Sunday, May 20, 2007

Macam - macam kisah (12)

Kisah 1 - Budaya MEMBACA.


Sewaktu rehat, aku terus membuka novel dan membacanya dengan penuh perasaan khusyuk. Tiba - tiba seorang kawan datang, dan terus berkata "eh, engkau ni memang minat betul baca novel ye". Aku lalu menjawab, "bukan setakat novel, tapi aku minat membaca".

Kawan aku dengan bibir mencebik berkata "entahlah, bagi aku membaca novel ni membuang masa". Dan secara sinis aku bertanya "habis tu, kalau tak minat baca novel, apa bahan bacaan yang engkau baca, untuk menambah pengetahuan ?".

Dan jawapan yang diberikan begitu memeranjatkan aku, dimana beliau menjawab "entahlah ... aku dah lama tak baca apa - apa buku pun. Lagipun dengan kerja yang menimbun ni, memang aku tak ada masa nak buka buku" ... dan beliau terus menyambung "lagipun aku tak rasa rugi apa - apa pun kalau tak membaca, dan company pun nak naikkan pangkat kita, bukan kerana kita banyak membaca, yang penting kita berkerja keras untuk syarikat".

Sememangnya aku begitu "terasa" dengan hujjah beliau, namun sebelum beliau meninggalkan meja aku, aku sempat melontarkan soalan terakhir umpama "memulangkan buah keras" ....

Soalan dari aku berbunyi "engkau baca Al - Qur'an tak ?".

Soalan dari aku tidak dijawabnya, tapi telah kelihatan "telinganya berubah warna - menjadi kemerahan".

# Apa nak jadi dan apa dah jadi dengan masyarakat kita.



Kisah 2 - Nanyang Siang Pau.


Aku bertandang ke sebuah syarikat perkapalan atas urusan kerja. Sewaktu menunggu di ruang tamu, aku melihat beberapa buah akhbar diletakkan untuk pelanggan syarikat membacanya.

Antara akhbar yang ada adalah akhbar Nanyang Siang Pau.

Didalam hatiku berkata, siapa pulak yang akan baca akhbar berbahasa China ni ?

Akhirnya, selepas beberapa hari baru aku mendapat tahu jawapannya.

Syarikat yang dipunyai oleh bangsa China, akan terus membeli atau berlanggan akhbar berbahasa China, walaupun tiada orang yang akan membacanya. Kerana strategi mereka adalah, "kita sokong syarikat akhbar China, walau apa pun yang berlaku".

# Sering terpandang pegawai Melayu yang mengepit akhbar berbahasa Inggeris.



Kisah 3 - Hotel pun sama ...


Sehingga kini, aku belum pernah berjumpa dengan mana - mana hotel, di negara kita Malaysia, yang menyediakan akhbar (diwaktu pagi), dalam bahasa Melayu.

Kalau ada pun, bergantung kepada permintaan. Dan aku tidak pasti adakah kerana ini satu budaya atau peraturan yang ditetapkan oleh pihak perhotelan.

Jika atas sebab "permintaan", aku juga berasa keliru, kerana sepanjang aku berada dan menginap di mana - mana hotel dalam negara kita. Aku tidak pernah membuat "permintaan" untuk mendapat mana - mana akhbar. Sedar sahaja, sewaktu membuka pintu, akhbar telahpun "tergantung" ditempat pembuka pintu.

# Terasa benar akhbar berbahasa MELAYU, benar - benar "LEKEH" di tanah air sendiri.

5 comments:

sharifah said...

kekadang sikap sesetengah pihak membuatkan hati kita lemah, semangat kita hilang...

Abang Long said...

sharifah, memang benar sekali ... namun kita mesti terus berjuang !

Unknown said...

entahlah. tak berani nak cakap. sebab ada masanya diri ini juga memberikan pelbagai alasan

Anonymous said...

Tak payah pergi jauh kalau nak tengok sikap melayu yang banggakan budaya asing. Tempat kerja sayapun macam tu jugak walaupun 100% kepunyaan melayu.

Abang Long said...

Wahai Puan Zalisa, yang penting niat untuk memperjuangkan kebaikan.

lagi lagi fiqir, kadang - kadang rasa terlalu kecewa...