Wednesday, May 16, 2007

Khas buat Teman Seperjuangan

Sajak Perkenalan Khas Buat Teman Seperjuangan.


Keseorangan aku termenung dilamun jauh
menghayati desiran angin dibuai sayu
untuk mencari teman setia yang teguh
tidak seperti kuntuman bunga yang layu

Kini aku telah menjumpai dirimu
walau tidak ku tahu sikapmu
namun kegembiraan terbayang juga disudut hatiku
kerana sempat berkenal dan berbicara denganmu

Fahamilah diri ini
aku tahu kau punya keistimewaan tertentu
tapi aku cuma yang ada hanyalah sekadar hidup didunia
yang berbekalkan ilmu kesabaran
iaitu hati dan sentimental sahaja

Entah mengapa disebalik tabir ku berkenalan dan berbicara denganmu
telah mendirikan satu kekuatan dalam diriku
dengan semangat dan tekad yang kuat
dalam usaha untuk menjejaki dan mengejar kejayaan.


# Sajak ini telah berusia 25 tahun. Aku tidak pasti dari mana sumber aku memperolehinya. Namun begitu relevan kepada diriku - kini.

5 comments:

Unknown said...

Kanda Long,
Usia sajak ni kurang lima tahun lagi sebaya dengan dinda. Terasa tuanya. Manis sungguh ertinya bait-bait kata tu.

p/s : Err... kat ATM dinda masih belum dijumpai. Kena panggil polis ni. hehehe...

Abang Long said...

Sebenarnya sajak itu ditujukan khas buat semua insan bloggers yang begitu dihormati, termasuk Adinda Ainin sendiri, kerana memberikan semangat buat kekanda untuk memulakan perjuangan didalam bidang yang baru diceburi.

Selama 3hari 3 malam kekanda cari, akhirnya berjumpa dengan sajak itu.

Kalau dah tidak berjumpa juga, kekanda cadangkan supaya kita bertemu sewaktu bengkel sahaja.

Latiptalib said...

Adinda Feroz,

Sajak-sajak begini bagus boleh boleh menaikkan semangat. Rupanya Adina Feroz juga ada bakat menulis sajak.

Yang bernama Siti said...

Salam Abang Long,

Datang tadi dengan niat nak tanya bila nak tulis cerita baru. :-D Rupanya dah ada. Sajak best pula tu.

Selamat menulis. Timbul semangat saya nak sambung yang terbengkalai baca cita-cita Abang Long nak jadi penulis.

Abang Long said...

Wahai Kekanda Abdul Latip. Ya, sememangnya sajak - sajak sedemikian boleh menaikkan semangat sesiapa sahaja.

yang bernama siti.Biarlah kita kongsi sesuatu yang baik.