Aku mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua blogawan yang telah memberikan pendapat berhubung entri yang bertajuk - Memang MEMALUKAN. Masjid TEWAS, Gereja JUARA !
Ya, semuanya bersependapat iaitu satu aspek yang perlu ditekankan ialah kefahaman umat Islam tentang KEBERSIHAN (Hukum TAHARAH - BERSUCI) begitu rendah.
Kita sudah tidak boleh bersikap sambil lewa. Kita mesti mengambil satu pendekatan baru, iaitu, jawatankuasa masjid dan pegawai urusan masjid mesti FAHAM dan mesti MENGAMBIL BERAT tentang aspek kebersihan dan kesucian masjid.
Jangan jadikan alasan, terlalu ramai umat Islam yang menggunakan tandas masjid, maka keadaan sudah tidak terkawal.
Dan sebagai pengguna. Kita juga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas masjid.
Kita semua perlu maklum. TUBUH BERNAJIS, SOLAT TIDAK SAH.
TERIMA KASIH kepada blogawan dibawah yang memberikan komen:
Sabiah, aNIe, Kak Zue, KAK TINY, silversarina, Neeza Shahril, Mak Su, zino, BurungBelatuk, Tie, maklang, Intan Rosnitta, kak ina kl, Nek Cun, Zalisa Maz, crack cracker, ciklin, noorlara.
7 comments:
OOiitt!! Nama Tie pun ada, ekk...hi hi..
Nanti nak bincang tajuk apa pulak??
hi abang long.. salammz
salam abg long.
dah jd tgjwb kita,sesama mengingatkan...
Abg Long baru masuk 1 toilet gereja...x blh la nk compare dgn Masjid. Dan mungkin kebetulan gereja yg abg long masuk tu ada org tukang jaga. pastu nk compare dgn masjid kampung2 atau tmn perumahan..yg tukang jaganya tok siak dgn tok bilal je..yg keje diorg pun bkn dibyr unt buat2 keje tu smua.Masjid yg bersih pun byk abg long. Cth masjid negara tu. diorg mmg monthly byr kat maintenance co. unt jaga kebersihan atau repair apa2 yg rosak. Maybe gereja yg abg long masuk tu pun ada org maintenance gak kot. Tak elokla ckp toilet masjid kotor..nnti org bkn islam yg x pnh masuk masjid baca diorg dh pandang negatif. Tak smua toilet masjid kotor. Itu smua ats org yg guna tu. Tak semestinya org yg berak tak flush tu pengguna masjid..i mean pas berak dia masuk masjid pegi smyg..mungkin dia juga mcm abg long. anak dia cirit birit then berak..mask bapak x tgk..tu yg x flush tu. Sekadar pndgan saya.
Ab Long....
Banyak hal yang orang islam kena baiki diri....... kita sepatutnyer belajar untuk jadi yang terbaik bukan sahaja dari segi ibadah tetapi juga nilai dan keperibadian.......
Ramai yang komplen tandas masjid kotor tapi satu perkara mesti kita sedar tanggung jawab membersih masjid adalah tanggung jawab bersama bukan tanggung jawab tok siak jer.
Cuba tanya diri sendiri khususnya abang long. bila masuk tandas majid pernah tak tolong cuci?.
ramai yang guna tetapi masing2 lepas guna biar gitu aje. lepas tu komplen tandas masjid kotor.
kalau orang ramai sedar tanggung jawab mereka akan sama2 menjaga kebersihan tandas masjid lepas digunakan.
kalau tandas awam memang tak perlu kita cuci sebab berbayar. tandas masjid free. kenalah tolong cuci lepas digunakan.
Harap semua blogawan ambik inisiatif tolong bersihkan tandas yang disinggah agar bersih .
salam hujung minggu buat abang long.
Post a Comment