Monday, May 28, 2007

Kelas Pertama







Gambar ini tidak ada kena mengena dengan posting entri pada kali ini.

Kisah 1 - KELAS PERTAMA.

Kali ini, ramalan aku benar – benar meleset !. Sewaktu aku tiba dibengkel penulisan anjuran PTS, tepat pada jam 9.50 (10 minit lebih awal, dimana kelas bermula pada jam 10.00 pagi). Sewaktu melangkah masuk, pelajar sudahpun memenuhi segenap ruang, hingga akuterpaksa duduk dibangku paling belakang, walaupun hajat dihati ingin duduk dibarisan paling hadapan. TAHNIAH kepada penganjur kerana mengikut sistem Islam, iaitu menepati waktu !.

Semoga tradisi menepati waktu ini terus dipraktikkan, dan semoga budaya tidak mengikut masa, atau budaya “tidak apa dan tidak kisah” ini berjaya dikuburkan. Kerana salah satu ciri masyarakat negara maju ialah menepati waktu.

Bagi diri aku, program PTS ini telah menuju kearah Masyarakat Kelas Pertama.

# Ini adalah kelas pertama aku dalam bidang penulisan.

Kisah 2 - BUKAN MUDAH dan BUKAN SUSAH.

Sepanjang 5 jam menghadiri bengkel itu. Terlalu banyak yang aku perolehi. Hingga terketar – ketar jari jemariku menulis. Bukan kerana sakit. Tetapi setiap apa yang diucapkan oleh Sifu PTS iaitu Puan Ainon, adalah ilmu belaka. Jadi aku tidak boleh meninggalkan barang sepatah perkataan pun.

Suasana bengkel itu begitu ceria dan harmoni, tidak terasa masa begitu pantas berlalu. Waktu yang diperuntukkan selama 5 jam, terasa tidak mencukupi, dan memang tidak cukup.

Sewaktu belajar itulah, banyak perkara baru yang aku pelajari. Bukan mudah untuk menjadi penulis, dan tidak sukar juga, andainya kita ada ilmu dalam penulisan.

# Bukan mudah untuk ke sana (Bengkel PTS), dimana aku terpaksa menaiki tren Komuter, LRT dan teksi. Tidak susah juga, andainya kita komited. Hendak seribu daya, Tidak hendak sejuta daleh.

Kisah 3 - DEBARAN.

Amin dan Ali sedang menunggu bas dihentian bas, tiba – tiba bas yang sepatutnya berhenti itu, terus sahaja melintas dihadapan mereka tanpa berhenti.

Lalu Ali berkata kepada Amin.

“Amin, bukankah bas itu perlu berhenti dihentian ini ?”. Tanya Ali kepada rakannya itu.

“Eh, betullah, alah … agaknya pemandu bas itu terlupa ?”. Balas Amin.

Dengan spontan Ali terus berlari kearah bas yang sedang bergerak meninggalkan mereka. Diikuti dengan jeritan oleh Amin.

“Engkau nak kejar bas itu kah ?”.

Cerita diatas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada. Tapi itu adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar atau mentee, didalam kelas. Tajuk yang diberikan oleh Sifu PTS adalah bertajuk:

“Orang mengejar bas”.

# Bila nota ini kuberikan kepada isteriku, dia tersenyum. Aku ambil balik dan simpan kedalam beg semula. Sewaktu siap hasil aku yang pertama, terasa berdebar, seandainya Sifu memanggilku untuk menulis dihadapan.

10 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum

Wahai adinda Feroz, tahniah kerana telah menjadi mantee Sifu Puan Ainon. Selepas ini ada tugas yang besar iaitu menghasilkan karya.

Dulu kekanda begitu juga. Balik dari kursus semangat berkobar-kobar hendak menulis dan idea mengalir macam sungai. Sekarang adinda telah merasainya. Petanda baik. InsyaAllah.

Apa yang penting semangat itu terus dipupuk supaya jangan luntur kerana mood menulis kadang2 seperti air laut ada pasang dan surut. Kerana itu perlu ada ransangan untuk terus menulis.

Selamat menghasilkan karya. Yakin boleh. Insya-Allah.

Abang Long said...

Wahai Kekanda latibtalib, Terima Kasih atas dorongan dan kata - kata semangat itu.

ainizakri said...

Selamat menulis, dah ke kelas tu, harapnya ilmu yg ditimba boleh dikongsi dgn kami yg tak ke kelas...

selamat berkarya

Anonymous said...

Selepas tanda seruan dalam dialog jangan titik. Ini pelajaran tambahan daripada sifu zalisa :D

~zalisa maz~

Abang Long said...

ainizakri, InsyaAllah, itulah niat asal abang long, untuk berkongsi sesuatu yang baik dengan semua insan.

Wahai Puan Sifu Zalisa, TERIMA KASIH. Abang Long amat menghargai teguran dan tunjuk ajar dari Puan Sifu itu. Syukur Alhamdulillah ada insan berhati mulia dan ikhlas untuk membantu.

tehbunga said...

pandai berkarya..ada wat novel ke?

Anonymous said...

Salam Abg Long,izinkan saya memperkenalkan diri.Saya insan kerdil yang berbaju kuning POLO.Di panggil oleh Sifu supaya menulis latihan yang telah diberikan.Tajuknya " Dua orang wanita bercakaran sambil "mengusap-usap"(menarik)rambut.Itulah pertama kali saya menulis di hadapan orang yang ramai.

Walaupun takut dan gementar di dalam sanubari,di tabahkan jua demi mencari selautan ilmu yang di curahkan oleh Puan Ainon.Berjumpa kembali.

Unknown said...

He he he... tulis kanda, jangan tak tulis. Perjalanan ke bengkel lebih mudah daripada pergi bertapa ke Bukit Siguntang.

Bila nak ke bengkel lagi?

Selamat berkarya. Sifu Ainin Naufal sudi juga menjawab pertanyaan. ehehe...

Anonymous said...

Abang Long, tahniah kerana dah mara setapak kehadapan saya yang masih lagi tercicir jauh.

Abang Long said...

tehbunga, baru memulakan langkah pertama untuk berkarya ...

danishammar, kita akan bertemu lagi, InsyaAllah ... perjuangan kita masih jauh.

wahai Adinda Sifu Ainin Naufal, TERIMA KASIH kerana sudi dan tidak malu untuk membantu.

lagi lagi fiqir, kalau macam tu ... jom kita ke bengkel.