Tuesday, July 08, 2008

Bicara Bisnes (5)

Belajar lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi ...


Lokasi pertama bisnes yang aku jalankan di tapak ekspo tempoh hari bagaikan 'untung sabut'. Aku bersama hampir keseluruhan peniaga tersenyum riang melihat hasil yang kami perolehi. Berlainan pula dengan lokasi kedua, dimana aku membuka tapak di sebuah pasar tani. Lokasinya di Taman Sri Andalas, Klang.


Usai sahaja bisnes di tapak ekspo. Aku terus sahaja ke pejabat FAMA negeri di Shah Alam. Memohon tapak untuk berniaga. Hasil dari nasihat beberapa orang rakan, aku mengambil keputusan untuk memohon tapak sementara. Atau bahasa bisnesnya di sebut 'tapak promo'.


Dimana aku hanya dikenakan bayaran untuk satu kali dan untuk satu tapak sahaja, iaitu sebanyak RM20.00. Itupun dicatatkan pada resit, untuk bayaran tapak dan kanopi. Ini bermakna, aku tidak perlu membawa payung, kerana kanopi disediakan oleh pihak berkenaan.


Tetapi, pada hari yang telah ditetapkan, iaitu pada 5hb Julai yang lalu. Sewaktu aku bertemu dengan orang yang bertugas (bagi pihak FAMA negeri). Beliau telah menyatakan bahawa aku perlu membayar RM20.00 untuk tujuan perniagaan. Aku menyatakan bahawa, aku telahpun membayar di pejabat FAMA negeri. Tetapi beliau menjelaskan bahawa memang betul aku telah membayar kepada FAMA negeri. Tetapi bayaran seterusnya, iaitu RM20.00 untuk 'hal ehwal kebajikan peserta' disitu. Mahu atau tidak, aku terpaksa juga 'melunaskan' bayaran itu.


Aku mengambil sikap tidak mahu 'bertegang urat' dengan sesiapa dalam hal ini. Kerana yang penting, aku dapat meneruskan perniagaan pada hari itu, untuk 'survival' kehidupan aku.


Namun, keadaan di situ tidak 'semeriah' di tapak ekspo. Dimana pengunjung pasar tani, tidak begitu menggalakkan. Produk dadih yang aku bawa juga tidak banyak dijual. Begitu juga dengan produk herba. Namun aku menyedari, inilah dinamakan rezeki. Dan inilah juga risiko yang perlu ditanggung oleh seorang peniaga.


Tolak, campur, kali dan darab. Aku mendapati bahawa, untung bersih yang aku perolehi pada hari tersebut, hanyalah sebanyak RM15. Sudahlah badan terlalu letih, anak ku yang turut bersama aku juga kelihatan hilang tenaga. Keuntungan yang aku perolehi juga tidak seberapa. Namun, aku kuatkan juga semangat. Bagi aku, inilah 'realiti' alam perniagaan.


Walaupun dalam Islam disebut 9/10 daripada rezeki, datangnya daripada perniagaan. Dalam hal ini, aku belum menikmatinya lagi. Mungkin, aku perlu muhasabah, dimana silapnya langkah aku.

Kepada anak - anak ku, BERSABARLAH SAYANG.

40 comments:

NJ@Goboklama said...

teruskan usaha abang long. Qisst & hubby pun pernah melalui zaman getir dlm kehidupan, tapi kami yakin Allah akn sentiasa mengurniakn rezeki kpd hambanya jika hambanya rajin berikhtiar, berusaha & bertawakal kpdNya,insyaAllah...

Unknown said...

nak tanya jangan marah ya. kat entri bawah ni abg long pi pwtc jumpa pak latip 2hb. Kali ni 2hb juga abg long berniaga kat gerai. Mana satu tempat Abg long berlama-lamaan ni?

Rajin benor rushing ek?

m.q said...

err..ainin naufal
pasar tani selalunya pagi sampai kul 9 ja
mybe abglong rush p slps tu kot

abglong kan novelman
mana bleh trlepas
event2 camtu..
kan abglong long
kan kan kan?????

psst...aku agak2 ja
-o-

Puteri Satu said...

gud luck abang long...saya akan doakan abang long akan jadi businesman berjaya satu hari nanti..insyaallah...

