Wednesday, November 07, 2007

Macam - macam kisah (31)



Kisah 1 - Semenjak kecil.


Soalan ini telah aku dengar, semenjak dari kecil, dan hingga kini masih kedengaran. Satu soalan yang paling mudah, tapi ada ketikanya sukar untuk dijawab.


Soalannya berbunyi:


Seandainya, kita tiada hari perayaan, seperti Aidilfitri, AidilAdha. Ataupun tiada majlis perkahwinan atau kematian, bilakah kita akan dapat bertemu dengan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang telah lama berpisah ?


Ya, bukannya mudah untuk kita bertemu dan berkumpul dengan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai dalam SATU MASA. Itulah HAKIKATNYA !.


Pada hari raya ini, aku telah bertemu dengan saudara aku yang telah 30 tahun tidak bertemu. Akhirnya, dengan persetujuan ramai, aku telah ditugaskan untuk membuat carta seluruh ahli keluarga dan susur galur atau salasilah ahli keluarga. Beberapa malam aku termenung memikirkan dari mana harus aku bermula. Dari maklumat awal yang aku perolehi dari ahli keluarga yang paling tua, seluruh ahli keluarga terdapat seramai 3,000 orang, samada yang menetap di Malaysia, Singapura (majoriti), Indonesia, Arab Saudi, Afrika dan Eropah.


# Aku termenung, "alahaiiiiii ........". Ramainya keturunan Banjar !




Kisah 2 - Dengar angguk, Faham geleng.


Bila sudah berkumpul, aku tersenyum sendirian, bising, riuh dan gamat, satu perkara yang pasti berlaku. Tetapi yang paling aku tak tahan, bila isteri aku bertanya "kenapa abang tersenyum?"


Aku menjawab dengan berbisik "cuba lihat, saudara abang keturunan Banjar, tapi cuba dengar perbualan mereka, ada yang telo Johor, Melaka, Perak, Singapura dan Indonesia. Cuma yang tua sahaja masih bercakap ikut telo Banjar" .... yang menjadi masalahnya, abang, sepatah haram perkataan Banjar pun abang tak tahu" ......


# Satu perkataan sudah aku pelajari: "Menukar" bermaksud "membeli barang".



Kisah 3 - Sama nama.


Walaupun ramai yang berkumpul, namun aku tetap berkesempatan untuk bertanya beberapa perkara. Yang menariknya, terdapat 5 orang ahli keluarga yang mempunyai nama yang sama. Bukan setakat nama yang sama, malah ejaannya pun sama.


Cuma tarikh lahirnya sahaja yang berbeza.


Dan seperti yang telah dipersetujui majoriti ahli keluarga, setiap keputusan akhir akan dibuat olehku. Memandangkan aku telah dilantik sebagai Mr. Chairman.


Seperkara lagi yang menarik adalah, aku telah memberikan 'arahan pertama'. Diminta semua yang hadir memberikan nama ahli keluarga, nombor telefon bimbit dan alamat emel. Masing - masing menyerahkan butiran yang aku kehendaki dan agat mengejutkan, kerana selain dari itu, mereka juga memberikan 'ang pau' untuk anak - anakku.


# Tiba - tiba isteriku pula yang malu, kerana seperti kebiasaan, apabila anak - anaku mendapat 'duit raya', secara spontan, mereka akan menyerahkan kepada isteriku untuk disimpan. Jadi, dalam majlis itu, anakku seperti biasa dan spontan berkata "nah ummi".

3 comments:

Anonymous said...

Bagi keluarga belah ayah saya pula , urusan membuat susur galur keturunan kami telah diserahkan kpd Pak Lang yg menetap di Kuala Kurau, Perak . Sewaktu berkunjung ke rumah beliau pd hari raya yg lalu , seluruh ahli keluarga ketawa terbahak2 apabila beliau menceritakan asal keturunan kami. Hehehe.... kelakonya . Biarlah hanya kaum keluarga kami aje yg mengetahuinya .

~ Ila ~

Abang Long said...

lla, bagu kalau ada macam tu, jadi kita tahu dari mana asal usul kita.

m.q said...

kuala kurau????
kampong chek tuuuu