Tuesday, May 08, 2007

Corat - coret dan al kisah di Pesta Buku 2007

Corat - coret di Pesta Buku 2007.

Kisah 1 - AIR BOTOL.
*
Sewaktu berkunjung dari satu booth ke satu booth. Tiba - tiba anak - anakku mengadu penat dan dahaga. Lalu aku membawa mereka ke gerai berdekatan di level 2.
~
Seorang anak ku, apabila sampai sahaja ke gerai itu, lalu mengambil sebotol air mineral dan terus membuka penutupnya. Aku dapat merasakan keletihan dan perasaan dahaga yang tidak dapat dikawalnya.
~
Namun, bila aku bertanya berapa harga air mineral itu untuk sebotol. Jawapan yang aku terima begitu memeranjatkan "RM3.00", untuk sebotol kecil. Dimana dengan kuantiti yang begitu, kalau dibeli diluar, harganya hanyalah sekitar 80 sen hinggaRM1.20 sahaja.
~
# Bagaimana perkara ini boleh berlaku ?, kalau dulu, aku dengar peniaga di Langkawi menjual sekeping roti canai dengan harga RM5.00, sempena Le Tour de Langkawi. Sekarang perkara itu berlaku didalam sebuah bangunan milik UMNO (Parti yang memerintah).
~
~
Kisah 2 - DIMANA LELAKI ?
*
Sepanjang aku berada di Pesta Buku selama 4 hari. Aku mendapati orang perempuan, atau kaum wanita lebih ramai, malah terlalu ramai. Hinggakan aku merasakan mereka hampir 70% menguasai ruang pesta tersebut.
~
Adakah sememangnya kaum wanita memang sudah ramai dan melebihi kaum lelaki ?. Atau adakah kaum lelaki tidak berminat untuk datang ke pesta buku ?
~
~
Kisah 3 - PAIP AIR.
*
Rasanya sewaktu mesyuarat agung umno, beberapa tahun lalu, perkara ini pernah dibangkitkan oleh perwakilan dalam persidangan tersebut.
~
Dimana bagi tandas lelaki, tiada paip air. Bagi urusan "pembersihan", selapas melepaskan hajat. Yang ada hanyalah air yang keluar atau "dipancutkan" dari dalam mangkuk tandas.
~
Sebenarnya, kaedah ini agak sukar digunakan. Kebetulan, anakku yang tidak tahu tentang perkara ini, telah menggunakannya. Dimana beliau telah menekan alat tersebut di dinding, lalu air dari dalam mangkuk tandas itu terus "dipancutkan" keluar !. dan terus membasahi pakaiannya.
~
Sebagai kanak - kanak, beliau tidak terkejut tapi terus ketawa.
~
# Ini membawa maksud sistem "pembersihan" itu hanya sesuai untuk kanak - kanak.
~
~
Kisah 4 - PARI - PARI.
*
Sewaktu Pesta Buku tempohari, ada sebuah syarikat penerbitan yang menggunakan "khidmat" pari - pari. Bertujuan untuk memaklumkan kepada pengunjung tentang syarikat tersebut dan serba sedikit maklumat tentang keluaran syarikat itu.
~
Bagi aku dan keluarga yang mengunjungi pesta itu, begitu tertarik dengan kaedah yang digunakan. Malahan ramai pengunjung yang tersenyum dan mengambil gambar, malahan tidak kurang yang bergambar dengan pari - pari itu.
~
Bagi aku, cara sebegini lebih menceriakan suasana, dan tidak "mengganggu" pengunjung.
~
Ramai rakan aku yang mengeluh, tidak selesa bilamana ada syarikat yang menggunakan kaedah "menarik" pelanggan, dan terasa seperti "dipaksa".
~
# Ala - ala Hollywood tidak salah, asalkan sesuai dengan budaya masyarakat kita.
~
~
Kisah 5 - SOLAT.
*
Sewaktu berlangsungnya Pesta Buku. Satu perkara yang aku tidak nafikan berlaku adalah kelewatan untuk bersolat. Maklumlah, terlalu asyik membelek buku.
~
Aku merasakan bahawa, adalah tidak menjadi satu kesulitan atau kesukaran bagi pentadbir bangunan PWTC. Untuk menyiarkan azan didalam bangunan (bukankah bangunan ini milik orang Islam ?).
~
Sekurang - kurangnya ini akan menyedarkan umat Islam tentang "telah masuk waktu solat". Bagi mereka yang mahu bersolat.
~
# Syukur Alhamdulillah - aku terpaksa menunggu 1/2 jam untuk menunaikan kewajipan. Kerana terpaksa beratur untuk bersolat. Terlalu ramai yang bersolat.

7 comments:

Anonymous said...

Pari2@peri2,

Bagaimanalah agaknya kalau saya yg jadi pari2@peri2 pada hari itu? hmm... hehehe...

~zalisa maz~

Abang Long said...

Wahai Puan Zalisa, layak sekali, kerana pari-pari bersifat pemalu dan suka membantu.

Anonymous said...

Adinda,

Air mineral botol kecil harganya RM3.00. Sepinggan nasi goreng RM6.00. Memang mahal. Tetapi beli juga kerana dah lapar hehe

alamat emel kekanda ini

abdul_latip@hotmail.com

pB said...

Nasib baik tiga ringgit. Kalau dia minta lima ringgit, rasa nya orang tetap bayar.

Masuk tandas , berapa sen pulak yang dikenakan..??

Kat Shah ALam ni, dah ada tempat yang kenakan limo puluh sen untuk buang air .....

Abang Long said...

Wahai Kekanda Abdul Latip, memang mahal, itupun saya cuma beli air sahaja. Sebab keperluan mendesak. Emel telah saya balas, TERIMA KASIH.

pb, itupun sebab anak dah membuka tudung botol, kalau tidak, akan ku heret mereka turun kebawah dan membeli minuman digerai berdekatan.

Anonymous said...

Ooh.. memang mahal. Disebabkan itulah kami makan dan minum di gerai tepi sungai berhampiran bangunan PWTC tu. Pemandangannya cantik juga. Betul-betul tepi sungau. Cuma air sungainya keruh dan gerai yang panas. Tapi makanan dan harganya berpatutan.

~Dinda Ainin Naufal~

Abang Long said...

Wahai Adinda Ainin. Andainya diwaktu itu kita telah mengenali satu sama lain, Kekanda tidak keberatan untuk menjamu kalian. Dan dalam masa yang sama boleh memperkenalkan Jawatankuasa Kelab Peminat Novel ALAF21 - ALAF21 FC.