Sunday, May 27, 2007

KELAS ILMU

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi. Kerana mengizinkan aku untuk menghadiri bengkel penulisan pada hari ini. Dimana kursus atau bengkel ini adalah anjuran atau kendalian PTS, dibawah tunjuk ajar secara langsung oleh Sifu PTS sendiri, iaitu Puan Ainon.


Terlalu banyak yang aku pelajari. Hinggakan aku seolah - olah tidak sanggup untuk menunggu lebih lama. Dimana sewaktu aku berada didalam komuter, dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku telah memulakan usaha kearah itu. Aku tidak dapat berbuat apa - apa, seandainya ada yang berkata "kenapa nak tergopoh - gapah, macam tak sempat nak tunggu esok". Masalahnya, sewaktu didalam komuter, tiba - tiba sahaja idea datang mencurah - curah, bagaikan air terjun Niagara. Jadi, apa yang aku terdaya lakukan adalah - ambil pen dan menulis. Lagipun perbuatan aku tidak salah dari segi agama dan undang - undang negara.


Secara peribadi, terlalu banyak maklumat dan ilmu yang diturunkan oleh seorang Maha Guru dalam bidang ini. Ruang minda aku terbuka luas, dan telah jelas kelihatan "laluan" yang ditunjukkan oleh Sifu PTS.


Namun bagi diriku "satu kelas" memang tidak mencukupi. Aku perlu menghadiri lebih banyak "kelas" dan bengkel. Untuk memahirkan diri untuk membuatkan usaha aku berjaya. Kepada penulis yang datang berkunjung ke Blog Abang Long. Jangan berasa malu atau segan untuk memberikan ilmu kepada diri aku. Walaupun ilmu yang diberikan sedikit. Aku tetap menghargainya.

Do'a dariku, semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian.

4 comments:

saridahamid said...

Tahniahlah! Akhirnya kesampaian juga hajat hendak menghadiri bengkel. Selamat menulis!

Orked said...

semoga semangat abglong terus membara...

Anonymous said...

amboi... bersemangat sungguh. semoga semangat kanda terus membakar dan terbakar.

~ainin naufal~

Abang Long said...

saridahamid, TERIMA KASIH.

kak jie, sekarang baru dibakar, belum jadi bara lagi ...hehehe

Wahai Adinda Ainin, semangat sahaja tidak mencukupi, yang penting komited.