Monday, December 29, 2008

KISAH UMAT SEWAKTU 1430 Hijrah

KINI SUDAH 1430 TAHUN HIJRAH.


Catatan pendek 1
1 MUHARRAM 1430 Hijriah. Sudah begitu lama waktu berlalu. Apa kisah umat Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi wasallam ?



Catatan pendek 2
Tajuk akhbar utama, menyiarkan berita tentang umat Islam di Palestin yang telah dibom oleh Israel Zionis LAKNATULLAH.


Kulihat orang Melayu yang membaca tajuk akhbar, hanya membaca tajuk sahaja. Tidak pasti apa perasaan mereka.



Catatan 3


Petang semalam, usai solat Asar, aku memberikan sedikit tazkirah kepada ahli keluarga. Hanya 2 perkara yang aku fokus, menceritakan tentang jihad dan redha.


Usai tazkirah. Aku tersenyum memandang wajah anak sulong aku yang balik sementara dari pusat tahfiz. Lalu memberi arahan "Abang ambil alih tugas"


Si anak lalu terus membaca do'a akhir tahun dan terus disambung dengan membaca Al Ma'thurat, dan tugasnya selesai selepas do'a awal tahun. Isteriku tersenyum dan terharu dengan kemampuan si anak.


Syukur Alhamdulillah.



Catatan pendek 4

SMS yang aku terima dari sahabat:

1 - Ya Allah, seketika di akhir tahun ini, InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya , limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta takwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Selamat Menyambut Maal Hijrah. 1430 Hijrah.



Catatan pendek 5

Terasa benar sambutan yang berbeza. Bayangkan sambutan Tahun Baru Masehi. Sambutan Tahun Baru China.

Sambutan Tahun Baru Islam terasa muram.Yang Dipertuan Besar Negri Sembilan mangkat. Umat Islam Palestin DIBOM !

10 comments:

silversarina said...

salam maal hijrah buat abang long dan keluarga .

sayu dan pilu mengetahui kisah palestin dibom , entah bila nasib mereka akan terbela :(

Neeza Shahril said...

Salam Maal Hijrah Abang Long..

betapa Allah sayangkan sesetengah hambanya.. diberi dugaan untuk dikurniakan pahala..
semoga mereka tabah hadapi dugaan begitu..

Tie said...

Salam maal hijrah abang long.

Tie pun ada baca kisah deritanya saudara kita di palestine.

Makcik ni hanya mampu berdoa. Sayu rasanya...

atty's said...

selamat menyambut tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru 2009 masihi
semoga apa yg dicitakan..akan berjaya utk tahun baru ini..

en_me said...

salam awal muharram abang long itteww..

sally said...

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah Abg Long.

Sebegitu umat Islam dihina dan kita tk mampu berbuat apa-apa.

Jom kita sama-sama berdoa setiap kali selepas solat semoga Allah turunkan pembalasan terhadap Israel laknatullah..

Ayu said...

Salam Maal Hijrah Abg Long...

izman said...

moga maal hijrah ini membawa kejayaan lebih gemilang utk abg long sekeluarga.

noorlara said...

tau takpe, macam melihat gagahnya pokok X'mas kat KLCC tempuhari, itu baru pokoknye......nak cakap lebih kang sendiri yg susah, kalau kita org islam masih leka dan menerima seadanya bayangkan apa akan terjadi kpd generasi kita pada masa depan. Masalah besar kalau sesama islam tak sudah bertelagah dan ramai yg berkompromi sgt dengan hal-hal berkaitan agama kita demi kepentingan diri.........tarik nafas dan berdoa ari-ari untuk kesejahteraan islam sedunia

Am said...

Hal palestin memang tak habis2. Negara yang nak tolong pun macam tak nak tolong aja

Maal Hijrah muram, jadi kita semua ni kenalah meriahkannya hehehe

Salam Maal Hijrah buat Abg long dan keluarga