Tuesday, February 24, 2009

LA TAHZAN ~ BERSABARLAH !

Ustaz mengajar anak murid monolog.



Ustaz: "Berapa banyak NIKMAT yang telah Allah berikan kepada kamu selama ini ?"
Murid: "terlalu banyak."

Ustaz: "Sudah berapa lama Allah berikan kamu kesihatan, dan baru sekarang kamu merasa sakit?"
Murid: "sudah 40 tahun aku sihat, dan baru satu tahun aku sakit."

Ustaz: "Sepanjang hidup kamu, berapa kali kamu jatuh?"
Murid: "Rasanya tidak sampai 10 kali".

Ustaz: "Selama 20 tahun kamu memandu dalam keadaan senang, berapa kali kereta kamu rosak?"
Murid: "Rasanya tidak sampai 5 kali".

Ustaz: "Selama 40 tahun kamu menikmati makan dan minum, berapa lama kamu tidak mampu menikmatinya sekarang"?
Murid: "Baru setahun".

Ustaz: "Selama 20 tahun kamu bekerja, berapa lama kamu menghadapkan wajahmu kearah kiblat".
Murid: "Selalu juga saya terlepas".


Ustaz: "Andainya saya berikan RM5,000,000,000. Dan kamu kena serahkan sebiji mata kamu, adakah kamu sanggup menyerahkannya?"
Murid: "Maaf, saya tidak sanggup."


Ustaz: "Andainya saya berikan kamu RM5,000,000,000. Dan kamu kena serahkan sebelah tanganmu, adakah kamu sanggup?"
Murid: "Maaf, saya tidak sanggup".


Ustaz: (sambil tertawa kecil) "Sudah 5 tahun, kamu menggunakan hp, baru beberapa hari ini kamu tidak lagi dapat menggunakan hp ... dan 10 tahun yang lalu, kamu langsung tidak ada hp."
Murid: (diam membisu)

Ustaz: "Ini bermakna, NIKMAT yang telah Allah berikan kepada kamu MAHA BANYAK. Tidak terhitung ! Namun, sebagai HAMBA ALLAH, kewajipan kita ialah untuk mentaati setiap perintah Allah. Jangan tinggalkan SOLAT, inilah soalan pertama yang akan ditanya diakhirat kelak, jangan lupakan AL QURAN, bacalah, fahamilah, hayatilah ... dan yang terpenting adalah MELAKSANAKAN SETIAP HUKUM NYA didalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan NEGARA !



Kelihatan para jemaah tidak mengangkat wajah ...



Ustaz: "Bersabarlah, banyakkan beristighfar, LA TAHZAN ... JANGAN BERSEDIH, terimalah ketentuanNYA, anggaplah ujian ini adalah untuk membersihkan diri kita, yang banyak melakukan dosa dan maksiat, ingatlah, TIDAK BERSOLAT juga adalah MAKSIAT!



# Diucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat seorang insan yang telah memberikan HADIAH sebuah buku - LA TAHZAN.

# Diucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat seorang insan yang telah memberikan HADIAH berupa beberapa buah jubah putih.


Sesungguhnya, PEMBERIAN IKHLAS itu hanya Allah sahaja yang akan memberikan ganjaran yang MAHA HEBAT.


Dengan setiap pemberian itu, amalan dan pahala akan terus berkekalan, bertambah dan berpanjangan. Hasilnya akan dituai di hari PEMBALASAN kelak !


~~~~~~~ AKAN TERBIT ~~~~~~~


Anak sulung aku sedang belajar di Pusat Tahfiz Al Quran Wal Imamah. Seksyen 19. Berhampiran dengan Stesen Komuter Shah Alam. Beliau mengucapkan JAZAKALLAU KHAIRAN KATHIRA kepada seorang insan yang telah menghadiahkan sehelai JUBAH buat kegunaan anakku disitu. ALHAMDULILLAH.


19 comments:

attyfir said...

salam ziarah abang long

m.q said...

abglong,
la tahzan...

Shemmi said...

sedang...
kesedihan itu juga pemberian yg istimewa dari Allah kepada hamba-Nya..
(bagi yg tahu memikir & memuhasabah diri)
ia umpama rantai yg merapatkan antara hamba & Tuhannya..

ILA said...

Assalamualaikum...
Di sebalik cerita..ada sesuatu yg tersirat.
fikiran yg positif ..insyaallah dapat mengawal 'kesusahan hati'

Nek Cun said...

Adinda... Alhamdulillah masih ada yang sayang!...

Mak Su said...

pentingnya jangn cepat melatah ya abng long, renungkan sejenak, malu bila difikir2kan betapa banyak nikmat yg kita dah dapat, tapi nafsu lagi kata tak ckup, cukup.. kenapa, kenapa. sabar.. fikir +ve, la tahzan :)

maklang said...

salam Abang Long,

Maklang pun ada buku tu...memang kalau baca buku tu hati jadi tenang dan rasa lebih rapat dengan Allah...

Jika kita muhasabah diri, InsyaAllah akan rasa nikmat yang Allah beri...La Tahzan Abang Long dan maklang doakan moga pintu rezeki buat Abang Long akan sentiasa terbuka..Amin...

Neeza Shahril said...

betul tu abang long.. terlalu banyak nikmat yang kita dapat.. tapi terlalu sikit kita mengucapkan syukur pada Allah.. bila ada problem sikit, rasa macam dunia nak kiamat aje.. malunya diri ini dengan Allah...

Unknown said...

Salam Abang Long...
Terima kasih kerana berkongsi monolog tu dengan kami.

Jie said...

Salam Abang Long....

la tahzan...juga utk diri saya sendiri.

buku ini juga antara peneman saya

Abang Long said...

atty's - Salam kembali:)




masnie qisrine - TERIMA KASIH wahai adindaku:)




Shemmi - BETUL ! Tenang mendengarnya.

Abang Long said...

ILA - Yang pasti, bukan mudah untuk menjalani UJIAN dari Allah.




Nek Cun - TERIMA KASIH wahai kekandaku:)




Mak Su - Betul ! Kita banyak menuruti nafsu.

Abang Long said...

Mak Lang - TERIMA KASIH atas segalanya. Yang penting adalah amalan kita berterusan.




Neeza Shahril - Kita serahkan segalanya kembali kepada Allah. DIA PEMERINTAH YANG maha adil.




Wahai Opah De - TERIMA KASIH kembali, OD bayak memberikan semangat kepada manusia yang memerlukan, itu yang penting !

Abang Long said...

Kujie - Kita berkongsi yang terbaik.

farah, s. said...

salam abang long,

kunjungan dari bumi auckland (^_^)

saya suka baca dialog ustaz dan murid tu. betul2 tersentuh. kalau nk ikutkan, mmg nikmat yg Allah bagi tak terkira. tp manusia ttp lagi nak lebih.

Abang Long said...

Farah Aminuddin - Itulah, namapun manusia, kita memang tidak akan berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Yang penting BERYUKUR.

AyKay said...

Long.
La takqof wa la tahzan...

semoga dapat kita beristiqamah dalam semua amal baik yg kita kerjakan..

echah_syed said...

combi pun ade simpan buku ni..anak bujang combi yg beli.tak sangka dia pun berminat :)

CikguZue said...

salam,
entry yg menarik, ingatan buat diri yg kian lupa.