Friday, February 20, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (10)

Bukan iklan !


Teragak - agak ! Sudah lama difikirkan, sudah lama direnung. Apakah jika aku menulis disini maka aku juga dianggap sebagai seorang yang cenderung kepada kisah SEKS ?


Sedangkan itulah kehidupan yang normal, TETAPI perlu berlandaskan kepada syariat. Tiada kompromi !


InsyaAllah, untuk entri yang akan datang, aku akan meyiarkan pandangan seorang lelaki tentang seks itu sendiri. Tetapi bukan sebuah kupasan ilmiah. Sekadar hasil pemerhatian sepanjang umur aku. Tunggu.


Intronya sahaja sudah mendebarkan. Umpama kata nasihat dari orang tua. "Hamparkan kain putih diatas kamar peraduan dimalam pertama." Begitu indah kata - kata yang tersurat.


Ada dikalangan pengunjung ini, yang secara berterusan telah mengikuti kisah MEMORI INDAH di Taiping, dari episod pertama. Telah melontarkan sebuah persoalan. Memohon dikisahkan tentang kehidupan 'gelap' disebuah lorong yang agak terkenal.


Setelah air yang dijerang masak. Maka, entri ini memang berkaitan.


Dahulu (baca: dahulu). Sebuah lorong namanya Jalan Tupai. Dimana ada sebuah pawagam disitu. Dan disitulah, letaknya kawasan 'perdagangan manusia.' Andainya ada sesiapa yang melihat anda melalui kawasan itu, maka pasti anda akan ditanya "hai bang, pergi servis ka?"


Jalan Tupai terletak tidak jauh dari Taman Tasek Taiping dan memang dalam kawasan bandar. Namun, aku sedikit pun tidak gentar dengan perkara itu. Malahan, aku akan berbasikal dengan bersantai melalui laluan tersebut. Kerana, itulah jalan pintas ke arah beberapa kawasan penting di bandar.


Hanya diwaktu malam, barulah 'kupu - kupu' akan berterbangan mencari dahan untuk berpaut. Cuma, seperti sudah ada perjanjian tidak rasmi. Dimana, ada kawasan untuk pelacur dan ada kawasan untuk pondan. Itu dia ... perkataan aku sudah tidak berlapik lagi.


Secara berterus - terang. Aku lebih 'gentar' dengan golongan pondan @ bapok, berbanding dengan golongan pelacur. Kerana aku sudah ada pengalaman 'dikejar' oleh seorang pondan, kerana merenung si pondan itu. Kita semua sedia maklum, si pondan itu hakikatnya adalah seorang lelaki. Jadi, boleh bayangkan 'kekuatan' seorang lelaki. Namun, aku bernasib baik kerana si pondan itu memakai skirt pendek. Jadi, memang si dia tidak berkemampuan untuk 'berlari laju.'


Maaf, bukan tujuan aku untuk mencemarkan atau menjatuhkan maruah bandar Taiping. Aku hanya menceritakan hanya satu sudut sisi kehidupan manusia yang malang. Tidak keterlaluan dan sememangnya sudah menjadi lumrah, dimana sahaja bandar di Malaysia. Maka golongan ini tetap ada. Dan 'permintaan' terhadap kedua golongan ini tetap ada.


"Auwww ... auwww ...auwww" itulah simbolik kepada 'suara' golongan ini. Tiba - tiba sahaja difikiran aku terlintas mengingati tentang seorang insan yang bernama Mama Juwie, yang terkenal satu ketika dahulu.


Sebagai seorang muslim yang bersaudara. Eloklah kita mendo'akan yang terbaik buat mereka. Semoga Allah memberikan hidayah dan taufik buat golongan ini untuk kembali mentaati suruhanNYA.


Jadi, kepada pengunjung blog ini. Berhati - hati andainya pasangan anda 'hilang' diwaktu malam. Khususnya penggemar durian. Kerana disinilah kita boleh membeli durian dengan harga yang 'tidak masuk akal.' Memang terlalu murah. Sambil membelek durian, mungkin mata kita akan 'terlihat' 'golongan sasar' ini berada tidak jauh dari kita.


