Saturday, March 07, 2009

NIKMAT SIHAT & SEGAR.

Huluran kosong.


Beberapa hari lepas. Setelah begitu lama aku tidak pergi berubat dimana - mana. Tiba - tiba sahaja seorang sahabat aku menyarankan supaya aku pergi ke sebuah pusat rawatan yang terkemuka.


Aku memberikan pelbagai dalih. Tetapi akhirnya, aku terpaksa juga mengikut 'arahan' dari sahabat aku. "Aku tahu apa masalah terbesar yang hang hadapi ... hang jangan bimbang, aku dah bank in kan sat tadi... yang penting hang pi berubat!" Tegas 'arahan' dari sahabat aku itu.


Lalu aku hanya mengikut sahaja arahan itu. Dan dalam masa yang sama, aku hanya berdoa, semoga aku dipertemukan dengan 'penawar' yang aku cari selama satu tahun ini.


Aku tiba dipusat rawatan itu seawal jam 7 pagi. Agak memeranjatkan, orang ramai telahpun berkumpul dihadapan pusat rawatan itu. Dan orang ramai dianggarkan seramai lebih dari 100 orang. Aku berkata kepada isteri aku "belum pernah abang tangok orang macam ini punya ramai nak pergi berubat."


Setelah mendapat nombor giliran yang agak kebelakang. Aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan pesakit yang ada disitu. Maka dibawah adalah senarai maklumat yang aku perolehi:



Kes kronik 1 - LUMPUH sebahagian tubuh.

Seorang lelaki India berusia dalam lingkungan usia 60 tahun. Setelah menjalani rawatan di pusat itu selama 3 kali. Sekarang sudah mampu berjalan dengan tongkat.

Pesakit datang dari Puchong, Selangor.



Kes kronik 2 - BENGKAK LUTUT.

Seorang wanita China, berusia dalam lingkungan usia 45 tahun. Menderita sakit lutut dan tidak boleh berjalan selama 3 tahun. Usai menjalani pembedahan selama 10 minit. Terus boleh berjalan dan berdiri dihadapan kaunter untuk membuat pembayaran. Suaminya hanya mampu menggelengkan kepala seperti tidak mempercayai apa yang sedang berlaku.

Pesakit datang dari Seremban, Negeri Sembilan.



Kes kronik 3 - LELAH.

Seorang wanita Melayu dalam lingkungan usia 60 tahun. Datang untuk menjalani rawatan susulan. Kali kedua datang. Mampu ketawa. Kata makcik itu. Beliau menderita lelah hampir 10 tahun. Dan telah menjalani 'pembedahan' dipusat itu. Dan sekarang sudah mampu makan tanpa pantang.

Pesakit datang dari Bagan Datoh, Perak.



Kes kronik 4 - TIADA ANAK.

Sepasang suami isteri yang datang agak lewat. Datang ke pusat itu cuma untuk memberikan 'hadiah' kepada Dr. Setelah ditanya oleh jururawat. Pasangan itu baru sahaja mendapat anak. Setelah 7 tahun berkahwin dan tidak mendapat zuriat. Alhamdulillah. Betapa gembiranya wajah pasangan itu.

Pesakit datang dari Johor.



Kes kronik 5 - SAKIT JANTUNG.

Seorang lelaki China. Berusia dalam lingkungan usia 50 tahun. Sembuh dari penyakit jantung. Sudah mampu berjogging. Datang ke pusat itu untuk menjalani rawatan susulan kali ke ketiga.

Pesakit datang dari Singapura.



Kes kronik 6 - KOLESTEROL TAHAP BAHAYA.

Seorang wanita dalam lingkungan usia 40 tahun. Menghidap kolesterol ditahap kronik. Datang untuk membeli herba. Dengan gembira beliau berkata 'memang tidak percaya, tapi itulah kenyataanya.' Beliau telah menjalani pembedahan di pusat itu. Dan sekarang paras kolesterolnya telah turun ke tahap normal.

Pesakit datang dari Jakarta.



Kes kronik 7 - MATA HAMPIR BUTA.

Seorang lelaki China, berusia 42 tahun dari Taiping. Datang ke pusat itu untuk menjalani pembedahan. Satu jam kemudian, telah mampu untuk bergerak dan pulang ke rumah adiknya di Kuala Lumpur. Isterinya berkata beliau melihat sendiri bagaimana pembedahan itu dijalankan.

Pesakit datang dari Taiping, Perak.



Kes kronik 8 - KANSER PANGKAL RAHIM.

Seorang wanita Melayu yang membawa ibunya datang untuk menjalani rawatan sakit lelah. Si wanita itu menceritakan bagaimana dia telahpun sembuh dari sakit KANSER PANGKAL RAHIM. Alhamdulillah, kehidupannya sekarang sudah pulih seperti sedia kala. Wanita ini menetap di Kajang.

Pesakit datang dari Kajang, Selangor.



Jangan putus harap untuk berusaha dan berubat. Melainkan jika anda tidak mampu dari segi kewangan.


Ini sahaja amal bakti yang boleh aku hulurkan untuk membantu sesama MANUSIA yang berada didalam kesusahan, kesulitan, kepayahan dan KESAKITAN.


