Tuesday, December 16, 2008

Memang MEMALUKAN !

Masjid TEWAS, Gereja JUARA !


Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah orang tua aku di Taiping, beberapa hari yang lalu. Anak - anakku mengalami cirit - birit. Jadi boleh dibayangkan kesukaran yang aku tempohi. Memang sedari awal aku telah merancang perjalanan mengikut 'jalan dalam' melalui daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor.


Jadi, setiap kali anak - anakku merungut hendak buang air, maka aku perlu berhenti. Kalau jumpa stesen minyak, maka distesen minyak menjadi tempat untuk buang air besar. Tidak kira apa nama bangunan yang dilihat oleh mata yang sempat. Restoran, kedai makan, surau, masjid hatta gereja sekalipun.


Pengalaman 'berharga' inilah yang menyebabkan aku terpaksa memasukkan entri pada kali ini menyentuh tentang isu kebersihan sekali lagi.


Boleh dikatakan 5 buah masjid yang aku gunakan kemudahan didalamnya. Kelima - lima Masjid aku kategorikan sebagai - TERUK dan TIDAK MEMUASKAN !


Sepatutnya, sebagai sebuah Masjid. Ini adalah 'institusi' yang perlu dan mesti terkehadapan dalam menunjukkan contoh dalam aspek KEBERSIHAN.


Perlu diingatkan lagi, jika kita dalam keadaan berhadas dan bernajis, maka solat dan ibadah yang lain tidak akan diterima, atau dalam bahasa yang mudah, solat kita TIDAK SAH ! Bila solat kita tidak sah dan tidak diterima oleh Allah, maka ibadah yang lain juga mengalami 'nasib yang sama.'


Tanda didalam Masjid yang masih berada didalam kategori tidak memuaskan atau TERUK, KOTOR, MEMUALKAN, HENDAK TERMUNTAH, dan tidak ada selera hendak digunakan adalah seperti dibawah:


1 - Najis bersepah ditepi mangkuk.
2 - 'Flush' rosak.
3 - Najis bertakung, kelihatan najis terapung didalam mangkuk tandas.
4 - Tiada selipar atau terompah atau kasut khas yang disediakan.
5 - Air melimpah dari dalam tandas ke bahagian untuk berwuduk.
6 - Pintu tandas tiada kunci didalam dan diluar.
7 - Air menitik dari atas kepala (air tangki yang ada kebocoran)
8 - Terdapat pelbagai kata - kata dan lukisan lucah dipintu tandas sebelah dalam.
9 - Paip air tidak mengeluarkan air.
10-Tiada gayung disediakan.
11-Tiada baldi didalam tandas.
12-Tandas berpasir.
13-Lampu dalam tandas tidak menyala.
14-Cat didinding yang telah kusam.
15-Tandas tidak mencukupi. Hanya ada sebuah untuk muslimin dan sebuah untuk muslimat.
16-Tiada getah paip.
17-Mangkuk tandas berkulat.
18-Laluan ke tandas yang kotor dan air bertakung.
19-Tandas yang berkunci dan tidak boleh digunakan.
20-Pintu tandas terkopak.


Yang paling mengaibkan. Cuma ada sekali sahaja aku terpaksa berhenti dan singgah disebuah Gereja. Itupun sebab aku melihat pintu gereja terbuka, dan anak aku sudah tidak tahan lagi untuk buang air besar.


Aku berhenti di sebuah Gereja di daerah Sitiawan. Aku memohon kebenaran untuk berhenti dan menggunakan kemudahan tandas mereka. Memang mengejutkan, tandas mereka begitu bersih, lengkap, kemas dan CANTIK !


Bukannya hendak menyatakan bahawa tandas didalam Gereja itu seperti dalam hotel. Tetapi, bila melihat keadaan tandas yang sebegitu rupa, aku dan seluruh ahli keluarga terus sahaja menggunakan tandas itu. Memang SELESA !


Usai mengunakan tandas di Gereja itu, aku mengucapkan terima kasih kepada penjaga Gereja itu. Dan dengan ramah dan senyuman penjaga tandas itu bertanya "Incik mau pigi mana?" soal apek tua berbangsa China kepadaku.


Aku menyatakan bahawa kami hendak balik kampong di Taiping.


Lalu si apek tua itu sempat memberi pesan, "bawa keleta baik - baik ooo ...."


Anak - anak ku tersenyum sambil melambai kearah apek tua itu.

19 comments:

Sabiah said...

Mungkin tu salah satu sebab org Islam sendiri boleh tertarik kpd agama lain.

Aspek kebersihan yg ada dlm Islam diamalkan bukan Islam.Lebih baik dr Islam sendiri.Wallahualam...

aNIe said...

Ntahlah abang long...kalau kita bercakap nanti ada pihak yang melenting...tapi lihatlah sendiri...sedang Islam sendiri mahukan umatnya mengutamakan kebersihan...dan tak taulah kenapa tempat2 seperti itu diabaikan...

Tidakkan mereka terfikir apa pandangan org lain bila tandas dlm keadaan yang menjijikkan?

Kak Zue said...

