Wednesday, November 21, 2007

CERITA dahulu ...


Inilah acara 'team building' yang boleh dikategorikan sebagai program 'pecah otak'. Malah ada peserta yang dengan bersahaja berkata 'inilah acara menaikkan nafsu'. Walau apapun, tidak dinafikan, ada diantara soalannya yang berbaur seks. Tetapi itu mengikut persepsi seseorang.


Program ini diadakan dalam lingkungan 2 km. Tetapi jika ketua atau 'team leader' seorang yang bijak. Maka tidak perlu menurut nombor soalan mengikut turutan. Yang penting, mendapatkan jawapan dan menamatkan perlumbaan.


Persekitaran hotel menjadi gamat dan riuh rendah, kerana hampir 200 orang peserta berlegar disekitar hotel dan kawasan sekeliling, semata - mata untuk mendapatkan jawapan kepada soalan dan klu yang diberikan. Dan yang paling memeningkan serta menimbulkan gelak ketawa, bilamana ada soalan berkisar tentang filem yang ada kaitan atau 'twin' antara filem Hollywood dan Bollywood.


Apapun, jelas kelihatan yang menjelma, bukan 'team building'. Tetapi 'co-operations' antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, yang terdiri dari 25 kumpulan kecil. Walaupun 'bertukar maklumat' adalah dilarang keras atau 'prohibitted', tetapi setiap kumpulan kecil ini bertukar maklumat 'dalam diam'. Hinggakan, akhirnya seluruh kumpulan dapat menamatkan 'perlumbaan' sebelum waktu penamat. Dan ini mengejutkan 'organiser', kerana setiap kumpulan memberikan jawapan yang sama dan tepat.


Dan acara gilang - gemilang dan dinanti - nantikan sudah tentulah - Majlis Makan Malam.
Kalau pada hari biasa, samada staff lelaki mahupun wanita akan berpakaian biasa, iaitu pakaian pejabat. Tetapi pada malam itu, semuanya bertukar 'dressing'. Yang lelaki kelihatan segak bergaya 'ala James Bond', manakala kaum wanita memakai pakaian yang kelihatan anggun, menawan dan seksi. Bukan seksi sedikit, malah ada yang berpakaian terlalu seksi. Bagi semua orang, inilah malam kemuncak untuk memperagakan fesyen yang digemari.

4 comments:

arsaili said...

"Yang lelaki kelihatan segak bergaya 'ala James Bond', manakala kaum wanita memakai pakaian yang kelihatan anggun, menawan dan seksi. Bukan seksi sedikit, malah ada yang berpakaian terlalu seksi."

macam salah jer jwpan ni..hukhukhuk...abg long cam dh kasi jwpn plak...lelaki ala james bond #@$$#^%^??

Abang Long said...

arsaili, ahahahahaha .... klu yang paling hampir sudah 'didedahkan' ...

Unknown said...

cisss.. abg long! tak aci betul.

Abang Long said...

Wahai Adinda Ainin, tunggu jawapannya esok ...hehehehe