Thursday, July 03, 2008

Bicara Bisnes (3)

"Jangan banyak berteori".


Itu adalah antara kata nasihat dari abang saudaraku, bila aku menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan secara kecil - kecilan. "Yang penting hang letak sahaja barang jualan, selebihnya itu kerja tuhan" sambungnya dalam telo utara.


Kenyataan itu memang benar. Kerana jika aku terlalu fikirkan terlalu banyak teori. Aku mungkin tidak akan membuka tapak gerai itu. Yang penting, berfikir secara sederhana, dan lakukan secara sederhana. Biar mendapat untung sedikit, tetapi berterusan.


Barang jualan pula, janganlah menjual hanya satu sahaja produk, tetapi biarlah rencam, tetapi janganlah terlalu banyak, sebab bisa memeningkan kepala pembeli. Ini bukan kedai runcit atau pasaraya. Ini hanyalah sebuah tapak kecil sebuah perniagaan.


Jadi, keputusan aku menjual hanya 3 produk adalah bersesuaian. Seperkara lagi, aku sendiri tidak perlu memberikan terlalu banyak penjelasan atas kebaikan produk yang dijual. Yang penting, produk itu telah aku gunakan dan telah mendapat kebaikan serta mengetahui setiap kelebihan yang ada.


Alhamdulillah, dua orang ankku yang turut bersama membantu pada hari tersebut juga, tidak menghadapi masalah untuk menerangkan kebaikan produk yang dijual.


Aku melihat bagaimana seorang peniaga jus kurma mendapat keuntungan yang lumayan, begitu juga seorang penjual keropok dan aneka kerepek, tersenyum riang. Tetapi, bagi seorang mak cik yang menjual kraftangan, kelihatan termenung, walaupun ramai yang mengerumuni meja jualannya, tetapi tidak kelihatan ada pembeli yang membeli barangan jualannya.


Tetapi bagiku, rezeki masing - masing tetap ada.

6 comments:

CikguZue said...

semoga usaha abanglong akan diberkati Ilahi.
ada masa abang long kerjakanlah solat Dhuha dan bykkan membaca surah arRahman...insya-Allah ketenangan dan kemurahan diberiNya dlm segala usaha.Jgn lupa juga memBACA ayat seribu dinar.Insya-Allah rezeki akan dtg dr mana2 yg kadang tak terjangka...wallahu a'lam.

echah_syed said...

ade kwn combi jual minyak ostrich je abg long..alhamdulilah laku mcm goreng pisang panas.

product tu dari perak dibawa ke sini..rezeki dia kot smpi tak menang tgn :)

Kaktiny said...

org malaysia ni kuat makan.. letak jer barang yang harga seringgit, dua ringgit, tiga ringgit - janji makanan panas, minuman sejuk.. takpun yang menarik pd perut diorang.. mesti ramai yang sanggup beli..

oleh kerana abang long rajin berniaga dan anak2 pun sanggup menolong, kenapa tak try berniaga makanan?.. and masuk pasar malam atau tapak2 ekspo.. (tak semua org ada semangat berniaga cam ni.. saya kagum sgt kat a.long..)

betul kata cikguzue.. bykkan buat solat dhuha.. abglong berniaga, so, tak terikat dgn waktu kerja.. buat jer solat dhuha kul 8.00pagi.. kejap jer.. 10 minit tak sampai..

(ppssttt.. kalau boleh takyahler mintak along.. kalau seratus dua.. try mintak kengkawan.. takder ker yang nk bagi?..)kejam tul kengkawan camtuh..

Juezura said...

Betul kata abang long .Kita mesti percaya bahawa rezeki masing2 telah ditetapkan oleh Allah swt dan pasti ada utk kita, InsyaAllah.

fusarium solani said...

aliff doakan abang long berjaya. kalu perlu bantuan, you got my phone number rite! just give me a call bro!

zino said...

business ni perlu kepada kesabaran fokus dan komitmen..semuga abanglong sukses..