Monday, August 17, 2009

Tazkirah Pra Ramadan (1)


Ibu ajar anak, anak tunjuk BAPA.


Satu perkara yang lumrah, bilamana pendidikan awal si anak berada ditangan seorang ibu. Si ibu adalah insan pertama yang paling banyak mengajar anak, khususnya mengenali huruf - huruf dalam Al Quran khususnya Muqaddam.


Apa tugas si ayah ?


Menjelang Ramadan ini, sebagai seorang Muslim yang tidak mahu tugas aku disoal dihadapan Al Khaliq di akhirat kelak. Maka, samada pengunjung blog ini gembira ataupun tidak. Aku berseru kepada semua, untuk melakukan amalan yang sewajarnya supaya amalan kita diterima oleh Allah dengan lancar.


1 - Berusaha sedaya upaya untuk 'mencantikkan' dan menyempurnakan amalan puasa.
2 - JANGAN tinggalkan solat !
3 - Jangan MENGUMPAT. Kerana hadtih Nabi menyatakan bahawa barangsiapa yang MENGUMPAT maka mereka seumpama 'memakan daging saudara mereka sendiri.' Jadi apa ertinya kita berpuasa kalau kita makan daging saudara kita disiang hari ?
4 - Perbanyakkan amalan sunat.
5 - Perbanyakkan beristighfar dan berzikir mengagungkan Allah.
6 - Berusaha untuk memberi makan untuk orang yang berpuasa, walaupun seteguk air.
7 - Usahakan, perbanyakkan, giatkan pembacaan ayat - ayat suci Al Quran. Inilah waktu terbaik untuk menambahkan PAHALA. Kerana bulan Ramadhan, setiap ayat yang dibaca mendapat ganjaran berpuluh - puluh kali ganda.


Aku mengambil nombor 7.


Ada seorang ayah telah bertemu dengan aku beberapa hari yang lalu. Si ayah mengadu, dia seorang yang JAHIL, banyak membuat maksiat, dan pelbagai lagi kemungkaran. Sekarang dia sudah insaf, namun yang paling sedih, dia tidak tahu membaca Al Quran.


Aku bertanya, adakah isteri beliau tahu membaca Al Quran ? Jawabnya "isteri saya pun sama, tak tahu membaca Al Quran".


"Bagaimana dengan anak ... ada sesiapa yang tahu membaca Al Quran?" Aku bertanya lanjut.


Si ayah mengangguk. Lalu aku berkata. Yang penting ialah AMALAN kita yang IKHLAS. Allah memandang amalan yang ikhlas. Walaupun dari orang yang jahil yang bertaubat dan insaf. Itulah insan yang mulia.


Maka, jangan merasa malu. Belajarlah Al Quran dari si anak.



Yang penting. Bacalah Al Quran secara beramai - ramai umpama bertadarus dalam lingkungan keluarga. InsyaAllah ... Allah akan turunkan limpah kurnia, rahmat, keredhaan dan kasih - sayang NYA.

5 comments:

zara aluwi said...

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dan pastinya kita harus bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

atty's said...

tq abg long saling ingat mengingati...

Wanita Itu said...

abg long ~

tahun ni pertama kali saya menyambut ramadhan sebagai seorang isteri..

harap2 ramadhan kali ini, membawa berkat yang berlipat ganda..

time kasih abg long atas entri ini..

tangsibaru said...

Long,
selamat menghadapi bulan Ramadhan al mubarak. semoga dapat dipenuhi dgn amalan baik..dan mendapat keberkatannya.
-Aykay

silversarina said...

Insaf adalah anugerah dariNYA, Alhamdulillah bagi insan yang insaf akan kejahilan diri. Semoga kita semua sentiasa insaf dan memohon keampunan dari Yang Maha Pengampun.