Wednesday, November 28, 2007

Blog, Blogger, Bloggers


Cerita ringkas - 1


Hampir setiap hari aku melayari laman web dan pelbagai blog. Ada ketikanya, aku membaca apa yang dicoretkan oleh blogger, dengan sekali lalu sahaja. Dan ada ketikanya, aku membaca berulang kali, hingga aku faham setiap patah perkataan atau ayat yang ditulis oleh bloggers.



Ada ketikanya aku hanya singgah, untuk mendapatkan idea. Tanpa meninggalkan jejak. Ada ketikanya aku hanya meninggalkan jejak diruangan chat. Tetapi, secara peribadi, aku lebih suka meninggalkan jejak diruangan komen. Kerana, salah satu sebabnya adalah, untuk berkongsi pandangan dengan tuan punya blog, samada kita bersetuju ataupun tidak.


Tetapi minggu ini, tiba - tiba sahaja aku terpegun, dan membaca berulang kali, tentang satu perkara (bukan isu besar atau isu sensitif). Tetapi topik yang dibawa oleh blogger ini, benar - benar terkena 'batang hidung' aku sendiri. Entri beliau, dipersembahkan seperti sebuah kajian yang ringkas. Tetapi penuh bermakna.


Boleh klik disini. Blog Norzailina Nordin. Bertajuk - The Mysterious World of Bloggers




Cerita ringkas - 2


Beberapa hari yang lalu, sewaktu sedang berbual dengan guru anak ku. Tiba - tiba sahaja dia memaklumkan sesuatu "saya dan rakan - rakan selalu masuk kedalam blog peribadi Encik, bukan apa, untuk belajar dan mengetahui pengalaman Encik sewaktu berhadapan dengan karenah anak - anak."


Aku terkelu sebentar. Sebelum bertanya kembali "dari mana cikgu tahu tentang blog saya?"


"Sebenarnya, anak Encik yang memberitahu saya tentang blog Encik" jawab guru tersebut dengan sopan.


"Seperkara lagi, anak Encik juga kerap membaca apa yang disiarkan didalam blog Encik, tetapi dia hanya membuka blog itu dirumah saya, sewaktu selesai kelas tambahan."


Aku hanya tersenyum dan terdiam.



# Sesiapa sahaja akan melayari Blog Peribadi. Kawan, sahabat, saudara, kenalan, rakan bisnes, isteri, suami, anak - anak, cucu, cicit, menteri dan SESIAPA SAHAJA.

7 comments:

arsaili said...

yea..banyak juga ilmu yang boleh diperolehi dengan melayari blog kawan2...semoga ilmu terus berkembang...

Noushy Syah said...

Blog bole dibaca seantero dunia..sebab itu harus berhati2 menggunakan bahasa...apalagi mereka2 yg telah bekeluarga atau mereka2 yg boleh dianggap ABG, Uncle, Pak Cik, makCik dan sebagainya....

Mcm puisi yg Kak Zalisamaz tulis..Gurau2 jugak tapi kena ada batasnya hehehe....

Gurau-gurau juga
18sx elok hindari
Jangan nanti ada yang mengikuti
Kita cepat-cepat pula tuding jari
Muda tua dizaman siber ini
Ada yang tiada harga diri!

Gurau-gurau juga
Di mana nilai ilmunya?
Di mana adab etikanya?
Kasihan anak anak muda dan juga situa
Baca, baca dan baca
Tersengih-sengih tak ingat dosa.

Gurau-gurau juga
Kasihan anak-anak muda
Mereka jadikan kita contoh ikutan
Apa yang kita cuba tonjolkan?

Gurau-gurau juga
Fikiran anak-anak muda kita kena jaga
Kasihan, kasihan, kasihan
Kalau orang tua, gurau-gurauan
Jangan bergurau kes melampau
Cis, Kurang sopan!

Gurau-gurau juga
Tapi jangan kita lupa
Pahala dan dosa
Amal segala
Semuanya bakal ditanya

Gurau-gurau juga
Contoh tauladan ambillah kira
Jangan tua, tua usia
Tuakan juga akhlak kita

Gurau-gurau juga
Tapi ingat!
Warga penulis adalah ilmuan
Akal mencecah awan
Akhlak bagaikan bulan

Gurau-gurau juga
Tapi mesti kawal diri
Iman dan taqwa letak di hati
Ukhwah persahabatan dijaga pasti
Kalau terasa nasibla
Jangan sampai ada yang benci.

p/s I just noticed some of the mak Cik/Pak Cik/kakak yg berchat atau berbalas2 tag menggunakan bahasa2 yang melampau walaupun pada mereka hanya melawak....Bayangkan jika anak2 membuka blog dan membaca apa yang ditulis oleh mereka2 ini..apa pengajaran yang nak diberi disini?!

Sorry ABg Long terpanjang pulak komen nih....

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Blog saya hari2 anak2 masuk dan baca.

mama ranggie said...

dapat ramai kenalan kan bagus...kita pon dpt menambah ilmu jugak...

mardhiah said...

Saya mau share pengalaman saya blogginla saya suka mengurat opps mengarut dengan this blogger ni, tapi terpaksa off sebab ada orang tak leh terima kami punya joke. Sedih tu sedih gak.

Kita kat office kawan semua suami orangkan so faham-fahamlah wat type of conversation yang kita ada. Tapi lepas kecoh-kecoh tu barulah saya tau rupanya ada ramai bujang KL yang nakal dan luas pengetahuan macam kengkawan kat office kite!!!

After this kalau kena spam..itu bukan kerja saya melainkan mereka yang sayang teramat sayang sama Abang Longlah tu yang tak rela Novelis terhormat macam Abang di cemari oleh manusia kotor macam saya. Saya cuma kuli batak kerajaan, bukan pencatur politik or what so ever. Feel free to visit my site dan tinggalkan jejak di sana kalu berani amik risiko macam adik Puteri kita tu hehehe.

Abang Long said...

arsaili, maksimakan teknologi maklumat.

noushy syah, betul ke ada yang kata blog abang long ni serius sangat ?

Wahai Puan Sifu Zalisa yang dihormati, itu sebabnya, setiap entri disini ditapis 101 kali.


mama ranggie, betul tu, selain dari menambah kenalan.

mardhiah, ada ketikanya meriah, tapi kena banyak bersabar dan bersikap cool.

muzem said...

itulah uniknya dunia blog ni, kn?
"Can you imagine world without Bloggers?". hehe.
slm ziarah, bang long.