Wednesday, May 30, 2007

Macam - macam kisah (15)

Kisah 1 - PERSIMPANGAN.

Suatu ketika aku berada didalam dilema, dan didalam persimpangan. Seorang anak mendapat demam, isteri sedang mengalami selesema. Kebetulan, bapa mertua ditahan didalam wad, kerana sakit jantung, ayah dikampung juga dimasukkan kedalam wad kerana mendapat asthma yang agak kronik.


Aku cuma bertugas setengah hari disebabkan serangan migrain. Sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah. Aku benar - benar tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dijalanraya. Aku menjadi serba tidak kena, dan serba "tidak betul".

Aku perlu membuat keputusan yang BETUL dan TEPAT diwaktu itu. Kereta yang kupandu nyaris berlanggar dengan kenderaan dihadapan.


# Aku perlu membuat keptusan sebagai seorang anak lelaki, sebagai seorang menantu, sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah. Memang pening.
>
>
>
Kisah 2 - JASA SAUDARA.
>
>
Aku terus menghubungi adik dikampung, berbual dan berbincang dari hati ke hati, tentang dilema yang aku hadapi.
Aku: "Assalamu'alaikum, apakhabar dik ?.
Adik: "Alaikumsalam, alahamdulillah sihat".
Aku: "Dik, bagaimana keadaan ayah ?".
Adik: "Agak kritikal juga, tapi sekarang ayah sedang tidur, mak ada disebelah ayah".
Aku: "Dik, sebenarnya dalam dilema...".
Adik: "Kenapa bang ?".
Aku: "Begini, anak abang demam, akak pulak selesema dan lemah badan, pak mertua dalam wad, kena serangan sakit jantung .... aduhhhh ... rasa macam nak pitam .... tak tahu macam mana nak buat keputusan ... kalau diikutkan ... abang nak meredah malam ni, balik kampung je ... tapi ... entahlah".
Adik: "Bang, begini ... saya rasa ... lebih baik abang bertenang dulu ... tentang hal ayah, biar kami uruskan, lagipun kalau abang datang pun, tak ada apa yang abang boleh buat ... cuma mak sahaja yang dibenarkan masuk menunggu ayah ... abang jaga famili abang dulu ... lagipun bukannya dekat abang nak balik ke kampung ... sekurang - kurangnya abang boleh tengok pak mertua diwad, dan abang ada dirumah jaga akak dan anak abang tu ... ".
Aku: "Tapi dik, abang rasa bersalah kalau abang tak ada disisi ayah disaat - saat macam ni ..."
Adik: "Abang, selama ini pun, abang selalu berulang - alik tengok keadaan mak ayah kan ?, "jangan bimbang, kalau keadaan terdesak saya akan hubungi abang, saya janji ....".
Aku: "Tapi dik ..."
Adik: "Abang, abang dengar cakap saya ... jangan bimbang, saya akan beritahu mak tentang keadaan abang".
Aku: "Baiklah kalau macam tu, tapi tolong jaga ayah baik - baik".
Adik: "InsyaAllah".
Aku: "Terima kasih banyak - banyak sebab bantu abang".
Adik: "Sama - sama ... jaga diri baik - baik".
Aku: "Assalamu'alaikum".
Adik: "Wa'alaikumsalam".
>
# Alangkah lega, bertuah, dan rasa lapang dada, seandainya semua orang menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada keluarga.
>
>
>
Kisah 3 - LEMAH LUTUT.
>
>
Perkataan itu memang begitu diberikan perhatian yang bersungguh - sungguh dan tumpuan yang sepenuhnya oleh kaum lelaki.
>
>
Akhirnya dalam kejadian yang berlaku itu, aku benar - benar lemah lutut. Hilang fokus.
>
>
# Namun sebagai seorang lelaki, aku bingkas bangkit kembali, kerana AMANAH, TUGAS dan TANGGUNGJAWAB !!!

4 comments:

Noushy Syah said...

ERRRR Lemah lutut??? BUat exerciselah abg long, hehhehe....

DOuble meaning eh?

Abang Long said...

noushy syah ....hehehehehehe .... kalau faham tak apa ....

sd. said...

dat's wat family member are for.always there for each other.

we both be strong k

Unknown said...

Mmmm... masalah kritikal. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikemam mati anak.