Lokasi Panas.
Kalau hendak diikutkan, hampir seluruh negara sekarang kita merasa bahang panas. Tetapi tajuk diatas adalah lebih spesifik. Iaitu lokasi dimana terdapat jangkitan yang paling serius.
Memang sudah menjadi wabak. Memang sudah merata dan meluas menjalarnya wabak H1N1 atau selesema babi ini.
Tetapi aku musykil. MAAF, MAAF, dan MAAF. Aku musykil sangat. Masih ramai rakyat Malaysia seolah - olah tidak merasa sedikit perasaan cemas atau berjaga - jaga. Rakyat Malaysia masih seakan - akan terus 'bersantai.' Seolah - olah tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Aku pergi ke pasaraya. Hanya aku dan keluarga sahaja yang memakai topeng. Aku pergi ke sekolah, hanya aku dan anak - anak sahaja yang memakai topeng penutup. Aku pergi ke pasar, hanya aku dan isteri sahaja yang memakai topeng. Malahan, hampir banyak kawasan aku pergi, cuma ada beberapa orang sahaja yang memakai topeng.
Aku rasa. Aku rasa. Mungkin kawasan tempat aku tinggal agak kebal dari sebarang jangkitan atau wabak. Hinggakan mereka langsung tidak peduli untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
Dan yang paling aku 'terasa' ialah. Seolah - olah, aku dan keluarga adalah seperti makhlauk asing atau 'alien'.
12 comments:
gitulh manusia abg long....bila kena baru gabra n nk brtindak..kt sk sy pn kita org paksa bebudk pakai mulai isnin ni...
Mereka kata bimbang tetapi masih 'bersantai' dan tak buat apa-apa pun..anak-anak masih syok lepak-lepak kat tepi jalan,gerai makan masih tempat lepak org tua, shoping centre msh jd tempat lapak makchik-makchik..
Sy sentiasa ditanya, boleh ke pej u sponsor 'mask' ??? hehehe
anak saya pakai sampai putus2 tali.hehehe
Anak2 akak ke sekolah pakai topeng dan semalam kami beli stok sekotak topeng (50 keping ) sebagai langkah berjaga-jaga . Kalau ke tempat awam kami pakai topeng . Akak pun musykil kenapa tak diwajibkan semua orang pakai topeng sebab virus ni dah makin serius menyerang .
adik sy penah tanya,
nak selamat nyawa ke atau nak malu mcm 'alien'?
skrg ni pun di pejabat2 kerajaan dh ramai yg pakai,dan ade sesetengah pejabat dah letak syarat wajib pakai kalau dtg berurusan.ye la tu kan satu cara mencegah.untuk kebaikan bersama,apa salahnya pakai.
abg long..
mmg lah, saya pun rasa pelik..ngaper takder kesedaran sivik langsung pasai H1N1 nih..
takkan la nak orang terdekat 'meninggal' dulu, baru sibuk2 nak prevent..
Kat tempat chekdee....semalam g JJ...waduh...ramai yang memakai purdah putih....kui..kui..... tampa dipaksa oleh sesiapa....akhirnya semuanya dah jadi cam orang iran...... bagus juga tu.........
'mencegah lebih baik drpd merawat'...konsep ni kadang cuma jadi hiasan saja. diharap kesedaran itu semakin bertambah.
Bukan tak nak pakai, tak nak bagi free... siapa nak keluar duit beli bebanyak bende tu. Dah lah harganya tetiba naik! Lepas tu kerajaan goyang kaki tak buat apa-apa pun. Buatlah sesuatu perintah darurat.
Betul tu abang long, dah menjadi wabak, kami ni pun duk rumah je sekarang nih.....risau.
Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...
Salam persaudaraan
Post a Comment