Friday, November 02, 2007

Macam - macam kisah (28)



Kisah 1 - MAKAN.

Sewaktu berkunjung kerumah salah seorang sahabat. Kelihatan seorang wanita yang memakai purdah datang bersama suami dan anak - anaknya. Aku perasan yang ramai yang memerhati wanita tersebut. Tetapi aku tidak tahu apakah yang bermain difikiran masing - masing diwaktu itu.

Aku dan anak - anak tidak menghiraukan situasi itu. Kerana satu ketika dahulu, isteriku juga berpurdah.

Tetapi, maaf ku pohon kepada semua. Sewaktu makan aku melihat wanita ini, duduk jauh disatu sudut dan membelakangi tetamu yang ada. Mungkin untuk mengelakkan wajahnya dari didedahkan kepada tetamu yang lain. Aku berasa ini adalah situasi yang kurang menyenangkan kepada tuan rumah dan tetamu yang lain. Tetapi, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan atau menjawab dalam perkara ini.

# Namun aku pasti, Islam ada jalan penyelesaiannya.

Kisah 2 - SATU TUTUP, SEPULUH BUKA.

Aku terkenangkan sewaktu zaman 'kebangitan Islam' satu ketika dahulu. Terutamanya bilamana berlakunya Revolusi Islam di Iran. Begitu ramai wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Tetapi, zaman itu telah berlalu. Kini wanita yang tidak menutup aurat dan bertudung sudah hampir sama bilangannya dengan yang bertudung.

Malahan, sewaktu berhari raya dirumah sahabat ku. Bilangan wanita yang bertudung boleh dikira dengan jari. Yang lebih hebat, bilamana wanita yang memakai pakaian seksi sudah semakin bertambah. Lebih dahsyat, ada wanita yang memakai kain dan terdapat belahan dibahagian belakang yang begitu panjang, hampir - hampir kebahagian pangkal peha.

# Inilah yang disebut dengan jelas oleh Dato' Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan), sebagai - "mengganggu emosi lelaki".

Kisah 3 - ANAK BERTUDUNG, IBU BERSELENDANG.

Hendak dikata "seruan" Islam tidak sampai, rasanya ramai ulamak yang telah menyebut tentang hal ini, ribuan kali.

Yang menariknya, si anak kecil dipakaikan tudung, manis dan comel dipandang. Si ibu hanya meletakkan sahaja kain selendang diatas kepala. Bila kain selendang lurut kebawah, dinaikkan keatas semula. Itulah yang dilakukan berulang kali.

# Anak aku bertanya soalan yang paling menarik "abah tahu tak, kat mana nak tengok perempuan yang pakai selendang paling ramai?"

8 comments:

mama ranggie said...

islam itu indah...

~qudwah_mardihah~ said...

Dari : Riwayat Ibnu Hibban Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa."
Huraian :
• Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
• Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
• Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Zalisa Maz@ZN Isa said...

Islam itu indah, Islam itu mudah. Bagaimana Islam boleh menjadi indah dan mudah? Jawabnya jika semua masyarakat Islam tahu tanggungjawab masing-masing mengikut suruhan agama.

Penyelesaian masalah ini mudah sahaja. Sebagai tuan rumah yg juga beragama Islam kenalah peka. Asingkan tempat tetamu lelaki dan perempuan. Jadi jika tetamu berfurdah mahu membuka furdah mereka, alangkah mudah?

masni qisrine said...

sedihnye bile agama itu dipermudahkan. ramai lg kaum wanita yg meringankan hal - hal aurat berkaitan rambut nih.

sayda said...

kt mana abg long?

Abang Long said...

mama ranggie, YA, Islam itu Indah dan SELAMAT.

~qudwah_mardihah~ indah kata - kata itu !

Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa, bersetuju dengan pendapat itu.

masni qisrine, kalau ingat pahala dan dosa, InsyaAllah, semuanya selamat.

sayda, tak lama lagi kita semua dapat melihatnya.

Noushy Syah said...

Correct me if I'm wrong...I tot berpurdah ni digurun2 yg berdebu aje, apa logiknya berpurdah tuh diMsia kini?

abuyon said...

salam semua. salam Noushy Syah. Pertanyaan yang kena pada waktunya. Saya ada menulis entry tentang jawapan saudari itu. Silalah ke sana http://abuyon.blogspot.com

Moga-moga beroleh bukan saja faham tetapi rasa juga, Insya-ALlah