Thursday, August 27, 2009

3 biji kurma + 1 gelas susu.


Ringkas tapi kuat ...


Memang kelam kabut, memang tergesa - gesa, rasa macam tidak cukup langkah. Pagi itu, kami sekeluarga terlewat bangun untuk bersahur. Cuma tinggal 3 minit sahaja lagi untuk masuk waktu imsak.


Sudah tidak terfikir bagaimana untuk memasak dan sebagainya. Apa yang boleh dibuat ialah mencapai apa sahaja makanan yang boleh dimakan.


Maka, makanan yang paling mudah sekali ialah kurma dan segelas susu. Masing - masing mengunyah 3 biji kurma dan meminum segelas susu dan milo.


Cuba bayangkan, setiap kali bersahur, kami sering memakan makanan yang agak berat seperti nasi ataupun roti. Tiba - tiba kali ini, kami terpaksa memakan makanan yang paling ringkas sekali.


Kuasa tuhan. Tanpa kami sedari, sepanjang hari berpuasa, kami langsung tidak merasa keletihan yang melampau. Malahan, tidak ada seorangpun ahli keluarga yang menghadapi masalah perut meragam.


Syukur Alhamdulillah. Berkata dari usaha untuk menjalani ibadah puasa. Semuanya dimudahkan oleh Allah.


Tiba - tiba sahaja terkenangkan nasib fakir miskin dan dhaif yang terpaksa berpuasa dengan segelas air kosong sahaja.

17 comments:

shaifulsafar said...

memang betul la abg long... even kita makan sebutir kurma pun... kalau disertai dengan niat yang betul2 ikhlas dan istiqamah... insyaAllah... selesa berpuasa sepanjang hari....

aNIe said...

Salam Ramadhan dari akak buat Abang Long sekeluarga...baru hari ni akak dpt menjengok blog dan melawat kawan2 blog...kalau tak selalunya kat FB aje...tapi kawan2 blog takkan akak lupakan...

Kelmarin akak pun sama...tak sempat apa lagi pun...cuma sempat minum air kosong aje...tersilap pasang alarm...

Tapi alhamdulillah hari dilalui dengan jayanya tapi terpaksalah mendengar rengekan si kecik...kesian dia...hehehe..tapi sampai jugak dia bertahan hingga waktu berbuka. Puas memujuk menceritakan padanya camnilah rasanya orang2 yang susah & takde duit nak makan...

Semoga bulan penuh barakah ini dpt kita lalui dengan penuh ketaqwaan

Masy said...

mcm nk try plk rasanye..hmmm

kakna said...

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”...

NzA said...

ckp psl sahur ni, sy mmg ada problem besar..dr 6 th sy mula posa mmg xleh sahur cam org lain cz nnti akn muntah2 hingga bdn lesu....so smpi skrg sy cuma mmpu minum segelas air suam ambil brkat sahur....

chekdenoor said...

Dibulan ramadhan ini, jika kita berkemampuan dan berkesempatan..... kena gak berusaha kasi makanan berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan..... kerana sifat ini akan menyebabkan banyak dosa-dosa kita diampunkan ALLAH.

Web Sutera said...

Sahabat Abg Long,

Alhamdulillah. Saya & isteri amalkan mula buka puasa dengan kurma. SUBHANALLAH!

noorlara said...

SEPERTI YG KITA SEMUA TAHU KURMA MEMANG BUAH YG PENUH KHASIAT APATAH LAGI BERSAMA MINUMAN SUSU. TAK PASANG ALARM CELLPHONE KE?

Anonymous said...

Salam ziarah, abglong. Situasi mcm ni mmg ada jadi setiap kali bln posa. Slalunya sy standby roti kat umh all the time. So, klu dh tggl 2-3 min tu, celup roti dlm air susu jek la.. :)

FaAtip said...

Salam.

Bayangkan..walaupun kita bersahur dgn kurma je, tapi bila berbuka nanti pasti kita ada juadah yang sedap2. Tapi Rasulullah? Pernah berbuka dgn sebiji kurma berkongsi dgn Aisyah.....

atie said...

Alhamdulilah abang long sempat gek sahur dengan kurma, berkat tu sebab tu tak lapar, nabi kan berbuka dengan kurma gek abang long....

zino said...

selamat meneruskan ibadat puasa abanglong walaupun dengan tiga biji kurma.. hehe

silversarina said...

Alhamdulillah rezeki yang diberkati, itu yang penting dalam menjalani ibadah puasa .

Unknown said...

saya bersahur dengan resepi yang sama, sepanjang hari segar bugar walaupun saya menyusukan anak sepenuhnya (anak saya tidak makan makanan lain, hanya menyusu badan). Jika Rasulullah, kata baik bermakna ia memang baik :)

ummu said...

salam Ramadhan abang Long dan keluarga,
bila menjalani ibdah puasa ini,terasa asngat hikmah dan tarbiyah Allahs ecara terus untuk kita,kan...

Insaflah said...

Salam persaudaraan

Homeopati+Herba said...

Salam persaudaraan