Monday, May 07, 2007

Pertemuan di Pesta Buku 2008

Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang berlangsung selama seminggu, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi. Hampir setiap booth aku lawati. Begitu banyak penerbit yang mengambil peluang untuk memasarkan produk mereka. Dan Syarikat – syarikat ini selain dari mengambil peluang dari pesta buku ini untuk memasarkan produk terbitan mereka, tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk berurusniaga antara satu sama lain. Begitu juga pesta ini adalah peluang terbaik dan penuh keemasan, bagi penulis dan novelis untuk bertemu dan memperkenalkan diri dan buku hasil karya mereka.
~
~
Bagi pembaca buku dan pencinta ilmu, ini adalah peluang yang tidak akan disia – siakan begitu sahaja, kerana selain dari dapat membandingkan antara sebuah buku yang memikat hati, mereka juga diberikan tawaran nilai harga yang rendah.
~
~
Pesta buku ini juga telah dapat mempertemukan aku dengan beberapa orang bloggers, yang selama ini hanya menjalinkan persahabatan melalui dunia siber. Tidak kurang juga ramai bloggers yang menjadi penulis sepenuh masa. Bila mana bertemu, walaupun ada yang tersenyum malu, tidak kurang juga yang begitu peramah. Sahabat – sahabat bloggers yang kutemui seperti: Ruby Hazri (penulis novel – Percayalah), CT, Mamajambu, dan Adhan, dimana mereka kutemui di Booth KarnaDya.
~
~
Manakala didalam Dewan Tun Dr. Ismail pula, satu lagi sejarah telah terakam, dimana aku bertemu dengan seorang yang sememangnya aku tunggu untuk bertemu dengannya. Beliau adalah Nieys. Datang berdua, dengan ditemani oleh adiknya. Mersik sempat mengambil gambarnya. Aku sempat bergurau dengan Mersik, "nieys lebih cun dari gambar dalam blognya". Lalu dijawab kembali oleh Mersik, "lebih tinggi dari yang aku sangkakan".
~
~
Sewaktu aku sedang berbual dengan Kekanda Ramlee Awang Murshid. Aku menyedari, ada seorang wanita asyik memerhatikan aku (tidak mungkin aku perasan). Akhirnya wanita itu mendekati diriku, lalu bertanya (dengan penuh keberanian), "ini Abang Long ke ?". Aku menggangguk sambil tersenyum. Lalu terjadilah perbualan yang penuh keceriaan. Dan yang paling aku tidak akan lupakan bilamana, beliau telah menghadiahkan "cenderahati buat diriku dan Mersik". Sebagai tanda ingatan katanya, beliau yang dimaksudkan adalah Dewi Sukma, seorang pengunjung Blog Kelab, yang sering meninggalkan jejak. Beliau datang dari Johor Baharu, semata - mata untuk menghadiri Pesta Buku.
~
~
Manakala di Booth PTS, aku telah bertemu dengan Puan Saridah (penulis buku Selembut Bicara Wanita) dan Puan Ezee Rahmani (penulis buku – KAWAN – Sebuah diari kehidupan, Usaha Burung Pipit dan kisah – kisah lain), dan juga Pak Latip (penulis novel pejuang Islam – Ikramah, Tariq, Khalid dan Salahudin).
~
~
Begitu juga setelah beberapa hari menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya aku temui juga seorang lagi rakan bloggers, yang entah mengapa, aku begitu teringin sekali bertemu dengannya, kerana beliau adalah antara insan pertama dan sering melawat Blog Abang Long, dan sering meninggalkan jejak, beliau adalah Puan Zalisa maz (maaf ya Puan Zalisa, hingga kini aku tidak mengetahu nama sebenarnya, dan sewaktu bertemu, abang long terlupa pula bertanya nama sebenar beliau – maklumlah teruja benar diwaktu itu). InsayaAllah, aku telah berjanji untuk menjadi “orang pertama” yang akan mendapatkan tandatangannya bila hasil karyanya diterbitkan. Dan sewaktu pertemuan itu juga, secara tidak disangka aku bertemu dengan Ainin Naufal (penulis – Alunan Hidup dan Dia Istimewa).
~
~
Begitu juga dengan pertemuan dengan Saudara Zaifulnizam @ AttokZ, dari Geng Jurnal. Dimana kami telah berbincang panjang lebar berhubung dengan perlaksanaan beberapa program yang akan dijalankan bersama, diantara Kelab Peminat Novel ALAF 21 danGeng Jurnal.
~
~
Sepanjang pesta buku ini juga, aku telah dapat bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Novelis, khususnya dari ALAF 21. Aku juga telah bertemu dan bertukar fikiran dengan “orang kuat” ALAF 21, iaitu Encik Norden dan telah dapat bersua muka dan berbincang dengan penuh rasa keterujaan dengan Sifu PTS, iaitu Puan Ainon.
~
~
Pada hari Sabtu – 05/05/2007, Juga telah terukir dalam lembaran sejarah. Dimana aku telah duduk semeja dan makan bersama dengan mereka yang selama ini aku begitu hormati, dimana kami bukan sahaja makan dan minum bersama, malah telah berbincang pelbagai topik dalam suasana yang penuh keceriaan, insan yang aku maksudkan terdiri dariEncik Norden @ Eyman Hykal (Pengurus Besar ALAF 21), Puan Liza Zahira (novelis –Bahtera Kasih, Cinta Rahsia dan Impian Kasih), Kekanda Ramlee Awang Murshid (novelisThriller tersohor Negara), dan Cik Carrie Kirana (pengulas novel yang aku kagumi).
~
~
Pada tarikh yang sama juga, aku telah bertemu dengan Saudara Faisal Tehrani, dimana aku berpeluang untuk berbicara dengannya selama hampir setengah jam di Booth Al-Ameen.
~
~
Syukur Alhamdulillah, pada Pesta Buku ini impian dan hajatku dimakbulkanNya. Kerana selain dari dapat membeli buku yang kuinginkan, pelbagai rakaman peristiwa telah berlaku. Dan aku mengucapkan Terima Kasih kepada teman – teman Bloggers yang begitu ramah dan mesra serta dapat berbicara walaupun seketika cuma.
~
~
InsyaAllah kita akan bertemu lagi dilain program, atau adakah kita akan bertemu Pada Pesta Buku 2008 ?. Wallahuaklam.

