Sunday, March 29, 2009

KESEDARAN SELAMA 1 JAM


Anak aku bertanya "siapa punya idea ni?"


Aku dan isteri aku turut terdiam.


Yang pasti, kami baru tersedar, kami juga menjadi seperti "pak turut", yang mengikuti sesuatu tanpa mendapat bekalan ilmu yang mencukupi.


Lantas aku berjanji kepada keluarga, yang aku akan mendapatkan maklumat tentang itu dan akan memaklumkan kepada mereka dalam kadar segera.


Yang menggelikan hati. Bila semua ahli keluarga menghadap lilin yang dibakar cuma sebatang. Dan kami terus berbual pelbagai perkara, dari cerita lawak jenaka membawa kepada kisah seram.


Dalam tempoh satu jam itu. Benar - benar terasa suasana akrab sebuah keluarga bahagia.


Terasa begitu harmoni.


Semuanya berkumpul dan duduk berdekatan antara satu sama lain. Si kecil juga tidak lincah dan nakal seperti selalu, malah sepanjang sessi 'bergelap' itu, si kecil hanya duduk diatas pangkuan ibunya sahaja.


Udara sekeliling tidak begitu panas, kerana aku membuka tingkap yang berjaring halus. Terasa angin bayu nan lembut menyapa tubuh kami.


Namun bila kulihat diluar. Rasanya, kami sahaja yang mengikuti kempen "60 minit" ini. Sebabnya, kelihatan rumah jiran semuanya terang - benderang. Malahan, lampu jalanraya juga menyala.


Bagi aku, sewajarnya kempen ini diteruskan dan dijadikan agenda negara.


Cuma terfikir dibenak fikiran aku ialah. Kenapakah umat Islam tidak memberikan satu idea mudah dan praktikal yang boleh dibanggakan oleh penduduk bumi.


Selesai sessi BERGELAP itu. Lalu lampu dipasang, alat penghawa dingin dipasang, televisyen dipasang. Dan anak - anak bergembira. Lalu masing - masing menghadap televisyen semula.


HILANG sudah nilai - nilai 'kesatuan' dalam keluarga. Masing - masing diam merenung kaca televisyen. Tidak ada lagi perbualan.


Terasa benar nikmat mempunyai bekalan elektrik. Tiba - tiba aku tersedar tentang sesuatu. Andainya sewaktu 'bergelap' itu dijadikan perlambangan kepada 'kegelapan di alam barzah'.


Fikir - fikirlah.

9 comments:

Jie said...

Saya membaca juga beberapa forum yang mempertikaikan kempen ini, bagi saya - kita ambil yang positif.

Ustaz saya pernah berpesan " Perkara yang kita tidak dapat semua sekali jangan tinggal semua sekali"

zino said...

rumah kami gelap sebahagian je.. hehe

izman said...

saya ikut pesan earth hour. pasang lilin je

Masy said...

sy offkan lampu je :)

Nek Cun said...

Rumah nekcun memang gelap malam tu sbb tak da sape kat umah!... hehehe... tapi nekcun ngan atok pi function kat Putrajaya malam tu, nampak Putrajaya terang benderang!...

sally said...

saya off lampu je,
tv & komputer tetap on.

channel tv, hanya 2, 3 channel je yg follow earth hour nih, yg lain takde pun..nape ek?

AyKay said...

Long,

saya dah lama tak berTV, ber akhbar dan ber radio dua minggu yg lepas. balik2 msia anak bilang mlm ni kita bergelap 60min for earth hour... tak tahu ujung pangkal,depa pasang lilin, off lampu but AC on and PS2 is at its peak!

Mak Su said...

antara gelap dan idak.. kami tak siapkan lilin or pelita. so kalu nak ke tands, psg lampu. nak buat susu baby w, pasang lampu. tivi katup. tapi kipas tetap buka... hhhmmm, namun ada gaks rumah jiran yg terang sokmo.

Anonymous said...

me sedang memandu dalam keter jakks.. volleee ghitewww