Tuesday, January 09, 2007

Macam - macam kisah

Kisah 1 – Kemaskini dan melayari laman web.

Seorang sahabat yang sering masuk kedalam blog aku, tiba – tiba sahaja menegurku, katanya, “kalau engkau nak mengemaskini atau nak memasukkan entri baru, jangan buang masa dengan melayari laman web, fokus pada apa yang engkau nak buat, dan lakukan dengan tekun, buat sampai siap, lepas tu baru engkau rehat”!.

Aku terdiam dan tersenyum.



Kisah 2 – Rem-Pit.

Diawal pagi, usai menghantar anak ku kesekolah dengan motor kesayanganku, dalam perjalanan pulang, tiba – tiba terdengar bunyi dentuman, rupa – rupanya seorang penunggang motosikal (berpakaian sekolah menengah) , telah melanggar sebuah kereta dibahagian tepi, dan penunggang itu terus sahaja memecut (merempit) motornya, pemandu kereta (seorang wanita), aku rasakan juga sedang menghantar anaknya ke sekolah, tidak dapat berbuat apa – apa, kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas, lagipun tempat itu agak sesak, malahan aku yang simpati dengan pemandu kereta itu juga tidak dapat berbuat apa – apa (sekurang – kurangnya mendapatkan nombor plat pelajar rempit yang biadap itu).

Aku terbayang, kalaulah kejadian itu berlaku kepada isteriku dan lain lain pemandu, khususnya kaum wanita.



Kisah 3 – Kurang Upaya.

Aku menaiki komuter dari Stesen Sentral Kuala Lumpur, lalu mengambil tempat duduk, berhadapan dengan dua orang gadis. Selepas sahaja melabuhkan punggung, aku terus keluarkan novel terbitan ALAF 21 – Izinkan Kubahagia (Leeya Myra), untuk kubaca, kerana sudah menjadi kelaziman, kemana sahaja aku pergi, sudah tentu aku membawa sebuah novel untuk bacaan ku dalam perjalanan. Lalu gadis yang berada dihadapanku (beliau memakai kaca mata hitam), tersenyum kearahku, dan aku membalas senyumannya, kemudian aku meneruskan pembacaanku, sesekali aku memandang kearah gadis itu, dia masih tersenyum kepadaku, aku tetap membalas senyumannya itu. Tiba sahaja di Stesen Subang Jaya, lalu gadis ini mengeluarkan tongkatnya dan bangun. Rupa – rupanya gadis itu buta.

Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, kerana masih dapat melihat seorang gadis yang cantik



Kisah 4 – Isi minyak, Isi perut.

Seperti kebiasaan, sewaktu mengepam minyak dimana – mana stesen minyak, aku akan gunakan teknik, “pam sehabis perlahan”, kerana telah terbukti saranan dari beberapa orang yang pakar, dimana dengan cara itu, kita akan mendapat lebih minyak berbanding gas yang akan masuk kedalam tangki minyak, dan kita akan mendapat lebih kilometer, lalu kali ini perbuatanku ditegur oleh penjaga stesen “encik tolong pam kuat sikit”, aku dengan selamba menjawab “saya mahu isi minyak, bukan isi perut”.

Harga minyak dunia naik, harga minyak kita naik, harga minyak dunia turun, harga tol pula naik.



Kisah 5 – Main.

Satu hari anak ku telah mendapat luka akibat jatuh sewaktu bermain bola dipadang, lalu seperti biasa, jika tubuhnya terlalu kotor, aku yang akan memandikannya (anak ku berada di tahun satu persekolahan), kerana aku akan mencuci dan menggosok tubuhnya dengan sabun dettol, sewaktu air sabun terkena pada bahagian kakinya yang calar dan luka itu, dia menangis, sebab pedih, lalu dia berkata “abah, sakitlah…”. Aku yang memang geram waktu itu lalu bertanya “ha… masa main tadi tak sakit”. Dengan tak semena – mena di bertanya pula kepadaku dengan bersahaja “abah masa main, sakit tak ?”.

Aku terkelu, sebab tak faham dengan soalan itu, tapi bila kupandang wajah isteriku, dia cuma tersenyum.



Kisah 6 – Lembu

Sewaktu hari raya korban tempohari, anakku yang kedua (berada di tahun 4), telah bertanya “abah, kenapa orang kata bodoh macam lembu ?”.