Anonymous said...

sedikit lama jadi bukit, pegang perumpamaan itu. akak dah melaluinya dan kini setelah 5 tahun kami semakin yakin yang kami boleh.

Sabiah said...

alhamdulillah,bisnes dah dikira berjaya bila dah dpt balik modal.

tahniah,abg long.semoga berjaya lagi...

fusarium solani said...

kuatkan semangat abang long! semoga beroleh banyak rezeki dilain tempat.

NURAZZAH8 said...

abang long baca emel dari saya tak?

arsaili said...

salam...itula adat berniaga..jgn patah semangat

~Cinta Cukulet~ said...

Salam bang long..saya pun anak peniaga gak..pernah la rasa pahit getirnya..tapi biar rezeki sedikit asalkan berkat dari rezeki melimpah ruah tapi dimurkai Tuhan kan..

zino said...

semuga abang long terus tabah terus bersemangat terus berusaha.. inshaAllah rezeki tentu ada di sana..

CikguZue said...

Semoga perniagaan abang Long semakin bertambah maju, dari hari ke hari.
Usah patah semangat. Insya-Allah berjaya.

Kaktiny said...

tu rezeki dah start masuk dah tu.. insyaallah abang long akan terus maju.. kuatkan semangat yer..

Ummi365 said...

abang long kenapa tak reply email ummi?

Anonymous said...

Banyak bersabar ya Abg Long, semua itu rezeki dari tuhan, mungkin kurang promosi kot Abg Long

Masih ingat kawan Am ada beritahu, dalam berniaga ini tak rugi itu sudah kira berjaya

Good Luck untuk Abg Long Ya

Mak Su said...

teruskan usaha ya abanglong, biar apa pun rintangan.

Sue.Aleen said...

abang long,
rezeki itu satu ketetapan Allah swt jua... untung tak untung, jika Allah swt tak gerakkan kaki si pembeli, rezeki tak masuk juga. selain usaha, doa juga senjata yang ampuh!!

kata seorang ustaz, di mana ada pahala, di situ ada rezeki... wallahu'alam...

moga teruskan perjuangan dan sunnah Nabi saw...

Anonymous said...

salam... tabahkan ati abglong... insya Allah rezeki ada di mana2 tmbh2 lagi utk anak2...

Bonda QWP said...

banyak2 bersabar ye abg long. Rezeki ader di mane2. Moga abg long di murahkan rezeki.

Rasha_rz said...

WAH... banyaknya perancangan bisnes abang long ya? sampai ke5 dah. tahniah. dibumi Allah ni belum ada yg mati kelaparan selagi Allah masih mahu menitipkan rezekiNya.

Abang Long said...

goboklama - InsyaAllah, rezeki ada dimana - mana.

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin - Ya, sudah ditukar. TERIMA KASIH.

Abang Long said...

masnie qisrine - novelman ? hehehehe

Abang Long said...

puterisatu - TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

eids63 - bertambah semangat !

Abang Long said...

sabiah - jom ke gerai abang long.

Abang Long said...

fusarium solani - Alhamdulillah, semangat sedang membara.

Abang Long said...

Whai Puan Nurazzah - ya, sudah dijawab kembali. TERIMA KASIH.

Abang Long said...

arsaili - memang kena kuat semangat !

Abang Long said...

~Cinta Milo Ais~ - Betul, yang penting BARAKAH.

Abang Long said...

zino - InsyaAllah, rezeki ada dimana - mana, yang penting berusaha.

Abang Long said...

cikguzue - TERIMA KASIH atas kata perangsang ! TERIMA KASIH.

Abang Long said...

kaktiny - memang kena kuatkan semangat !!!

Abang Long said...

ummi - Ya, sudah djawab kembali - TERIMA KASIH.

Abang Long said...

am - TERIMA KASIH kembali.

Abang Long said...

mak su - Ya, teruskan perjuangan !

Abang Long said...

suealeen - betul dan benar sekali !

Abang Long said...

manje - Ya, rezeki anak - anak.

Abang Long said...

f.a.i.z.z.a.h - TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

rasha_rz - Itulah RAHMAT ILLAHI.