Monday, November 05, 2007

Macam - macam kisah (30)



Kisah 1 - Rezeki melimpah.

Sudah dipenghujung Syawal. Namun aku dan keluarga masih menghadiri jemputan dari saudara - mara dan para sahabat.

Dari permulaan, aku memang telah mengatur 'jadual' agar tidak tertinggal. Itupun terdapat beberapa buah yang terlepas akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

# Anakku sambil tertawa bercakap sesama mereka "eh, malam ini, abah nak pergi rumah ketigapuluh kan?"

Kisah 2 - BLOG & BLOGGERS @ rumah terbuka.

Hari raya ini, adalah hari raya yang pertama kali aku bertemu dengan begitu ramai bloggers. Entah kenapa, setiap kali bertemu muka dengan para bloggers, tidak kira dimana, yang pasti kami (bloggers) akan ketawa terlebih dahulu. Oh, inilah rupanya "awak". Didalam blog, punyalah 'havoc', rupanya "awak" ni pemalu !

# Terdedah segalanya - THE DARK SIDE OF

Kisah 3 - DUNIA INI KECIL - S-A-H-A-J-A.

Bloggers yang bersaudara. Itulah kesimpulan yang aku boleh berikan. Tiba - tiba sahaja, sewaktu berhariraya, sembang punya sembang, bual dengan rancak, bergurau senda, tiba - tiba salah seorang bloggers berkata "eh, Pak Ngah Karim, yang tinggal dikampong simpang Kamunting, di Taman Lela tu, ayah saudara awak ?" .... alahai .....

Maka bermulalah episod memandang wajah antara satu sama lain, dan tanpa kerlipan mata. "Ah, sudah ...." ayat yang tidak dapat dihabiskan, sambil menggaru kepala.

"Kenapa?" soal bloggers yang lain.

"Pak Ngah Karim tu, ayah saudara aku lah ...."

Semua terdiam .... lalu berlakulah adegan pertemuan seperti dalam program "JEJAK KASIH".

Itulah tanda kebesaran Allah.

# Maaf, aku sendiri tanpa sedar menitiskan air mata kegembiraan.

4 comments:

Anonymous said...

Macam pernahku dengar aje nama Pak Karim dari Kg Simpang , Kamunting , Taman Lela tu . Bukannya sedara ttp mcm nama bapa mertua tak jadi aje . Wakakaka.....

~ Ila ~

pB said...

Bagus lah ada acara jejak kasih gini.

Perut kenyang,
sedara dapat.

Unknown said...

dunia ni kecik je... open house tak ajak pun kita.. sampai ati. huuuu,

Abang Long said...

illa, "rasa macam kenal, sedara ka?".

pb, betul, betul !

Wahai Adinda Sifu Ainin, bukannya open house abang long, tapi anjuran syarikat.