Wednesday, May 09, 2007

TUGAS BARU

Sehabis Pesta Buku tempohari. Aku termenung sendirian. Bukan kerana memikirkan berapa banyak wang yang telah aku habiskan untuk membeli buku. Tetapi memikirkan sesuatu yang jauh lebih baik dan lebih bermakna dari itu.
.
.
Sewaktu bertemu dengan beberapa orang bloggers yang aku kenali mahupun yang baru aku kenali. Ternyata, mereka memberikan perangsang kepada aku untuk mula melakukan sesuatu yang boleh memberikan faedah bukan sahaja kepada diri sendiri dan keluarga. Tetapi lebih jauh dari itu, untuk menyampaikan ilmu setakat mana yang ada dan berkongsi sesuatu yang baik.
.
.
Namun, seperti kebiasaan kepada mereka yang masih baru didalam sesuatu bidang. Aku terpinga - pinga, aku terkedu, aku terkesima, aku termenung dan merenung. Yang pasti aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk mula menggerakkan langkah pertama. Untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah aku lakukan sepanjang hidupku.
.
.
MENULIS - itulah yang selama ini aku fikirkan. Aku memang berniat dan berhajat sejak dari dahulu lagi untuk menulis. Tetapi dek hambatan tugas dan kesibukan dalam menjalankan tanggungjawab didalam keluarga dan masyarakat. Menyebabkan aku mengabaikan keinginanku ini.
.
.
Namun sewaktu pertemuan dengan teman bloggers tempohari. Mereka seolah - olah memberi perangsang dan kata - kata semangat untuk aku melakukannya. Hingga ada yang telah "membakar emosi" aku.
.
.
Aku bersyukur, kerana beberapa orang bloggers. Secara tidak disangka - sangka telah memberikan beberapa tips yang begitu bernilai, untuk aku memulakan "tugas baru" sebagai seorang penulis.
.
.
Memang terasa KOSONG difikiran aku disaat ini. Apa ayat yang aku mahu tulis ?. Yang aku ada hanyalah pengalaman bertahun - tahun lamanya dalam bidang yang sudah menjadi darah dagingku. Niat aku hanyalah mahu berkongsi pengalaman dan kebaikan dengan semua orang.
.
.
# Aku mengharapkan lebih ramai insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada aku, sebagai "budak baru belajar" dalam bidang penulisan.

17 comments:

sd. said...

i will wait for ur book to read it..
see..x tulis lg dh ada supporter..hehe..

all d best!

Abang Long said...

sayda, terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Anonymous said...

Kanda Long, tulis jangan tak tulis. Come and join da club. hehehe... peluang sudah terbuka di depan mata. Rebut saja, jangan tunggu-tunggu. Rugi kalau lepaskan. Pengalaman dah ada, tips sudah diberi, sokongan sangat padu. Macam bahan masakan. Semua dah cukup, apa tunggu lagi. Masak jee.

~Ainin Naufal~

Abang Long said...

Adinda Ainin benar - benar telah "membakar" emosi kekanda. Kekanda telahpun mendaftar untuk mengikuti bengkel penulisan. Seluruh pengalaman akan dicurahkan untuk kemajuan bangsa. Cuma seperti n3 ini - Kekanda "KOSONG" untuk memulakan langkah pertama.

admin said...

ita tunggu perkembangan abg long.... [tumpang suker....]

Abang Long said...

ita... TERIMA KASIH. tak kisahlah nak tumpang apa ye ....

Anonymous said...

Selamat Maju Jaya, Abang Long... Boleh!!!

Anonymous said...

...ucapan tulus ikhlas dari dewi di tg. puteri.

Abang Long said...

Dewi dari Tg. Puteri, TERIMA KASIH. Yang penting apa yang dilakukan adalah kerana Allah.

Anonymous said...

Sdr Abg Long akan mulakan dengan genre apa?
Walau apa pun tahniah sekali lagi dan jangan teragak2 lagi untuk turun ke medan yang bersenjatakan keyboard ini.
Selamat bergabung semoga mendapat manfaat dunia dan akhirat.
ez

Abang Long said...

Wahai Puan Ez. Terus - terang Abang Long masih kurang jelas. Mudah - mudahan dibengkel nanti, akan dapat "petunjuk". Terima kasih atas dorongan yang diberikan.

pB said...

akan tunggu dengan setianya ...

Abang Long said...

pb, TERIMA KASIH

Anonymous said...

Adinda Feroz,

Esok jangan lupa hadir bengkel PTS. Dengar baik-baik apa yang disampaikan oleh Sifu. Kemudian tanamkan azam hendak menjadi penulis. Di mana ada kemahuan disitu ada kejayaan.

Abang Long said...

Wahai Kekanda Abdul Latip. Adinda hanya akan memulakan langkah pada hujung bulan ini, disebabkan bulan ini, jadual memang penuh.

Noushy Syah said...

WAhh abg Long munkin boleh tulis pengalman abg Long disepanjang perjalanan hidup ini.....sbb sellau baca apa yg abg Long tulis reality tp menceriakan utk terus dibaca...good luck ABg Long.

Abang Long said...

noushy, segalanya akan dicurahkan ...