Tuesday, November 20, 2007

Kerja, Makan, Minum.


Sememangnya meletihkan. Begitu meletihkan. Hilang tenaga zahir dan batin. Selama dua hari dan satu malam, seluruh staff syarikat dikerah tenaga habis - habisan. Dengan program 'team building'.


Namun, akhirnya berbaloi. Yang pasti, seluruh kakitangan bersetuju dengan satu perkara, iaitu, 'team work'.


Kalau diikutkan, program yang dijalankan, tidak terlalu menggunakan tenaga atau kudrat. Cuma kami diminta untuk menyelesaikan 'kod rahsia' sahaja. Ditempat yang berlainan. Dan terpulang, kepada kami, untuk menyelesaikan 'masalah' itu mengikut kaedah turutan nombor atau tidak.


Buat setakat ini, biarlah cerita atau kisah ini tergantung. Nasib baik tempat penginapan dan makanan yang disediakan memuaskan hati semua orang. Bak kata seorang teman dari Lahad Datu "boleh naik 2 kilo badan kamek".
-
-
# Gambar foto diatas adalah bilik dimana Abang Long menginap. Bukan sekadar gambar hiasan.

4 comments:

Mak Su said...

tengok gambar macam meriah

arsaili said...

abg long...salah dialog tu.."kamek" tu bahasa org swak...lahad datu di sabah bah..ni musti mix up dah...uhuhu kena brain torture byk sgt....ekekeke

nurazzah8 said...

wah ...... cantik sungguh tempat beradu abang long.... ini macam kalau bwk wife abg long boleh jadi macam honeymoon pulak... kot-kot balik nanti dapat pulak anak ke-6!!! hehehe...

Abang Long said...

mak su, memang meriah .....

arsaili, TERIMA KASIH kerana memperbetulkan perkara ini. Ya, memang fikiran bercelaru ...


nurazzah8, Honeymoon ? anak ke 6 ? alahai ... abang long yang tak larat, isteri ok lagi ....alahaiii