Pada hari Jumaat malam, aku keseorangan pulang ke kampong halaman ku di Taiping. Dengan menaiki keretapi. Pulang dengan menaiki keretapi jauh lebih murah dan terlalu murah berbanding dengan menaiki kereta, sudahlah terpaksa membayar harga minyak yang tinggi, bayar tol lagi, parking lagi, dan belum masuk lagi harga makanan dilebuhraya.
Keluarga terpaksa ditinggalkan sementara. Aku pulang ke kampong hanya untuk sementara. Untuk melihat ayah yang dilaporkan uzur. Sepanjang perjalanan aku hanya memikirkan keadaan ayahku yang sudah uzur. Dan sesekali terlintas difikiran tentang iklan Petronas, yang memaparkan aksi dan dialong, antara seorang ayah yang begitu pengasih dengan seorang anak yang banyak bertanya, tentang "burung apa?" Ini menyebabkan fikiranku terkenang kisah aku dan ayah, sewaktu aku masih kecil. Hingga menyebabkan aku menitiskan airmata, dan aku biarkan air mata terus mengalir keluar.
Sampai sahaja di Stesen Keretapi Taiping, aku diambil oleh adik kedua aku membawa kerumah orang tuaku.
Setibanya dirumah, waktu menunjukkan jam 3.45 pagi. Aku terus menghadap ayahku yang sedang tidur. Dengan cahaya lampu bilik yang suram, aku terus memegang tangannya dan mengucup lembut tangan ayah yang telah membela aku selama ini dengan sepenuh kasih sayang. Aku mencium dahinya, dan terbayang bagaimana ayah memeluk dan mengucup dahi ku sewaktu kecil.
Setelah itu, aku terus pergi kearah ibu yang sedang nyenyak tidur bersebelahan ayah. Rupanya beliau baru tersedar dari tidur, dan menyedari kehadiranku. Aku terus mencium tangannya dan memeluk tubuh ibuku dan mencium pipinya. Dengan nada suara yang perlahan aku bertanya "apakhabar mak?" "Alhamdulillah, sihat" beliau menjawab.
Lalu ibu ku berkata "pergilah tidur dulu, lagipun ayah belum bangun lagi."
Keesokan harinya, iaitu hari Sabtu. Aku tersedar, sewaktu ayahku menggerakkan diriku, untuk solat subuh. Tetapi nama yang dipanggilnya bukan nama aku. Tiba - tiba sahaja aku terasa bagaikan hendak menangis, manakan tidak, ayahku terlupa nama aku !
Dia bertanya "eh, siapa ni?" Bila aku beritahu nama aku, dia terus menjawab dengan bersahaja "oh, along..."
Aku bingkas bangun dan terus memeluk tubuhnya, sekali lagi air mataku mengalir keluar dengan derasnya. Bagiku, biarlah aku menangis sepuas - puasnya, sementara ayah masih ada.
Seperti biasa, sebagai anak sulung, aku adalah anak yang paling banyak bercakap dan bersembang dan membuat jenaka dengan ayahku. Aku tidak mahu membiarkan masa berlalu begitu sahaja, aku terus berbual dan mengusap lembut tubuhnya yang terlalu kurus. Aku dapat melihat dan merasakan yang tubuhnya seperti tinggal kulit dan tulang sahaja, dan kelihatan urat yang jelas ditangannya.
Waktu petang, sewaktu kesihatannya semakin terganggu, aku dan adikku terus membawanya ke klinik. Sewaktu memegang tubuhnya dan memimpin tangannya, sekali lagi airmataku mengalir keluar. Aku terkenang, bagaimana kasihnya ayah sewaktu memimpin aku diwaktu kecil. Ayah memimpinku dengan sepenuh kasih sayang, dan kini aku memimpinnya dengan deraian air mata. Terasa benar keuzurannya, namun masih boleh bergerak.
Pulang dari klinik, barulah ayah boleh makan dan berbual denganku. Berulang kali aku bertanya "ayah dah rasa ok ke?"
Ayahku memahami perasaanku diwaktu itu. Tetapi masih boleh tersenyum dan menasihatkan supaya aku mengambil keretapi malam. "Baliklah, nanti along nak kerja kan?"
