Saturday, December 27, 2008

TAIPING BANDAR WARISAN

SELAMAT DATANG KE BANDAR TAIPING. 'From Taiping With LOVE'


Sewaktu pulang ke Taiping. Baru aku tersedar, rupa - rupanya pintu gerbang dijalan utama masuk ke bandar Taiping, ditulis perkataan - Selamat Datang Ke Bandar Taiping - BANDAR WARISAN.


Sebenarnya terdapat 100 sebab kenapa Taiping diberikan gelaran BANDAR WARISAN. InsyaAllah, pada entri akan datang aku akan berikan senarai itu didalam blog ini.


Cuma, yang paling utama ialah, taburan hujan di Bandar Taiping adalah yang tertinggi dan terbanyak di Malaysia. Sudah menjadi satu perkara yang biasa, jika kita melihat orang ramai berjalan atau beriadah didalam keadaan hujan gerimis. Hatta, sewaktu Hari Raya, atau cuti kelepasan umum, masyarakat disana akan tetap keluar dari rumah, walaupun hujan sedang turun. Kerana, bak kata orang Taiping "kalau nak tunggu hujan berhenti, kita langsung tak boleh keluaq rumah ... bila masa hujan nak berhenti?"


Jadi, kalau anda berkunjung ke Taiping, maka jangan takut, malu atau segan pakaian anda basah. Kerana kalau anda takut badan anda basah. Anda tidak akan keluar ke mana - mana.


Sedikit coretan untuk anda. Bandar Taiping adalah yang paling unik diantara semua bandar dalam Negara Malaysia. Dalam daerah Taiping, semua lokasi berada berhampiran dan terlalu dekat antara satu sama lain. Air terjun, Muzium, Penjara, Taman Tasek, Zoo, Hotel, Pusat membeli belah, semuanya ada dalam satu kawasan.


Sewaktu pulang untuk menziarahi kedua orang tua yang sedang uzur. Aku mengambil kesempatan untuk membawa anak - anak keliling bandar. Lalu aku tunjukkan semua tempat pelancongan. Barulah anak - anak aku tersedar lalu berkata "abah, semuanya dekat, Zoo dalam Taman Tasek, sebelah Taman Tasek ada Muzium."


Aku hanya memandu dalam keadaan perlahan dan bersantai. Tidak seperti bandar - bandar lain dalam negara kita. Taiping adalah kawasan yang 'FREE JAMMED'. Tidak ada kesesakan jalanraya.


Aku membawa seluruh ahli keluarga ke kawasan air terjun yang berdekatan. Dengan dua buah kereta yang sendat dan padat dengan penumpang, khususnya anak - anak dan anak saudara, kami berkelah dikawasan air terjun.


Ohhh .... terapi minda yang menyenangkan, bila mendengar deruan air yang mengalir ... aku terlelap ...


# Kelihatan anakku sedang memancing. Aku bertanya, "dapat tangkap ikan apa?" Aku bertanya dengan sinis.

Dia menjawab dengan bersahaja "Dugong"

13 comments:

Tie said...

Aduh....Tie tak pernah ke sana..

Bandar ganu ni pulak digelar bandaraya warisan persisiran air...huh...macam2....

IdaAnuar said...

sya pernah g taiping...g zoo tahun lpas.itu pun masa balik dari kedah...memang bandar tu layak di panggil bandar warisan banglong...satu je tempat yg sy teringin nak p kat taiping tu..Bukit Merah Lake Town Resort.

m.q said...

waaaa..abglong cuti2 malaysia blk kampong yer..
masa kecik2 dulu sy rajin la p tepeng dgn fmly.
bila dh tua2 ni....masa agk terbatas la
hukhukhuk...sedeynya...

ckLah @xiiinam said...

1. Pertama kali ke Taiping masa Ting. 3. Naik Bukit larut berjalan kaki dengan kawan-kawan.
2. Anak lelaki saya pernah hilang di zooTaiping masa umur 4. Beberapa kaki tangan zoo dikerah mencari, terutama dikandang-kandang binatang yang 'menakutkan'. Semua kanak-kanak yang keluar masuk dipintu zoo diperiksa. 1 jam 5 minit baru jumpa,tengah tunggu badak tak timbul-timbul di kolam...1 jam 5 minit yang mencemaskan...

arsaili said...

salam..wahh dapat dugong..ahahaha cute jer jawapan dia...

hayad said...

ooo..orang tepen ghopernyer :)

cendawanintim said...

tenang ajer rasanyer kan...

chekdenoor said...

wah...kalu dapat tangkap ikan dugong....... boleh makan ker....heheheheh.....

Neeza Shahril said...

patutlah masa neeza pergi Taiping dulu rasa macam kecik aje bandarnya.. padahal kami dah pergi banyak tempat.. rupanya dekat2 aje semua tu..

silversarina said...

Salam Maal Hijrah.

Saya pernah tinggal di Taiping selama 2 tahun , masih kecil lagi waktu tu . Ipoh tak jauh dari Taiping dan kami ada juga sekali sekala ke Taiping dan Taman Tasek memang takkan di lupai, mesti singgah jalan-jalan kat situ ... bandar warisan ... eemmmmm ... masih mencari warisan apa ye .

Sri Diah said...

Assalamualaikum wbt;
Salam tahun baru daripada kami sekeluarga semoga tahun baru ini akan menambah kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.

Abang Long said...

Tie, jom pergi Taiping.

anida anuar, Bukit Merah jaraknya 12 km dari Bandar Taiping.

masnie_qisrine, dah tua ? hahahaha

xiinam751, bagus sudah ada pengalaman, tahun bila tu ?


arsaili, memang molek jawapan tu ...hahaha

Abang Long said...

hayad, ya, oghang Taiping nooo...

cendawanintim, JOMLAH !!!


chekdenoor, ikan dugong ? hahahahaha


Neeza Shahril, JOM pi Taiping sekali lagi !



silversarina, tahun bila tu ?


Sri Diah, TERIMA KASIH, dan didoakan yang sama juga buat Kak Sri.