Dan ada ketikanya kita mungkin tersilap. Antara 'menghidu' bau durian dan 'menghidu' bau ~ 'perfume' yang digunakan oleh dua golongan manusa ini.


Tetapi, seandainya kita 'tersilap' memilih durian yang busuk, maka kita tetap boleh jadikan 'tempoyak.' Terpulang kepada 'kebijaksanaan' si isteri, bagaimana untuk memberi makan suami mereka. Bak kata Nabil "lu fikirlah sendiri!"

12 comments:

Nek Cun said...

Adinda, maknanya memang betulah golongan 'auww-auww-auww' ini wujud di Taiping? Apa yang kekawan nekcun citer semasa kami kursus di Taiping dulu tuh memang betullah yer!... hih!... gerun plak mengingatnya... tapi... patutulah ada beberapa 'kekawan' yang suka sangat keluar nak cari 'supper' di pekan katanya walaupun 'supper' telah disediakan di tempat kursus...rupanya ada 'supper' lain yang mereka nak intai-intai...hehehe...

AyKay said...

Long, saya teringat kisah dulu2 di Jln Tupai tu. Time kena kejar di 'abang' tu satu. Tapi satu lagi time ada "abangggg" tu nak tumpangkan kereta konon, manalak saya tau dia tu saje je nak kenen2 kot2 i nak servis? I pun jawab ha aa memang nak kena servis kereta ni, terhegeh2 je pick up dia.. si abang tu ingat saya yg nak diservis kan bukan kereta, apa lagi haru biru la jadi.....tuttttt cerita kena potong..tak sesuei.

nadinezuharra said...

mm,tak suka la tgk depa..ape2 pun kita kene berusaha buat sesuatu untuk mengubah mentaliti mereka yang dua alam ni..

kalau betul nak ubah/tarik mereka ke jalan yg benar,kene beramai2 bersepakat,kalau sorang2 takut kene kejarr pulak..eishh,seramm..

irman_rahs said...

bukan di taiping sj, di sabah pun sama juga...PBT xbole bt pape / saja bt bodo... K.Kinabalu bole kategori bandar yg tidak tidur... 24 jam ada biz yg dijalankan... sy pernah bercerita kupu2 sabah ni dlm entri bulan 12 klu xsilap...

zino said...

agaknya di setiap bandar ada "perdagangan" ni kot.. apa kurang nya jalan alor di bukit bintang sana hehe atau jln hj husein di chow kit ..

teringat masa lawatan ke brunei dulu.. ada kawan yg "melawat" ke limbang..sarawak.. kecoh di buat nya.. rupanya limbang juga satu bandar "syurga" di sana..

Hjh Nik Zulina said...

Nauzubillahi Min Zalik..

chekgu Bani Hassim said...

cik pond ni mmg nampak menggerunkan...
segalanye terlebih daripada perempuan sebenar...

mekap lebih, dressing lebih, suara lebih lembut etc...

seramm...

silversarina said...

salam,

Memang kesian lihat golongan aawwww aawww ni, tapi mereka juga manusia biasa , cuma mungkin kurang didikan agama yang menyebabkan mereka terjebak ke lembah hina itu. Apapun para lelaki /suami yang suka durian tengah malam , baiklah bawak bertaubat .

Night safari tu masih belum sempat kami lawati, InsyaAllah akan sampai nanti.

NJ@Goboklama said...

eyyyy,kat mana2 je ada tempat cenggitu,termasukle katanya di negeri2 pantai timur... :(

m.q said...

eheheh..sy xtau pulak psl abang2 pons ni..hehehe..

T_T

izman said...

saya beberapa kali ke ipoh masa adik saya berkursus di hospital bahagia dlm jurusan MA. tapi tak tau pulak tempat tu... lagipun may b sebab bukan saya kaki itu!

fusarium solani said...

Bawalah basikal tua balik Kelang. Boleh join Aliff kayuh basikal di Putrajaya!