Friday, November 09, 2007

Macam - macam kisah (32)


Kisah 1 - Keluar masuk balik.
.
.
Pada hari Deepavali, semalam. Sewaktu aku dan keluarga sudah bersiap sedia untuk keluar. Dan anak - anakku sudah berada didalam kereta. Tiba - tiba kedengaran kenderaan memasuki ruang kawasan rumahku.
.
Bila isteriku melihat keluar, rupanya, saudaraku tiba dengan dua buah kereta.
.
"Hangpa nak keluaq ka" soal saudaraku. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk, namun tetap mempersilakan mereka masuk dahulu kedalam rumahku. Nasib baik kedatangan mereka hanya sebentar, usai solat zohor, kami beramai - ramai keluar rumah. Kerana aku telah berjanji dengan dua orang sahabatku, untuk berkunjung kerumah mereka.
.
# Sudah menjadi lumrah, ada ketikanya, disaat - saat begitu, ada sahaja tetamu (baca: rezeki) yang tiba.
.
.
.
Kisah 2 - Dua terakhir.
.
.
Aku tiba kerumah Puan Nurrazah8, 1 jam lewat dari yang dirancangkan. Aku telah membawa ahli keluargaku dan bersama Pokcik Mersik. Kedatangan kami disambut mesra dan dengan senyuman oleh Puan Nurazzah dan suami.
.
Maklumlah, selama ini, KAMI (Abang Long, Pokcik Mersik dan Puan Nurazzah8), hanya mengenali antara satu sama lain di alam siber.
.
Spontan Puan Nurazzah8 'mengusik', "oh, ini rupanya Abang Long dan Pokcik Mersik" .... Kami hanya tersenyum malu. Terutamanya Pokcik Mersik.
.
Sambil berbual dan bertanya khabar, kami terus dipersilakan untuk menjamu selera. Makanan yang dihidangkan memang benar - benar "membuka selera". Hingga aku melihat anak - anakku terus sahaja 'menghadap' apa yang terhidang diatas meja makan. Maklumlah waktu itu perut masing - masing memang sedang dalam 'kebuluran'.
.
TERIMA KASIH diucapkan kepada Puan Nurazzah8 dan suami kerana menerima kedatangan kami. Dan menjamu dengan makanan yang sememangnya menyelerakan. Hingga anakku berkata "lain kali Ummi masak macam tu, ya?"
.
# Sewaktu nak tidur, masih terbayang Ruz (nasi) Bukhari. Kalau rumah saudaraku, sudah pasti aku akan minta 'ta pau'.
.
.
.
Kisah 3 - SRI DIAH.
.
.
Kami tiba dirumah Puan Sri Diah, sudah agak lewat. Kerana seperti yang kita maklumi, Sri Diah adalah 'orang kuat' SINAR HARIAN, selain dari menjadi novelis yang tersohor.
.
Sambil berbual, kami terus sahaja menjamu selera. Walaupun anak - anakku kelihatan agak kehairanan dengan makanan yang disediakan. Namun setelah mereka mencuba, akhirnya bertambah - tambah mereka makan. Dan, aku juga menambah beberapa kali, kerana itu adalah antara makanan kegemaranku.
.
Tapi aku agak kasihan dengan Pokcik Mersik, kerana maklumlah, dengan giginya yang tinggal 'dua batang' itu, tidak banyak yang beliau mampu lakukan.


Kepada Kak Sri Diah, hanya ucapan TERIMA KASIH yang mampu aku dan keluarga ucapkan.
.
# Pokcik Mersik bertanya "selepas ni Abang Long nak kemana lagi?" Aku menjawab dengan bersahaja dihadapan Kak Sri, "nak balik rumah, cari bantal." Maklumlah perut dah kenyang.

2 comments:

NURAZZAH8 said...

Abg Long, jgn serik kalau nak datang lagi ye. Nasi tu bukan beriani, tapi Ruz(nasi) Bukhari namanya. Hurm...kenapa tak mintak je... saya pulak dek sbb seronoknya sampai terlupa nak bagi bekal bawa balik. Pastuh si Hana' tanya saya selepas u all semua balik, "Kenapa ummi tak bagi duit raya kat kawan Hana' tu?" ... Alamak....lupa lah ...

Sri Diah said...

Abg Long;
Terima kasih sebab sudi datang beraya ke rumah, nanti kalau lapang bawalah anak-anak dan isteri datang ke rumah lagi.