Wednesday, August 12, 2009

Manisnya Cik Adik. Ramahnya Cik Abang.


Adik, Abang, Haji.


Satu hari, aku telah membawa anak - anak aku ke warung menjual nasi lemak, untuk membeli kuih. 3 biji dengan harga RM1. Sewaktu singgah di warung itu, seorang perempuan telah bertanya kepada aku.


"Ya, dik ... hendak beli kuih apa dik?"


Aku menyeringai.


Sewaktu pulang dari menghantar anak ke sekolah. Aku singgah di kedai runcit untuk membeli sayur. Usai sahaja mengambil sayur, aku terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Lalu seorang perempuan telah bertanya kepada aku.


"Ya bang ... ini sahaja?"


Aku hanya mengangguk.


Diwaktu petang, sewaktu balik dari surau, aku terpaksa menuntun motorsikal kerana tayar pancit. Dalam perjalanan ke kedai membaiki motor. Aku ditegur dengan ramah oleh seorang perempuan.


"Tayar pancit ke haji?"


Aku hanya tersenyum.


Bila direnung balik. Sebenarnya kita hidup dengan gelaran yang pelbagai.

12 comments:

pB said...

kejab muda
kejab tua

tapi tak per


at least ada yg notice abg long

AiNeRzA said...

kalau sy jumpa abg long...saya akan tegur macam ni "atuk...nak pegi mana?" hihihihi

HappyIrfa said...

dik?
biar betul..tua sgt ke akak yg jual kueh tu?
mesti abg long perasan muda jap..
hehe

yginsaf4 said...

bestnyerr abang long, sumer pompuan tegur tewww.. uhuhu

nza said...

itulh namanya kehidupan....

tangsibaru said...

Long,

itulah kita, dari pandangan mata org lain, memang berbeza2, mengikut masa dan waktu.

silversarina said...

Lain mata lain pandangannya ... akak memang biasa kalau anak muda panggil makcik...hehehe.

farah-chan said...

tergelak saya baca entri ni. hehe.
ada kawan saya penah kena. dia panggil seorang pakcik tu "abang". pastu kene sound ngan pakcik tu. "ko ingat aku muda sangat ke ko panggil aku abang?" hahaha ;p

noorlara said...

Tak kisahle gelaran apapun asalkan makna dan niatnye baik tak gitu Abang Long!

Nadine Zuharra said...

: )
macam2 watak kita pegang,walaupun kurang sana-sini, yang penting kita cuba untuk membahagiakan orang lain..
yg saye paling terkesan; bila pertama kali anak2 murid panggil Cikgu.. hehe

xiiinam said...

abangLong..





Maafkan jika ku tak sempurna. Doakan daku -9 pagi 13 Ogos...

kirana said...

hihii..tang adik tu tak tahan tu...