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Abang Long,

Agakmya saya ni dah tua sebab itu tidak perasan mana satu wajah orang yang bernama Abang Long. Namun saya gembira kerana sudah terjalin ukhuwah antara kita. Saya akan selalu berkunjung ke blog Abang Long. InsyaAllah.

Anonymous said...

He, he, he. ha, ha, ha. Tidak. Saya tidak marah dan ambil hati sama sekali dgn niat Abng Long. Pada saya, itu adalah perkara biasa sekiranya kita benar2 tulus mahu menjalin persahabatan.

Pertemuan dan perpisahan kerana Allah, adalah matlamat kita, bukan?

Semoga persahabatan kerana Allah ini kekal selamanya.

~zalisa maz~

Abang Long said...

Alaikumsalam wahai kekanda abdul latip. InsyaAllah, satu ketika kelak pasti akan kembali ingatan kepada wajah saya.

Wahai Puan Zalisa (ini kes dah mula berani). InsyaAllah niat persahabatan kerana Allah. (masih terbayang wajah ayu dan pemalu Puan, sewaktu kali pertama diperkenalkan oleh Puan Ez).

Unknown said...

Kekandaku,
Asalnya Kanda Zalisa itu malu yang teramat bila saya nak panggil dia untuk dipertemukan dengan Abang Long. Dan paksaan yang ala-ala askar Jepun saya itu akhirnya membuatkan dia memperkenalkan diri.

Saya akan kenang sampai bila2 akan 2 peristiwa lucu ketika itu.

1. Salah faham mengenai hubungan Zaki Kangaq dengan Kak Zalisa.

2. Salah faham Puan Ainon mengenai hubungan Abang Long dengan Kak Zalisa.

Kedua-duanya terjadi dalam waktu yang hampir jaraknya.

Setiap kali teringat peristiwa itu, saya akan senyum sendiri. Sampai saat ni pun....

Hahahahahahaha....

Anonymous said...

Abang Long panggil saya kekanda. Tapi saya nak panggil Abang Long apa ye?.

Adinda Abang Long?. hehehehe

Abang Long said...

Wahai adinda Ainin Naufal. Berlakunya peristiwa itu membawa pengajaran dan pengalaman yang pelbagai. Kalau Adinda Ainin naufal sekadar tersenyum. Abang Long pula ketawa, bila terkenangkan peristiwa itu. Namun dengan terjadinya peristiwa itulah, yang menyebabkan perhubungan kita semakin rapat - InsyaAllah. Tapi tidak tahu, bagaimana pula reaksi Puan Zalisa ?


Wahai Kekanda Abdul latip. Mulai sekarang panggil sahaja dengan panggilan Adinda. (terkenangkan sejarah peradaban dan keagungan umat Melayu).

Unknown said...

Kanda Long,
Kata Kak Zalisa, itulah lawak terhebat sedunia. Dan kami akan tergelak lagi bila teringat peristiwa itu.

Abang Long said...

Wahai Adinda Ainin Naufal. Sekarang ini, bukan sahaja ketawa bila baca tulisan Adinda Ainin. Malah bila masuk sahaja ke Blog Adinda, Zalisa dan Kangaq, Abang Long dah menggigil jari nak menaip, kena ketawa dulu baru menaip. Yang benar - Abang Long memang kuat makan coklat, makan aiskrim dan kuat ketawa. Cuma, sewaktu pertemuan pertama itu, Abang Long perlu "control macho" gitu ...... lagipun memang ada coklat dalam mulut....