Bagi anda yang menhadapi sebarang masalah atau penyakit kronik. Cubalah untuk merawat.


Pusat Rawatan Herbapaty.
No 15 & 15A, Jalan Anggerik,
Seksyen 31,
Kota Kemuning, Shah Alam.


Andainya anda mahu mendapatkan maklumat lanjut, sila emelkan ke - safmi_80@yahoo.com


# Harap maklum. Aku tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan pusat rawatan ini. Cuma sebagai pemberi maklumat untuk mereka yang memerlukan.

22 comments:

ckLah @xiiinam said...

Salam....
Abang Long sakit apa?
Moga ditemukan medium penyembuhan Nya..

InsyaAllah...
Dia telah berfirman dalam syurah as Syu'ara ayat 80:
'Wa iza maridhtu fa hua yasfiiiin...'
(Dan apabila aku sakit, Dialah menyembuhkan aku....)


Sepanjang tahun lepas, saya ke merata Malasia (hingga Indonesia) mencari penyembuhan sehingga diizinkanNya..Alhamdulillah.


Saya pernah ke daru'Shifa di BBB. Datang pukul 4 pagi...dapat giliran no 82...dan, sadisnya, ramainya orang yang 'sakit'...sakit sebegitu...

Unknown said...

Semoga usaha Abang Long akan mendatangkan hasil. Kita berusaha, berdoa dan tawakal. OD percaya, bila sampai masanya, Abang Long akan sihat semula. Insya-ALLAH.

maklang said...

Salam Abang Long,

Syukurlah Abang Long dah sihat..moga dipelihara Allah sentiasa..Amin...

NJ@Goboklama said...

penyebab kepada penyakit adalah pelbagai,namun Allah s.w.t sahaja yg maha mengetahui sebab, punca & penawar kpd segala-galanya, kita hanya mampu berikhtiar & berserah kepadaNya,insyaAllah...

NJ pun dah lama menunggu zuriat yg seterusnya, dh 11 tahun dh si bujang sulung tu, masih tk putus asa berikhtiar & berdoa... :)

chekgu Bani Hassim said...

haah laa..
saket ape bang long??
mcm kronik je bunyik...

jgn dipendam saket tu, takut melarat pulak...

setiap penyakit ade ubat kecuali satu je..mati!

semoga sembuh cpat..

Tie said...

Eloklah berusaha dan bertawakal...mudah2an berjaya....

Unknown said...

Nikmat sihat dan segar memang tak ternilai sebab bila kita sihat dan segar...semua tanggungjawab yang laen pon boleh dilaksanakn dgn baik. Btol x Abg Long.?

Tapi, sebagai remaja... CJ tgk banyak lagi penyakit yang susah nak di rawat dalam kalangan remaja. Bukan sakit tubuh badan...tapi penyakit "sosial"... dah tahap kronik dah sakitnya. Hahaha!! harap entry Abg Long yg seterusnya boleh bagi saranan..

p/s: semoga sakit Ang Long cepat sembuh and dapat menjalankan kerja harian dengan baik. InsyaAllah. Kim salam kat Kak Long..haha!!

Rasha_rz said...

waduh mujarabnya ye? semoga abang long sihat..........

zino said...

semuga mendapat penawar yg di cari...

nampak menarik kejayaan klinik tu.. mungkinboleh di syorkan utk MIL yg retak tulang ni..

Jie said...

selagi kejora berkerlipan
kita masih punya harapan


p/s tadi pergi Kota Kemuning..jiran baru pindah

en_me said...

abang long sakit apa tewww..

cikMilah said...

Ikhtiar Abang Long beserta doa dari saya dan suami. Saya tahu Abang Long tabah,tawakkal dan istiqomah. InsyaALLAH akan pulih seperti sediakala.

ckLah @xiiinam said...

Jap...nak tulis ayat yang sebenarnya....tadi ejaan rumi...tak baik..


وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

farah, s. said...

salam Abang Long..

Abang Long sakit ke? Moga cepat sembuh :)

pentingnya nikmat sihat dan segar ni kan.. tp tak semua org nikmat yg allah bg ni. bile sakit baru nak sedar kepentingannye T_T

izman said...

moga abang long beransur sembuh.

trima kasih berkongsi info, boleh jadi ia berguna di masa depan sama ada utk keluarga sendiri atau kenalan yg memerluakan.

arsaili said...

salam abg long..moga cepat sembuh ye

silversarina said...

Tajuk entry ini memang menggamit saya untuk terus menreus mengangguk tanda YA , tiada apa yang lebih penting dari tubuh badan yang sihat .

Harap abang long semakin sihat .

Mak Su said...

insyallah, mencuba apa salahnya kan abanglong.

:)

Unknown said...

Uikh dekat gaklah ngan umah aku..heheh..area shah alam jerk huh..tp tak pernah terlepas ke sana

attyfir said...

salam abg long..atty doakan semoga abg long sehat senantiasa..amin

WeBViDeOKLiP said...

sakit ape?

ummu said...

abang long..thnaks for this entry.dulu ada juga cikgu kawan ibu saya cadang tapi dia pun tak tahu alamatnya...rasanya yang ni lah kot