Saturday, May 19, 2007

Macam - macam Kisah (11)



Kisah 1 - Pilih orang.

Semalam aku pergi ke majlis kuliah agama, di sebuah surau dikampongku. Surau ini sering menjemput tokoh - tokoh atau penceramah terkenal untuk menyampaikan kuliah ataupun ceramah.

Tetapi semalam, kehadiran jamaah begitu mengecewakan. Tak sampai 10 orang yang duduk mendengar ustaz yang mengajar. Selesai sahaja solat maghrib, para jemaah berpusu - pusu keluar dari surau. Yang tinggal tidak sampai 10 orang, termasuk jawatankuasa surau.

Bab yang diajar adalah nahu dan saraf, dimana setiap orang akan membaca mana mana ayat yang mereka tahu. Jadi disebabkan jumlah hadirin adalah sedikit, maka setiap ahli jamaah akan membaca sebanya 3 kali pusingan.

# Aku masih tidak faham, adakah bilamana seorang penceramah terkenal memberikan ceramah, khususnya bab siyasah, kekeluargaan dan topik yang menarik, barulah masyarakat Islam nak dengar. Tapi bila guru agama mengajar Al - Qur'an, semuanya "menguzurkan" diri ?

Kisah 2 - Pilih masa.

Aku sengaja bertanya kepada seorang teman sepejabat, dengan nada bergurau "kenapa engkau tak datang kuliah semalam ?", lalu dijawabnya "la ... semalam aku penat sangat, lagipun kan semalam, malam Juma'at".

Aku bertanya lagi kepada seorang rakan yang lain "kenapa engkau tak datang kuliah subuh pagi tadi ?", dan dijawabnya "pagi - pagi aku memang sibuk, tak sempat, dok nak kejar - macam - macam".

Aku berkata kepada seorang jiran "bang, tengahari ni ada kuliah dhuha, jom kita pergi sama - sama ?". Aku mengajak dengan penuh hikmah, lalu dia menjawab "eh, ajk surau tu tak faham ke, kan waktu siang, semua orang sibuk, kenapa tak buat waktu malam ?".

# Jadi, untuk AGAMA ALLAH, bilakah waktu dan masa yang sesuai ?

Kisah 3 - Pilih tempat.

Aku bukan mencari "dimanakah Al Ghazali, dimanakah As Syafie, dimanakah Al Maliki atau dimanakah Al Hambali".

Aku mencari dimanakah REMAJA LELAKI MELAYU ?

Aku mencari disurau dan dimasjid - jumpa tapi kadang - kadang.

Aku mencari diperpustakaan dan tempat ilmu - jumpa tapi jarang - jarang.

Aku pergi ke Cyber Cafe - wah ramainya mereka, memenuhi setiap ruang.

# Oh anak bangsaku yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

4 comments:

Anonymous said...

Errr..yeke camtuh Abg Long? So sad kan...sbb terbalik pula kalau diUK kalau madrasah selalu penuh dgn berbagai2 bangsa mempelajari bab2 Islam.

p/s munkin sbb diMsia punyai banyak mesjid2, surau2 dlm media massa maupun TV mengajar ttg keugamaan sedabgkan diUK misalnya terhad...

Emmm dunia...

saridahamid said...

Masjid dan surau di bina dengan indah dan banyak fasiliti, tetapi orang Islam yang tidak tahu manfaatkannya. Kadang-kadang masjid dan surau sudah jadi tempat melawat pelancong je. Ini termasuklah orang Islam kita. Itulah dia akhir zaman, semua benda akan nampak pelik tapi benar.

Anonymous said...

Saya petik kata-kata Imam Hasan al Basri, “Kamu bertanya tentang dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat itu ibarat timur dan barat. Apabila kamu melangkah ke satu arah itu kamu akan meninggalkan arah yang satu lagi.”

ez

Abang Long said...

noushy syah, "lain padang, lain belalang" ... tapi itulah kenyataan yang pahit untuk ditelan.

saridahamid, bagaimana sekiranya "esok" matahari terbit dari barat ?

ez, ada ketikanya saya rasa "seram" ...