Thursday, July 17, 2008

DUA serentak.

Topik 1


Sungguh aku merasa begitu terharu dengan penghormatan yang sebegini tinggi diberikan oleh seorang sahabat aku.


Bukan sahaja kerana beliau adalah sahabatku, atau seorang kenalan yang mesra, tetapi dengan ikhlas aku menyatakan bahawa, aku pernah merasa masakannya, memang SEDAP !





Topik 2


Aku yakin, jutaan rakyat Malaysia melihat rancangan DEBAT yang disiarkan oleh TV9. Diantara Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti KeADILan Rakyat). Yang membawakan tajuk 'Hari ini memerintah, Esok harga minyak turun'.


Sejujurnya, aku lebih suka dan mahu melihat perdebatan SECARA LANGSUNG. Diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


DEBAT diantara Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, seorang PERDANA MENTERI, merangkap PENGERUSI BARISAN NASIONAL dan PRESIDEN UMNO. Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti KeADILan Rakyat, yang juga pemimpin PAKATAN RAKYAT.


Rasanya, barulah sama setanding. Dimana, kedua - duanya adalah PEMIMPIN UTAMA dalam dua buah parti politik perdana.


Sejujurnya, aku bukanlah penyokong fanatik mana - mana parti politik. Tetapi, aku akan sokong, siapa sahaja yang berhasrat mahu MEMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT. Maksudnya mudah. Aku akan sokong, siapa sahaja yang memberikan SERIBU SATU ALASAN untuk menurunkan harga minyak, dan harga barang serta memberikan tumpuan untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada RAKYAT (baca: RAKYAT SAHAJA).

8 comments:

Kaktiny said...

maaf ler abang long.. bab ni takleh bebel pjg2.. sbb saya tak tgk pun.. (ada ker perubahan yg dibuat lepas debat smlm?.. setakat 'menggamatkan' nama Malaysia di mata dunia - baik takyah - pendapat dua kepiang saya..)

alah.. toksah ler citer pasal debat tuh.. citer pasal business abanglong lagi best..

Mak Su said...

sokong pemimpin yg sgt sygkan rakyat dan sanggup buat apa saja utk kemaslahatan rakyat, tak pentingkan diri sendiri

Nurul Nadiah said...

Saya mengagumi DSAI
=)

m.q said...

sy tgk debat tu
hmm...
sedih la bila fikirkan
dua parti bertelagah bercelaru
masyarakat juga yg harubiru..

Anonymous said...

Saya pun tonton debat itu. Kemudian dengar lagi dalam internet (utk mempastikan butir bicara & hujah secara mendalam). Bak kata Abg Long, apa yang penting ialah RAKYAT! Mana-mana pihak, sama ada orang perseorangan, kumpulan atau parti politik yang mahu bertindak utk membantu RAKYAT dlm perihal minyak & kenaikan harga barang2 keperluan, saya & kita WAJIB SOKONG!

Just 2 cents thought from me.

Anonymous said...

Utk sdr. Masni,

Ini bukan soal pertelagahan 2 parti! Ini adalah hujah antara 2 pihak; yang satu ingin menegakkan status guo & keegoaan dan yang satu lagi utk kepentingan RAKYAT. Dan bagi saya yang MAHA PENTING ialah menagakkan kebenaran dan ISLAM. Agama ini tidak membenarkan pemerintah menekan RAKYAT dan ALLAH MENGHARAMKAN pemimpin menzalimi RAKYAT.

Siapa yang mengharu-birukan RAKYAT, sdr Masni?
http://themakan.blogspot.com
http://pasalbuku.blogspot.com

zino said...

saya sokong abang long.. walaupun tak pernah jumpa dia lagi hehe

m.q said...

to: websutera

bak kata kaktiny..bab yg xleh nk bebel pjg2

so make it short
sy kompem semua org pun rasa tekanan yg dihadapi dengan segala kenaikan harga brg, minyak dll..

sy lbh mendokong utk kepentingan masyarakat. pihak yg mementingkan status quo terlalu material

jd pihak mana yg mengharubirukan rakyat? takkan xdpt jawpn lg

p/s: hanya dr sy yg kurang arif