Kisah 1 - MALU.
Sewaktu menjamu selera seisi keluarga dirumah. Tiba – tiba anakku yang berada di tingkatan satu bertanya, “abah baligh waktu umur berapa tahun ?”.
Aku yang sedang menyuap nasi, tiba – tiba terpana dengan soalan darinya. Aku pandang wajah Isteriku, beliau hanya tersenyum. Namun dengan tenang aku bertanya kembali, “kenapa abang (panggilan untuk anak aku yang sulung) tanya soalan itu ?. Lalu dengan bersahaja dia menjawab “tadi, disekolah, ada tayangan video, macam mana orang lelaki akil baligh, dan macam mana orang perempuan datang haid”.
Aku tidak pasti adakah ini kurikulum baru atau pelajaran moral yang diajar disekolah. Tetapi, bagi diriku, ada sesuatu yang perlu diperbaiki, kalau pihak yang berkenaan beria – ia sangat untuk mengajar mata pelajaran seks disekolah.
# Orang dahulu tidak pernah belajar seks secara terbuka, namun kehidupan tetap harmoni. Masing – masing tahu menjaga adab dan kehormatan orang lain.
Kisah 2 - Cerdik Bodoh.
>
>
Hari ini yang pasti, aku dan isteri memang tidak mampu untuk membantu, apatah lagi mengajar anak – anak kami untuk mengulangkaji dirumah, atau membuat sebarang penyelesaian kepada kerja rumah mereka.
>
>
Apabila mata pelajaran matematik dan sains menggunakan bahasa Inggeris. Kami sekeluarga terpaksa menggunakan kamus sepenuhnya dan setiap masa. Jalan penyelesaiannya ialah. Mereka terpaksa kami hantar ke pusat tusyen.
>
>
Satu matapelajaran RM30.00 X 3 (Bahasa Inggeris, Sains dan matematik). Didarabkan pula dengan 2 orang, dan dapat diskaun. Ini bermakna aku terpaksa mengeluarkan RM 150, untuk kelas tambahan anak – anak aku. Itu baru dua, tahun hadapan bagaimana pula ?
>
>
Nasib baik aku dan isteri bekerja. Bagaimana bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai, atau hanya suami sahaja yang bekerja dan pendapatan mereka hanya cukup makan, atau keluarga yang tidak mempunyai pengetahuan meluas dalam penggunaan bahasa Inggeris dan pelbagai sebab yang lain ?
>
>
Sudah terlalu banyak pihak yang menegur dan mempertikai dasar ini. Namun tiada petunjuk untuk merubah keadaan.
>
>
# Secara terbuka aku memohon kepada Y.A.B Datuk Seri Abdullah, selaku Perdana Menteri untuk menukar balik sistem pendidikan, khususnya mengembalikan dua mata pelajaran ini kepada bahasa asal iaitu BAHASA MALAYSIA, bahasa yang digunapakai dengan bangganya oleh majoriti RAKYAT MALAYSIA.
>
>
>
Kisah 3 - Anak Bangsa.
>
>
Sejak dua mata pelajaran, iaitu Sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Aku tidak nampak dimana kehebatannya dalam membina atau membangunkan generasi sekarang dan akan datang.
>
>
Malahan yang sering kedengaran dan tersiar dimana – mana, ialah keluhan dari ibu bapa dan pemimpin masyarakat, khususnya pejuang bahasa, yang masih berusaha untuk memperjuangkan MARUAH BAHASA MALAYSIA.
>
>
Aku bukannya seorang ahli politik dan aku tidak mahu mencampuradukkan situasi politik kini dengan sistem pendidikan.
>
>
Malah agak ironi sekali, bilamana aku bertemu dan bertanyakan kepada rakan dan sahabat, adakah apa yang dipelajari oleh generasi sekarang, khususnya dalam dua mata pelajaran itu, boleh dihubungkait dengan tugas mereka ?. Jawabnya – TIADA !.
>
>
Setiap perkataan atau istilah yang ada didalam buku sekolah, tidak langsung digunapakai dalam tugasan seharian mereka.
>
>
Maksud aku mudah. Ambil sahaja mata pelajaran agama, tentang bab bersolat. Maka setiap apa yang diajar itu, akan dipraktikkan oleh setiap Muslim setiap kali mereka bersolat.
>
>
# Apa yang penting adalah mempertingkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris, samada dalam bentuk penulisan atau pertuturan. Kerana itulah yang akan diguna pakai oleh setiap orang, khususnya mereka yang perlu berkomunikasi dengan masyarakat luar. Susah sangatkah ?
4 comments:
Dulu semasa subjek sains dan m3 diajar dalam bahasa melay pun, ramai yang gagal. Inikan pula diajar dalam bahasa inggeris...
Tapi pelik bin ajaib, setiap kali result peperiksaan besar diumumkan, peratusan kelulusan semakin meningkat. Agaknya anak-anak kita menjadi lebih bijak sains dan m3 kalau diajarkan dalam bahasa inggeris.
~ainin naufal~
Susah mmg susah apabila politik dicampur adukkan dalam pendidikan.
mmmm...ntah la abglong..mmg susah la bg parent or family yg x tau english well kan.mcm my family.kalu dulu ms kecik2 mak selalu ajar math, tp skng ni mak dh xleh nk ajar adik2. x reti dah.sbb dh lain bahasa.
but somehow, i tink it's quite a good idea to teach in english, sbb bdk akan dpt byk exposure n can adapt it to the real world.ntah la...myb it depends kut..
Wahai Adinda Ainin. Bukti paling mudah ialah, setiap kali peperiksaan penggal, keputusan memang mengecewakan, tapi bila ujian akhir, semuanya lulus. Ramai yang lulus dengan cemerlang, kerana peratusan kelulusan diturunkan.
Wahai Puan Zalisa, inilah akibatnya bila "sesuatu itu dilakukan oleh mereka yang bukan AHLI".
sayda, Abang Long tidak pernah belajar matapelajaran itu dalam bahasa inggeris. Tapi Alhamdulillah, Abang Long boleh menguasainya. Yang penting bahasa inggeris itu sendiri dipertingkatkan.
Post a Comment