Monday, May 21, 2007

Macam - macam kisah (13)


Kisah 1 - Persepsi.
.
.
Sewaktu minda sedang "beku", untuk mencari idea dalam penulisan. Aku lalu membuka kotak emel. Lalu membuka sebuah mesej dari seorang rakan, yang bertajuk - "Ini baru di dunia". Dan foto disebelah adalah salah satu dari gambarnya.
.
.
Tiba - tiba isteriku datang, dan bertanya, "bang, itu cecair gunung berapi kan ?". Aku menjawab "ya". Terus dia menyambung kata - kata, "tengok pun dah takut, macam mana di akhirat nanti ye ?". Aku tidak menjawab.
.
.
Selepas itu anak aku pula tiba, "eh, abah ... gambar kepala burung ke tu ?". Aku yang mendengar soalan itu, terping- pinga. Lalu bertanya kepada anak aku, "mana ada gambar kepala burung ?. Dengan bersahaja dia menunjukkan gambar "kepala burung".
.
.
# Adakah anda dapat melihat "kepala burung" itu ?
.
.
.
Kisah 2 - Lancar.
.
.
Setelah anak dan isteriku beredar dari meja penulisan aku. Tiba - tiba sahaja jari - jemariku menggigil. Bukan sebab takut kepada "gambar" itu. Tetapi, secara tiba - tiba sahaja aku mendapat idea. Begitu banyak idea yang "mesti" dikeluarkan diwatu itu. Ya, idea datang dengan begitu laju dan mencurah - curah.
.
.
Aku tidak pasti adakah perkara ini yang sering dihadapi oleh para penulis ?
.
.
# Bila idea tidak ada, jiwa terasa kosong. Bila idea datang mencurah - curah, seluruh badan terasa menggigil. Adakah aku dihinggapi "penyakit baru" ?
.
.
.
Kisah 3 - Disiplin.
.
.
Sememangnya aku telah berjanji pada diriku sendiri. Apa pun yang kulakukan, aku mesti berdisiplin. Dan itulah yang aku amalkan selama ini.
.
.
Tetapi disebabkan minat menulis ini sudah bercambah, dan aku pula sering "beku" dalam mendapat idea dan ilham baru. Maka ada ketikanya, secara tidak sengaja aku telah "melanggar" disiplin yang aku telah tetapkan sendiri.
.
.
Terutamanya, bilamana secara tiba - tiba idea atau ilham datang secara mendadak. Aku tidak mampu dan aku tidak tahu bagaimana untuk "menghadapinya". Cuba bayangkan, sewaktu terjaga dari tidur, dan aku perlu kebilik air, tiba - tiba ilham datang, maka aku cepat - cepat keluar dari bilik air dan terus menulis, hinggakan "mengganggu" waktu tidur aku. Dan yang pasti, keeseokan harinya, aku mengantuk didalam pejabat.
.
.
# Sememangnya aku perlukan bantuan dalam hal ini.

13 comments:

Latiptalib said...

Wahai Adinda,

Memang benar ada kalanya idea kosong dan kita kehilangan mood menulis. ketika itu jangan paksa diri. berehat sebentar kemudian bila idea datang kita layan idea itu hingga mengalir bagaikan sungai.

Noushy Syah said...

Abg LOng..

Perception varies...a'aaa Nshy pun igt kepala burung!!

p/s susha jugak tuh masa idea dtg waktu nak tido...

Mardihah said...

salam abang long,

betul lah..nak menulis perlukan disiplin yang jitu..Allahuakbar,,,saya nak menghabiskan novel yang dah 260 m/surat punyalah payah.
Ditambah dengan asakan idea yang kering dan tak tahu nak buat apa...
Rasanya hampir berhari-hari meninggalkan manuskrip tersebut,..kasihan sungguh Lukisan Jiwa saya...

Bila jari terhenti, mood hilang begitu sahaja.......

Tapi tidak mengapa..lambat-lambat asal selamat....tapi takut lambat..idea berubah lagi!!

Salam perpaduan..

Orked said...

Salam Abang Long...

Lama tak menjenguk..selepas blog saya kena hacked..akaun gmail semua kena serang..saya kurang sangat merayau..belum stabil emosi.

Skrg link baru....newbie la AbgLong..sila beri tunjuk ajar ye..:)

Saya paling banyak idea waktu memandu..mcm2 yg terlintas..tapi tak pernah menulis..ada saya tak kena...ayat macam budak sekolah rendah.

Moga AbgLong mendapat ketenangan dan dipermudahkan segala urusan

Mersik said...

Abg long, pokcik ada idea yang paling mujarab..

Jom ngeteh! hik hik

Anonymous said...

Abang Long, itu perkara biasa bagi penulis. Mengantuk? Tak dapat nak elak :)

~zalisa maz~

sd. said...

i can see the kepala burung..yeay! so kire sayda ni tahap kiddos la kn..can see wat ur kid can se..
hehe..
owh, terasa diri ini muda :p

Abang Long said...

Wahai Kekanda latiptalib, TERIMA KASIH setulus ikhlas dari adinda, dengan nasihat itu.

noushy, sayda - siapa yang nampak memang "jiwa muda" ...hehehehe

~qudwah_mardihah~, ada yang beri pendapat. Andainya idea tak datang, pegang saja pensil dan lakarkan sesuatu dikertas.

jie, patutlah lama tak datang ...hehehehe

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

abg long..aduhai...

ct selalu lembap sikit..ct x dpt nmpk la kpala burung tu...

abg long, ct slalu dpt idea tp ct sukar betul nk menulis..kalu betul2 menulis pun just kat blg jela..hehhe..

lama ct x komen kat abg long kan..rindu la beberapa bln lepas..zmn ct rajin berblog..dgn kanda raina dan seorg lg makhluk allah..hehhe,..kenangan2..aihh..

Anonymous said...

Kanda Long, dinda nampak kepala burung tu. Macam baru kena sembelih.

Begitulah penulis, kanda. Kalau idea kering, ooh... sangat stress. Kalau idea datang, hah... tak mengira tempat pulak. he he he...

p/s : kanda, mana dia alamat yang dijanjikan? Kanda pun buat dinda stress laa... hish.

~ainin naufal~

Abang Long said...

pawana malam, KOMITMEN perlu ada ...

wahai adinda ainin, bersabarlah ya sayang (opssss) ... nasib baik pokcik mersik tak nampak ... hari ini kami "berdua2an" dalam CC.

uMIe MieSYa said...

aah la.. ada nampak cam kepala burung.. hehe beser la bebudak kan. anak buah saya suke tgk awan.. skejap dia kata awan tu macam rabbit la.. macam kereta la.. macam2 la.. hehe..

pepon abg long disiplin2 jugak.. kesihat tu kena gak jaga.. nnti kalo abg lon sakit, sape susah?? wife n anak2 abg long jugak susah.. :p tul tak kata adik nie.. ihikss!!

Web Sutera said...

Ya, ya, saya nampak kepala burung tersebut.