Wednesday, September 20, 2006

TERIMA KASIH buat TEMAN - TEMAN

Telah menjadi kelaziman, dimana aku dan beberapa orang teman, akan duduk bersembang disebuah warung melayu (Warung Pak Sarip), di Jalan Kastam (Pelabuhan Klang).

Ada ketikanya setakat bertemu dan bertanya khabar, tetapi selalunya, kami akan berbual dan berbincang, tentang pelbagai perkara, dari perkara kecil, hinggalah ke isu – isu besar dan semasa.

Yang menariknya, rakan – rakanku itu, yang menjadi teman bicara, terdiri dari pelbagai ideologi pemikiran, ada yang menjadi setiausaha cawangan UMNO, ada yang menjadi ketua cawangan PAS, ada yang menjadi ahli ABIM dan JIM, namun perbezaan ideology perjuangan tidak pernah menjadi penghalang untuk kami duduk semeja dan berbual santai dalam suasana yang cukup harmoni.

Walaupun, “ada ketikanya”, perbualan menjadi serius, namun boleh bertukar menjadi senda gurau dan ada pula yang pandai mengambil kesempatan untuk menjadikan sebarang cerita menjadi bahan jenaka.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aku pula sering menjadi “sasaran” !.

Ini kerana, aku dan beberapa orang peminat NOVEL, telah berusaha menubuhkan Kelab Peminat Novel, maka setiap kali bertemu, pasti ada sahaja, bahan untuk diperkatakan.

Disebabkan, rakan – rakanku mempunyai pengalaman dalam mentadbir dan mengurus selia pelbagai organisasi, maka mereka mempunyai pelbagai input yang berfaedah dan berguna untukku jadikan panduan dalam membangunkan Kelab.


Diksempatan ini, dan diruangan ini, aku mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan TERIMA KASIH buat kalian, yang begitu banyak membantuku dalam perjuangan ini:

Adnan Latif (AD), Borhan Ma’sur (Bob), Khir Effandi (Fren), Zaini Ya’cob (ZEN), Kamaruddin (KIDDIN), Rosli Aman (LI), Rushdi Rahman (OD), Abdul Rahman Rahim (MAN), Jalaluddin Rahmat (JALAL), Ahmad Supian (SUPI).

Semoga Allah membalas jasa baik kalian dalam mencurahkan ilmu untuk ku.

2 comments:

Anonymous said...

Abang Long...salmah setuju...adakalanya teman yang baik dan prihatin lbh mengerti dan sentiasa ada untuk mendengar keluh kesah kita, sama2 berkongsi ilmu dan rasa...ada juga yang tidak lokek dengan kasih sayang...
oh ya...tak nak link blog abang long ni dengan blog a21fc ke?
salam ceria...

Abang Long said...

wahai salmah,
sebenarnya abang long dan mersik telah bercadang untuk tidak menjalinkan blog ini, buat masa ini, hinggalah ke satu masa yang sesuai.