Monday, August 10, 2009

SAMBA DE' FUTSAL


Perlawanan PERSAHABATAN, tapi ... lepas geram !


Sungguh, walaupun namanya perlawanan persahabatan dan ramah mesra. Tapi, aku seolah - olah 'lupa dunia'. Aku benar - benar melepaskan geram !


Dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya. Aku tetap masuk gelanggang. Bayangkan sudah hampir 20 tahun aku tidak bermain bola. Tanpa acara 'memanaskan badan' aku terus bermain dengan seribu macam perasaan berkecamuk. Hampir putus nafas, terasa bagaikan hendak tercabut jantung !


Walaupun aku sering bersenam dan berjoging. Tapi untuk acara permainan atau sukan yang memerlukan aksi dan perlawanan. Bentuknya sudah pasti jauh berbeza. Aku terpaksa bertarung dengan lawan yang terlalu jauh lebih hebat.


Walaupun pasukan yang aku wakili tewas dengan majoriti tipis (macam pilihanraya pula), tapi semuanya senyum girang. Aku terasa seperti perlawanan antara Manchester United dengan kanak - kanak tadika.


Apapun, aku mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid yang telah sudi menjemput aku mewakili Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, untuk turut serta memeriahkan program yang dijalankan.


# Yang aku tidak dapat lupakan bagaimana seorang penjaga gol 'dipermainkan' oleh 3 orang penyerang hebat dari pasukan TANPA NAMA.

14 comments:

yginsaf4 said...

sonoknyer men bola kannns abang long..

zara aluwi said...

Semangat tu perlu, walaupun tewas. Sekali sekala memang menyeronokkan walaupun kepenatan.

nza said...

wah best gitu..sesekali turun !!!!!

xiiinam said...

Abang Long...


Dah rendam kaki dengan air suam?


Taruk minyak kayu putih sikit...


Abang Long?

achik said...

tu dia bila Abg Long turun padang.. :D

Neeza Shahril said...

best gak main futsal.. neeza pernah main walaupun lebih kejar dari tendang bola hehee..

zino said...

zino tak pernah main futsal ni.. agaknya tercungap2 la jawab nya... hehe..

dulu selalu main badminton je..

Zonan said...

Assalamualaikum

Catatan Lain Abg Long

1. Dia duduk tempat yang dekat dengan Kipas..

2. Dia langgar semua pemain

3. Suka berbual dengan kapten pasukan TANPA NAMA (papa web)

4. Dianugerahkan Pemain Veteran terbaik bersama papa web (sebab depa je yang veteran)

Abg Long.. Terima Kasih

silversarina said...

Best tu, biar semput asalkan puas hati dapat main... hehehe.

Mak Su said...

abang long... moga kita ketemu lagi, saya nak berehat sebentar dari arena blogging :)

HappyIrfa said...

sesekali bersukan kuar peluh yg dh lama membeku dlm badan,mmg letih tp tido mesti lena kan?

MULAN said...

main la sukan apa pun, mesti seronok kan..

illaieylla said...

wah abg long wat entri tp ada persoalan lg...
ckp je la terus terang hehehehe

illaieylla said...

chop........
adakah penjaga gol yg dimaksudkan itu adalah saya hehehehe

pengsan......