Thursday, July 10, 2008

Bicara Bisnes (6)

Aku cuba. Aku buat.


Terlalu banyak perbezaan untuk perkataan diatas. Aku bukanlah arif dalam hal ini. Tetapi, semenjak menceburi dunia bisnes ini. Aku dapat rasakan memang terdapat perbezaan yang begitu ketara.


Aku cuba - seakan tidak berapa yakin, tidak berapa pasti, tetapi mahu dilakukan dan tidak bersungguh.


Aku buat - menggambarkan keadaan yang pasti, penuh keyakinan, bersemangat dan sentiasa terdorong.


Petang semalam, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke pejabat FAMA negeri Selangor. Untuk memohon tapak promosi. Sewaktu ditanya oleh pegawai yang bertugas, "bagaimana jualan hari itu ?" Aku dengan penuh keyakinan menjawab "Alhamdulillah" (walaupun hakikatnya, usaha aku tidak berbaloi).


Lantas pegawai itu mencadangkan beberapa perkara untuk memajukan perniagaan. Aku menjadi pendengar yang baik. Rupa - rupanya, terlalu banyak lagi yang aku tidak tahu. Dan sebenarnya peluang dalam perniagaan begitu cerah dan luas sekali.


Pegawai itu menambah "sebenarnya, kami hanya akan memberikan idea, kalau usahawan itu mahu berjaya dan tidak sombong ... Encik kelihatan yakin dan bersedia menerima teguran ... dan berkongsi idea ... pihak kami bersedia turun padang untuk membantu"


Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Beberapa ketika kemudian, permohonan aku diluluskan. Walaupun beberapa hari sebelum itu, aku mendengar yang tapak promosi sudah penuh. Inilah yang dinamakan rezeki.


Buat semua pengunjung Blog Abang Long. Adalah dimaklumkan bahawasanya, aku akan membuka tapak gerai promosi seperti dibawah:



Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam. (belakang gerai makan Medan Selera).
Tarikh: 13 hb Julai 2008 (Ahad).
Waktu: 4.00 p.m - 10.00 p.m.



Lokasi: Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang.
Tarikh: 19 hb Julai 2008 (Sabtu)
Waktu: 7.00 a.m - 12.00 a.m




Bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan lokasi tersebut, atau bercadang untuk merasai produk dadih buatan kami. Dengan sukacitanya dialu - alukan.


Dan bagi sesiapa yang bercadang untuk menempah dadih. Dalam kuantiti yang banyak. Sila emelkan ke alamat - safmi_80@yahoo.com. Dadih yang ditempah, akan dibawa ke tapak promosi, dan anda boleh mendapatkannya disana.


Buat makluman semua. Dadih yang dibawa pada hari tersebut adalah terhad untuk tujuan promosi. Sekiranya berminat untuk merasai dadih tersebut. Sila tinggalkan jejak disini.


Jangan lupa, abang long juga menjual produk herba untuk kesihatan.

14 comments:

Noushy Syah said...

Salamz Abg Long...

Harap sehat sejahtera and abt the bzs,will 'dua' for your success.Ameen.

Take care.

m.q said...

abglong
sy nk p yg kt seksyen 7 tu
dkt benor dgn rumah
kt belakang medan selera yg kt sebelah dewan mbsa tu kan????

ada no gerai ke?
abglong gerai no berapa?
ehehe..

aNIe said...

Salam bang long...alhamdulillah...kini ramai yg cuba berjinak2 dengan dunia bisnes...semoga segalanya diberkati Allah...dan rezeki bertambah2...

Kak lady suka dadih dgn pelbagai perisa ni...sedap...wah!! Nanti kalau akak nak sambut menantu boleh lah tempah ye... :D

NJ@Goboklama said...

kaklady nk sambut menantu? bila tu? eh,silap komen lak,hehe... Insyaallah sy akn merasa dadih hasil tangan abg.long.

maklang said...

moga2 kali ini rezekinya lebih lagilah hendaknya..amin..

Kaktiny said...

macam tu ler abang long.. berjinak2 dgn produk makanan.. cayalah.. if saya pi sek.7 tu nanti.. saya singgah.. insyaallah.. and if ada event tertentu, insyaallah saya tempah..

silversarina said...

dadih memang sedap dan ramai yang gemar...semoga perniagaan abang long bertambah maju, InsyaAllah.

Abang Long said...

noushy syah - TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

masni qisrine - betul, datanglah dengan kawan - kawan.

Abang Long said...

kak lady - datanglah ke gerai abang long...

Abang Long said...

goboklama - InsyaAllah, kita bertemu ditapak ....

Abang Long said...

maklang - TERIMA KASIH sangat - sangat atas do'a itu.

Abang Long said...

kaktiny - TERIMA KASIH atas sokongan yang diberikan.

Abang Long said...

silversarina - TERIMA KASIH. Jomlah datang ke gerai abang long.