Kisah 1 - Daftar.
Setelah bertahun – tahun lamanya aku dan keluarga, menggunakan perpustakaan kecil daerah Klang. Akhirnya, aku dan keluarga mendaftar pula di Perpustakaan Awam Negeri Selangor.
Dengan kedudukannya yang strategik, ditengah – tengah Bandar Shah Alam, diapit oleh bangunan Dewan Bandaraya Shah Alam, Muzium Negeri dan Hotel Blue Wave. Memudahkan segala urusan dikendalikan dalam satu kawasan.
.
Yang paling gembira dan teruja, tentulah anak – anakku. Kerana ruang perpustakaan itu bukan sahaja luas, malah bahan bacaan pula begitu banyak. Kawasan atau ruang untuk membaca pula bagi kanak – kanak disusun atur begitu cantik, selesa dan kelihatan ceria.
.
Urusan mendaftar tidak mengambil masa yang lama, tidak sampai satu jam, aku telah mendaftarkan seluruh ahli keluarga.
.
# Inilah antara usaha aku untuk memandaikan anak – anak ku.
.
.
Kisah 2 - Gender.
.
.
Dari perpustakaan kecil daerah, hinggalah ke perpustakaan besar negeri – negeri. Satu perkara yang begitu terserlah ialah kehadiran pengunjung.
.
Aku mendapati golongan yang paling ramai yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan atau yang hadir dan menjadi pengunjung setia perpustakaan ialah kaum wanita.
.
Tidak keterlaluan andainya aku berikan nisbah peratusan seperti dibawah:
.
Perempuan China – 40%
Perempuan Melayu – 25%
Perempuan India – 10%
Lelaki China – 15%
Lelaki Melayu – 5%
Lelaki India – 5%.
Perempuan Melayu – 25%
Perempuan India – 10%
Lelaki China – 15%
Lelaki Melayu – 5%
Lelaki India – 5%.
.
# Kemanakah perginya LELAKI MELAYU ?
.
Teringat sewaktu singgah bersolat di Masjid Wilayah Persekutuan, ruang solatnya sebesar 2 kali padang bola, berhawa dingin, karpetnya begitu tebal, tapi jemaahnya 10 orang (termasuk Imam 1 dan Imam 2).
.
Radar Pengesan – 35% (warung mamak), 25% (padang bola), 25% (F1), 10% (majlis ilmu), 5% (seperti diatas).
.
.
Kisah 3 - ILMU.
.
.
15 buah buku dibawa pulang, dan tempohnya adalah selama 3 minggu. Itulah peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan.
.
Aku membuat kiraan mudah:
.
Aku, isteri dan 3 orang anak. Semuanya lima orang. Setiap seorang dibenarkan untuk meminjam sebanyak 3 buah, bermakna 15 buah buku boleh dibaca
.
Darabkan dengan 4 (sebulan ada 4 minggu) = 60 buah buku.
Darabkan dengan 12 (setahun) = 720 buah buku.
Darabkan dengan 5 (setahun 12 bulan X 5) = 3,600 buah buku.
Darabkan dengan 12 (setahun) = 720 buah buku.
Darabkan dengan 5 (setahun 12 bulan X 5) = 3,600 buah buku.
.
Begitulah lautan ilmu yang boleh diperolehi.
.
# Andainya 5% dari penduduk disatu kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri), mempunyai aktiviti dan hobi membaca. Maka pengunjung ke Perpustakaan Negeri akan melimpah ruah hingga ke kawasan letak kereta.
8 comments:
Aiseh... tajam betul statistik kanda tu. Rasa-rasanya memang betul macam tu. Siapa kata kita cuma baca 2 buah buku saja setahun? Ish...
p/s : kalau macam tu, dinda tiba-tiba terjumpa kad ATM dinda. hihi...
Itulah REALITI, walaupun "sakit" bila mendengarnya, dan MALU sebab itulah HAKIKATNYA. Lelaki diamanahkan sebagai KHALIFAH, tetapi kalau kurang ILMU ... bagaimana ?
dah jumpa ... yeh yeh ... haaaa ... tolong kirimkan nombornya .... jangan terforget pulak.
hehhehe..lelaki tak suka bersolat dimesjid atau mmg dah tak ambil kira tiang ugama yg tuh?
emmm....
noushy syah, itulah petanda akhir zaman ...
Adinda, khabarnya kaum lelaki yang semakin bertambah bilangannya ialah di pusat serenti dan di penjara. betul ke? hehehe
Memang tak dapat dinafikan, kaum cina memang rajin membaca. Lihat saja di dalam bas atau komuter, mereka lebih senang membaca dari berbual kosong.
Nampak gaya pB pun kena ikut jejak abg long, daftar anak anak dan diri pB sendir menjadi ahli perpustakaan kat shah alam ini ...
*Malu pulak, muzium sebelah tu pernah masuk, tapi library belum lagi ....*
Wahai Kekanda Abdul Latip, andainya akhbar dijadikan rujukan, maka itulah gambarannya.
pb, sepatutnya kita merasa "sangat malu".
Malaysian IPTAs seem to be dominated by female students too, at the level of 3 females for 2 males! And you'd also notice that during Ko-K days, university campuses will be like women-only institutions -- male students simply are nowhere to be found!
How will this affect our socio-economy?
1. One in two male students who study at higher learning institutions have higher chance to get at least two wives -- JUST KIDDING!
2. More women will get jobs in the government and corporations.
3. More men will be unemployed or forced for entrepreneurial activities or simply become homemakers.
4. More men (like us ;)) will spend time blogging and surfing the net, and some of us will make decent income off this very medium.
Read more at http://mypajamanation.blogspot.com/2007/05/selamat-hari-guru-happy-teachers-day.html
Got more??
Post a Comment