Lalu aku menjawab “cuba tengok lembu, dahlah makan rumput, orang suruh apa pun dia buat, kena cucuk hidung lagi, kena pukul pun lembu tak marah”.

Dia terdiam sejenak, kemudia bertanya lagi “kalau macam tu, kenapa kita makan lembu, nanti kita pun jadi bodoh macam lembu”.

Aku terpana sebentar, ambil masa juga nak jawab, kepada soalan sebegini, ya lah anak zaman IT.

8 comments:

Unknown said...

Salam Abang Long...
Kisah 1 – Kemaskini dan melayari laman web.

- Betul cakap kawan abang long tu.. huhu


Kisah 2 – Rem-Pit.

- Bayangkan pula nasib ibu dan bapa budak seperti itu! Kasihan.


Kisah 3 – Kurang Upaya.
- Syukur kita diizinkan untuk melihat. Erm... abang long ingat, dia nak ngurat abang long ke? huhu...acah je.

Kisah 4 – Isi minyak, Isi perut.
-Itu betul. Saya amalkan sejak saya baca satu artikel. Save tapi muka orang memuncung ler tunggu kita isi 48 liter minyak.. ha ha ha...
- Pasal duit tol tu saya tak leh nak komen. Sini tak ada tol. Highway dinamakan Freeway, jadi semua free, no high toll fee!


Kisah 5 – Main.
- Uiks!


Kisah 6 – Lembu
- Ermm... huhu.. ada benarnya jugak. Tapi, yang saya nampak, anak abang long tu bakal jadi seorang novelis yang penuh dengan idea-idea yang tak terfikir oleh kita... huhu..

karl Firdaus said...

Asalamualaikum abang Long,

Santai......... santai

Karl suka baca blog abg Long. Macam baca surat khabar... seronok.. macam macam berita ada ... best la ...

Karl suka yang nombor satu... akan Karl cuba amalkan ...ada logiknya.

Noushy Syah said...

Abg LOng,wah beshnya banyak kesah2 masyarakat yea dalam satu entry!!Tapi kelakar yang kesah bodoh mcm lembu tu ahakss..kiddies are damn brilliant nowadays!

Anonymous said...

Kebanyak kisah tu buat Am tergelak, paling tergelak kisah kurang upaya tu.

Budak2 ni kadang kala selalu tanya balik kita solan yang kita susah nak jawab dan kadang kala kita terkedu. Itulah cabaran jadi ayah zaman IT ni hehehe

Anonymous said...

Banyak kisah abang long ni ya. Saya suka baca...

Anonymous said...

masa kat KL dulu selalunya kat stesen minyak memang kita kene isi sendiri.. jadi bila minyak naik, biasakan diri untuk isi seperlahan mungkin dan elakkan daripada isi pada waktu siang/ panas/ tengahari..

bila balik johor, kat sini stesen minyak masih ada pam atendan.. bila win cakap win nak isi sendiri, kelat jer muke dorang.. agaknya dalam hati mesti kata "boleh hilang keje ni.."..

hehehe.. bukan nak kejam, tapi kalau dornag isi, tak sampai 2 minit dah RM50.. laju tuh...

Anonymous said...

salam abgLong.....betul kcp kawan abgLong tu, tu masalah utama sy tu..suka buka 2-3 window..saya ni suka membaca, suka melompat dari satu blog ke satu blog dari sekecil entry sampai semua comments saya buka baca...tapi saya masih lemah dlm penulisan..banyak sgt idea, time memandu, time goreng ikan..tapi bila sentuh keyboard, buka create entry..keyboard jadi kelu!
Bagilah petua abgLong....

Abang Long said...

kujie, sebenarnya abang long bukan dari kumpulan genius dan luar biasa, apa yang abang long buat, bila abang long kemana - mana sahaja, abang long ada membawa buku nota kecil dan pen, bila ada sesuatu yang berlaku, yang menarik perhatian, terus abang catit, ada ketikanya satu yang kecil tapi kalau kena gaya olahannya (kalau boleh biar bersahaja dan kelihatan normal), ia akan jadi bahan menarik, malah banyak lagi yang abang belum masukkan n3, macam - macam, cuma tunggu masa (ikut giliran), ditangan abang long ada berpuluh-puluh bahan yang menunggu untuk dipostingkan .... jadi tungguuuuu .....