Sewaktu mahu berangkat pulang, aku mencium dan memeluk tubuh kedua orang tuaku dengan sepuas - puasnya, "along minta ampun dan maaf, dunia akhirat, dan halalkan makan dan minum along", lalu ayah dan ibuku berkata "along ... along tak ada dosa dengan kami!" sekali lagi air mataku mengalir keluar. Aku sengaja tidak mahu mengelapnya. Biarlah air mata ini keluar.
# Ya, Allah, panjangkanlah umur kedua orang tuaku. Kasihilah mereka, sepertimana mereka mengaisihi diriku.
17 comments:
sesungguhnya kasih sayang mereka x dpt di balas walau dgn segunung intan berlian...tersentuh hati mama bile melihat betapa dlm nya kasih syg seorang anak...tahniah abg long..
salam tuan rumah,
air mataku mengalir mencurah-curah bila membaca entri ini, pengalaman yg sama pada diri ini.
salam... sayu baca n3 ni.. memang jarang anak anak nak peluk cium orang tua sementara usia mereka masih bersisa...
salam... sayu baca n3 ni.. memang jarang anak anak nak peluk cium orang tua sementara usia mereka masih bersisa...
menitis air mata kak long membaca entri ini. Kasih sayang kedua ibu bapa tidak mampu kita membalasnya. Teringat arwah abah kak long.
mama ranggie, sesungguhnya, kasih sayang mereka PASTI tidak akan terbalas...
jahrera, hanya do'a yang mampu kita berikan buat mereka ...
lily haslina nasir, abang long rasa dekat dan tenang apabila dapat memeluk mereka ...
zura@kak long, bersabarlah ... abang long masih menangis sewaktu pulang ... tapi, apakan daya ...
beruntunglah ibubapa yg mempunyai anak-anak soleh yg sentiasa berbakti untuk mereka semasa kedua2nya masih hidup atau selepas mereka meninggal dunia.
Salam Abg Long...
Ibu bapa adalah segalanya buat kita, tanpa mereka siapalah kita...love them unconditionally the way they loved us...
Semoga ayah Abang Long cepat sembuh. Semoga Abang Long dan keluarga diberi ketabahan menghadapi suasana begini.
Salam Abg Long
Semoga kedua ibu bapa Abang Long dipanjang umurnya dan diberikan kesihatan yang baik.....
pB sayu membaca n3 kali ini ...
Abg Long;
Semoga segala doa diberkati Allah. Memang doa seorang anak kepada ibu bapanya lebih afdal...
tersentuh membaca entri ini..rasanya ramai anak2 tidak mampu nak menunjuk rasa kasih dengan org tua terutama dengan ayah...ia perlu diubah, kasih sayang perlu di zahirkan ...inilah contoh yang baik dari abg long.
dulu ayah yang selak kelambu saya, sebab nak tengok saya yg sakit teruk diserang chikenpok, sampai tak mampu nak bangun. kata mak, ayah menangis tgk saya yg rupa dh x macam orang tu, ditambah dengan perut yg sarat waktu tu.
Bila dh nak sembuh, ayah bergurau. katanya, "antara kau dgn mak kau, mak kau lagi nampak muda dan lawa."
Maklumlah masa tu muka saya penuh dgn bekas2 hitam chikenpok tu. hahaha.
salam abang long...
semoga tetap tabah....
Entri yang mengundang air mata....
Semoga ayah saudara, juga ibu saudara terus dipelihara Allah dengan kesihatan yang baik. Semoga kedua ibu bapa kita sama-sama diberkati dan dirahmati Allah...
Saya mengerti sebab saya juga anak sulung....
entah mengapa kebelakangan ni saya asyik terbaca artikel menjaga ibubapa yang tua. kadang2 saya tertanya, bolehkah saya menjaga ibubapa saya sebaik mereka menjaga saya semasa kecil?
Kak Iris turut sama mendoakan ibu dan ayah abang long dipanjangkan usia agar abang long dapat berkongsi kasih sayang mereka dengan lebih lama. Amiin. Sesunggunya kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa sejahtera....
Post a Comment