Sukar untuk dimengertikan. Abang Long lalu jalan dalam nak ke Taiping..dah dekat tu dgn kg kak long ..kalau terus ke Bagan Datoh

KAKTINY said...

ntahler.. setuju ngan kak anie.. kalau komen lebih2 kang.. silap2 kita plak dikatakan ******.. nauzubillah...

ni nak salahkan agama ker atau bangsa?.. tak tahulah.. salah diri sendiri.. sebagai individu kot.. tepu dada tanya iman.. huhuhu

silversarina said...

Memang fobia nak guna tandas masjid tak kira kat malaysia atau negara arab, sama je kotor ,memasing buat tak endah je hal kebersihan.

Harap anak-anak dah sihat .

Neeza Shahril said...

disini pun macam tu lah kisahnya.. lagi pulak bila tengok mak arab pakai jubah meleret sampai cecah lantai.. then masuk toilet.. lepas tu solat.. tak tahu lah nak kata.. bukan diorang tak tahu.. tapi tak boleh tegur diorang ni..

Islam itu indah tapi penganutnya yang menjijikkan Islam tu...

Mak Su said...

abang long, mmg memalukan, kalau abang long tak hilitekan kat sini pun, mmg itulah yg semua-semua kita ni lalui setiap hari dgn kondisi masjid2 di Malaysia ni, samada ia terlalu menjijikkan, sampai kanak2 terpaksa kencing kat tepi toilet masjid jer, ataupun toilet berkunci.

itu belum lagi masjid berkunci, saya pernah. beriya2 ambik air sembahyang, last-last masjid locked, telekung pun tak ada, takkan nak sembahyang niat plaks? burned aje ler, gitu jer... terima kasih kat penjaga2 masjid, boleh ker saya katakan sebagai 'kedekut?', nak marah pun tak guna, ek, it's fact.

zino said...

sejak dulu zino tak paham....kat mana pergi pun standard nya sama... kotor dan menjijik kan..

BurungBelatuk said...

Payah nak cakap hal ni...sedangkan agama kita mgalakkan amalan bersih...pada aku Islam itu sendiri cukup bersih, cuma manusia yang saja mencemarinya...

Tie said...

Hu hu....Tie baca pun rasa malu...

Tapi sepanjang perjalanan di Terengganu ni, tak la teruk sangat..boleh bagi markah C pun tak apa...

Ini bukan bab orang islam, tapi orang melayu sebenarnya..(mesti ada yang kutuk nih!) Terpaksa la telan..hu hu...

Asalnya di rumah...Kalau mak bapak sendiri tak ajar anak2 tentang kebersihan,tentulah gini jadinya....

maklang said...

memang gelikan...tu kadang baik singgah kat tepi hiway...

Maklang jadi takut nak pegang getah pipe..baunya pulak...alamak...sedih melihat keadaan ini..

Intan Rosnitta said...

Salam kenal abg long...

Intan dah byk kali experience benda2 yg abg long nyatakan ni, cuma x terluah sebelum ni.

Kalau tandas berbayar / ada penjaga tu boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau yg free tu mmg teruk. Sedih & malu sendiri...

Huhu

;)

kak ina kl said...

entahlah..tak tahu nak cakap...tapi memang betul...kalau ikut jalan kg..lepas tu anak atau akak nak buang air...pergi aje..kdg-kdg tak lalu nak masuk...kerana terpaksa masuklah jugak..tutup hidung dan pejam mata...

Nek Cun said...

Mungkin masjid2 di kg tak ada orang yang nak tolong bersihkan. Orang2 muda sume dah berhijrah ke bandar yang tinggal orang2 tua sajer, jadi orang tua memang dah tak larat nak membongkok-bongkok untuk membersihkan tandas masjid... dah tu yang menggunakannya pula tak ada 'civic minded', maka terjadilah apa yang diceritakan oleh abang long tuh!... nak baut camna, kita kutuk-kutuk pun orang bangsa dan seagama ngan kita gak!...jadi harap-harap dengan diskusi camni, kita akan sedar dan tidak akan membiarkan ianya berlaku di masjid kariah kita plak....

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

sedih dengan sikap 'orang masjid'

crack creaker said...

sebenarnya tak boleh salahkan masjid..yg kena salahkan pengurusan masjid yang tidak cekap dan tak rajin.terdapat segelinter pihak pengurusan yang diketegorikan sbg pandang sebelah mata kepada kebersihan masjid..lagi2 masjid kita orang besor2 belaka.memerlukan ramai pekerja untuk menjaganya.dana masjid pula terhad. sy pun ngaku juga kebersihan tandas masjid dinegara kita memang tahap yng rendah..menjadi tanggungjwb kita semua untuk menyuarakan hal ini bila dapat peluang kpd org yang berkenaan..

~~ciklinn~~ said...

aduhai sedih baca citer camniekan....

masjid tempat yg suci kenalah boleh jadi camtu kan...

singgah sungai besar tak? heheeh umah linn kat situ

salam perkenalan abg long

noorlara said...

abang long,
masalah tandas memang dah jadik masalah negara sejak lama dulu, yg herannye kalau dah namanya bilik air kalau tak wangipun sekurang-kurangnya macam air tanpa bau, warna dan rasa. Tu blum periksa tandas kat umah lagiks, masalah ,masalah nampak gaya kena masukkan dalam mata pelajaran utama dari sekolah rendah lagiks, camna setuju tak?

izman said...

saya sokong, mmg kebanyakkan masjid yg pernah saya singgah keadaan tandasnya adalah memalukan.