang masukkan fakta".
.
"Ye tak ye jugak". Aku menjawab, seperti seorang anak yang baru belajar.
.
# Pada setiap lelaki yang berjaya, ada SEORANG isteri disisinya.

9 comments:

Noushy Syah said...

Yezzaa....absolutely right!! Bagai aur dengan tebing..eh eh betulke Noushy guna peribahasa nih, just got it!! hehhehe..

Goodluck abg long, begitulah isteri yg mengasihi suami sntiasa akan menjadi pendorong pembakar semangat...:)

yeh yeh..Noushy is the first one!!!

Abang Long said...

noushy, sukanya dia ....hehehehehe .... TERIMA KASIH kerana sudi "membakar" semangat abang.

Anonymous said...

Di sebalik kejayaan suami ada isteri. di sebalik kejayaan isteri ada suami yg tidak jemu2 memberi semangat. Benar, benar, benar sunggguh benar.

~zalisa maz~

Abang Long said...

Wahai Zalisa, memang benar, sebenar - benarnya, tiada yang salah, melainkan yang benar sahaja.

Unknown said...

Kanda Long,

* Paling sukar adalah apabila nak
memulakan sesuatu.

* Pandangan negatif? Ooh... itu perkara biasa. Keraskan hati, pekakkan telinga. Buktikan kepada mereka.

* Pasti ada 'seseorang' di sebalik kejayaan kita. Beruntungnya kanda. Sampaikan salam pada akak.

Anonymous said...

Adinda beruntung dapat isteri yang memahami cita-cita suaminya menjadi penulis. Dorongan daripada isteri itu penting. Kalau isteri tidak suka suaminya jadi penulis susah juga.

Betul juga cadangan isteri adinda. Tulis sahaja dulu apa yang terlintas di hati. Kemudian nanti diedit dibaca diedit dibaca semula sampai puas hati.

Lepas itu suruh isteri yang baca dulu hehe

Abang Long said...

Wahai Adinda Ainin. Nasib baik, Abang Long sering menghadiri kem dan kursus motivasi.

Wahai Kekanda Abdul Latip. Terima Kasih atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah dapat dijadikan azimat.

Anonymous said...

Abang Long,salam perkenalan. Sayapun sbenarnye punya cita2 yang sama ngan AL nie, tapi cuma terkumpul dlam sanubari tak tau camna nak keluarkan yang terperap kat dalam tu. Sometime cam org beranagn lak

Abang Long said...

fiqir. kalau ada niat. teruskan, fokus, usaha gigh ....sabar.