Wednesday, December 31, 2008

TAIPING KAMPUNGKU KEBANGGAANKU

TAIPING BANDAR WARISAN. Tentang makanan.


Makanan Pilihan 1 - CENDOL TAIPING.


Tidak termaktub atau tertulis didalam mana - mana buku. Tetapi, seperti satu perkara yang lumrah dan tradisi. Jika sesiapa sahaja yang pergi ke Bandar Taiping, jika tidak menikmati minuman cendol, maka dianggap atau dikatakan tidak sah lawatan itu.


Hatta, walaupun cendol itu rasanya manis, dan kalau hendak lebih 'kick' lagi ditambah dengan pulut. Namun ianya tidak menghalang pesakit kencing manis untuk menikmatinya. Janganlah minum bermangkuk - mangkuk, cukuplah sekadar satu mangkuk. Tetapi masalahnya, pemilik blog ini, kalau sudah 'pekena' cendol, lupa dunia sekeliling !


Lokasi peniaga cendol: Dihadapan Restoran Bismillah (bertentangan dengan Jam Besar). Berhampiran Sekolah Menengah St. George. Warung dihadapan Stesen Keretapi Taiping.




Makanan pilihan 2 - MEE REBUS.


Hampir seluruh kedai makan, warung, restoran dan pusat penjaja ada menjual mee rebus. Tetapi yang paling sedap (mengikut cita rasa tekak pemilik blog ini). Ialah dibawah Supermarket Larut & Matang. Sebabnya, mee dimasukkan kedalam raga kecil yang diperbuat dari buluh), lalu dicelup berulang kali didalam periuk.


Kemudian barulah dimasukkan kedalam pinggan dan dimasukkan kesemua perencah mee rebus, barulah dihidangkan. Kuahnya juga yang paling sedap. Letakkan sebiji telur rebus. Kalau nak pedas, taburkan cabai hijau.



Makanan pilihan 3 - PASEMBOR.


Kebanyakan peniaga PASEMBOR adalah dari kaum mamak. Dari seluruh peniaga pasembor di Taiping. Aku dan famili aku lebih suka 'menghadap' makanan ini di sebuah kedai makan berhampiran Jalan Stesen.


Pertama, kerana lokasinya yang strategik. Tidak susah untuk parkir kenderaan. Keduanya kerana kita boleh pilih hendak item makanan yang kita suka sebanyak mana sekalipun. Ketiga, kerana kuahnya yang memang sedap. Keempat, kerana kita boleh makan bersama dengan cendol.


Ini adalah entri aku yang paling banyak menceritakan tentang makanan. Ketiga - tiga makanan itu adalah yang paling popular di Taiping. Dan makanan itu sendiri telah diusahakan puluhan tahun, hatta sebelum aku dilahirkan.


Maka, memang tepat ini adalah antara warisan yang ada dan dikekalkan. Tepatlah dikatakan bahawa Taiping adalah BANDAR WARISAN.

14 comments:

Ungku Nor said...

okeh..mee rebus tu saya WAJIB terai..hehehe

attyfir said...

SEDAPNYA MEE REBUS..
selamat tahun baru ..semoga tahun 2009 ini membawa sinar..bahagia utk kita semua..

m.q said...

hhahahah,,,yg cendol tu mmg glemer..
^-^

IdaAnuar said...

mee rebus?cendol?....bila lagi lah agak saya berkesempatan nak ke taiping...nanti nak g kedai kat stesen keretapi tu

IdaAnuar said...

mee rebus?cendol?....bila lagi lah agak saya berkesempatan nak ke taiping...nanti nak g kedai kat stesen keretapi tu

Neeza Shahril said...

mana gambar mee rebus tu?? mee rebus ni ada macam jenis.. ada orang buat kuah color oren.. ada orang kata mee rebus tu mee sup..

Juezura said...

Huhuhu ini yang buat rasa macam nak naik terus ke Taiping masa cuti hujung minggu ni. Dah terlalu lama tak sampai ke Taiping.

Hasrul Halid said...

Ada lagi.....

Popiah..! Popiah! Bawah Larut Matang tu jugak! hehehe!

Bro Framestone said...

ari teu lalu taiping xsinggah pun cari bnde2 nie... xtau jln he...23x n xtau kat mne de bnde nie...

aduh ruginye

intan shaheera@ieyra said...

bestnya mee rebus tu...abg long tak nak belanja sy ke???

NURAZZAH8 said...

Abang Long,
saya juga membesar selama beberapa tahun di Taiping...bersekolah di TMGS...bila baca n3 abang long berkenaan Taiping, noltagia habis....!! teringat masa sekolah dulu, kami buat trip panjat Bukit Maxwell tu jalan kaki sampai atas, tgh jalan hujan lebat ...habis kasut saya lencun dan putus tali... terpaksa berkaki ayam...

yes...abang long terlupa satu lagi.... POPIAH..!! Saya memang suka makan popiah kat bawah Supermarket Larut & Matang tuh....tak de jumpa yg sesedap di situ...

Jie said...

kali terakhir ke Tepeng melawat Zoo Taiping cuti aidilfitri baru2 ini.

Taiping sejuk dan aman damai

Nek Cun said...

Salam adindaku... ada lagi makanan popular di Taiping iaitu: Kew teow dolley dan popiah!... tak sah kalau tak makan dua benda tu kalau nekcun ke Taiping!... hehehe...

kuIna said...

sy nk pergi taiping cr cendol tu... jealous nie..