Tuesday, August 04, 2009

Rebut bukan RAMPAS !


SERAH tapi bukan MENYERAH !


Setelah begitu lama memikirkan, dan tiada jalan penyelesaian yang terbaik. Sedangkan projek sudah didepan mata, apa lagi yang boleh dibuat. Yang ada hanyalah kaki, tangan, kepala dan otak. Itu sahaja.


Dengan air mata yang bergenang ditubir mata. Sebuah motorsikal 'diberikan' kepada Along. Peminjam wang berlesen. Aku mahukan surat hitam putih. Kalau wang pinjaman tidak dapat dilunaskan dalam tempoh 6 bulan, maka motorsikal itu akan menjadi hak milik Along. Dan yang penting, tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada peminjam andainya peminjam gagal melunaskan hutang.


Aku memegang erat tangan sahabat aku. "Kamu mesti ingat ... kita sudah berusaha sehabis baik ... yang pasti, tidak ada siapa yang sanggup memberikan pinjaman serendah itu ... kita hanya mahu berusaha untuk mencari sesuap nasi buat anak - anak dan isteri ... yang penting ... kita tidak MEROMPAK atau MERAGUT !"


Aku terus mengingatkan sahabat aku "Kita bukan hidup di zaman Rasulullah ... dimana para sahabat berebut untuk berbuat kebaikan dan kebajikan ... meraka sanggup untuk menggadaikan harta untuk jalan Allah ... mereka sanggup menyerahkan harta untuk kebajikan saudara seagama ... hingga tiada orang yang mahu menerima zakat ... semuanya berebut untuk mengeluarkan zakat."


Dan aku terus menyambung "Hinggakan Rasulullah bertanya kepada Saidina Abu Bakar ... Wahai Abu Bakar ... semua harta kamu telah diserahkan untuk jalan Allah ... apa lagi yang kamu tinggalkan untuk isteri dan anak - anak kamu ? lalu dijawab oleh Saidina Abu Bakar ... aku tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasul."


Yang penting, jangan menoleh ke belakang ... kuatkan semangat, gandakan usaha, sentiasa abdikan diri kepada Allah, dan jangan lupa ... HUTANG WAJIB DIBAYAR !

18 comments:

kayteeze said...

Bersabarlah AbgLong... insyaallah...

Tuhan akan limpahkan rezeki yang lebih lagi jika AbgLong tak putus semangat dan terus berusaha....

HappyIrfa said...

semoga berjaya.amin

silversarina said...

Walau sedikit mana yang kita dapat dari hasil kerja kita InsyaAllah ia adalah rezeki yang halal . Apa yang penting teruskan usaha dan usah putus asa.

chekdenoor said...

Insyaallah...jika niat kita ikhlas ....ALLAH akan memberi rezeki....yang penting... usaha dan kemudian berdoa....

en_me said...

x baik tau x bayar hutang kanns abang ahlong.. oops, abang long

Web Sutera said...

Assalamualaikum,

Doaku sentiasa bersamamu, sahabat. 'Ya Allah, berikan sahabatku ini kekuatan. Lindungilah dia. Amin ya Rabbal 'Alamin."

maklang said...

maklang pun sama...maklang doakan moga Abang Long tabah..InsyaAllah sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnay, InsyaAllah dah Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

crap said...

Doa dari akak...semoga abang long akan berjaya...kerana jika kita sentiasa berusaha Insyaallah ...DIA takkan melupakan kita...

xiiinam said...

Allahumma inni..
a'u zubika minal hammi wal hazani..
wa a'u zubika minal 'ajzi wal kasali...
wa a'u zubika minal jubni wal bukhli..
wa a'u zubika min gholabati daini wa qohri il rijaaal...


Amiiin...
InsyaAllah...Dia mendengar rintihan di atas...saban hari...saban waktu

Neeza Shahril said...

usaha tangga kejayaan... teruskan usaha itu abang long.. Allah bersama orang-orang yang tidak berputus asa..

tangsibaru said...

banyakkan sabar dan terusan berusaha.

yg penting bukan yg banyak tapi yg baraqah.

Aykay
http://tangsibaru.wordpress.com

zara aluwi said...

Sekarang sudah terpatri satu lagi tanggungjawab iaitu melunaskan hutang hasil dari pinjaman. Diharap Abang Long bijak menguruskan perniagaan yang Abang Long sendiri tahu, bagitu payah untuk memperolehinya. Pastikan pengaliran wang keluar diurus dengan sempurna.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum...

Terima kasih sudi ke blog saya dan meninggalkan jejak..Emel saudara telah selamat sayaaterima.

Semoga Sdr. terus rajin menulis...

Wasalam..

noorlara said...

payah nak cakap, kita akan buat apa saja tatkala terdesak asalkan masalah selesai tanpa terfikir bahawa kita telah mencipta sebuah masalah yg lebih besar, dalam kekalutan memang ada yg nak ambil kesempatan, tapi tu bukan Abang Long kan?

dfario said...

Semoga berjaya... jangan lupa berzakat dan membantu saudara2 Islam kita apabila dah berjaya nanti...

Sesungguhnya, tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.

cendawanintim said...

sikit yang kita dapat daripada rezeki yang halal sudah cukup daripada banyak yang dapat dari sumber yang haram...

lupekanje said...

Moga Allah murahkan rezki abang long..
Yakin akan rezeki Allah...
Teruskan berusaha...dan berdoa moga Allah permudahkan segala urusan dan dijauhkan dari bencana berhutang.

yginsaf4 said...

abang ahlong itteww, anda telah di TAG oleh me.. sila layannns