Thursday, September 28, 2006

IMAM ALI KARAMULLAH HUWAJHAH

Kata - kata nasihat dan hikmah yang diucapkan oleh IMAM ALI yang boleh dijadikan renungan bersama:

"Manusia didunia ini ibarat pengembara, yang terus berjalan walaupun ia sedang tidur".

"Siapa yang memberi amaran (peringatan), tentang dosa kepadamu, maka ia adalah seperti pembawa berita gembira kepaa anda".

"Lidah adalah ibarat binatang buas, jika dilepaskan ia akan bertindak liar".

"Makin sempurna akal dan kebijaksanaan seseorang itu, makin kuranglah percakapannya".

"Jangan malu memberi sedikit, kerana tidak memberi langsung itu lebih memalukan".

"Kehilangan kawan dan teman, laksana berdagang dinegeri sendiri".

"Sekali nafas seseorang itu ditarik, bererti selangkah perjalanannya menuju ajal (kematian)".

"Bergaullah dengan manusia secara baik, sehingga jika kamu mati, mereka menangisi kematianmu, dan jika kamu hidup, mereka kasih kepadamu".

"Sifat qana'ah itu merupakan harta yang tidak akan habis".

"Lidah orang yang berakal itu, berada dibelakang hatinya, dan hati orang yang bebal itu berada dibelakang lidahnya".
"Seseorang itu binasa kerana ia tidak mengetahui kadar dirnya".
"Sesiapa yang menjaga rahsianya, bermakna ia berkuasa penuh terhadap dirinya".
"Aku hairan melihat orang yang berputus asa sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka".
"Fikiran waras dan berhati - hati dari seorang tua itu lebih aku sukai, dari semangat waja dan berkobar - kobar dari seorang pemuda".
"Seseorang yang sabar itu pasti akan mendapat kejayaan akhirnya, walaupun lama masa menunggunya".

Wednesday, September 27, 2006

IKLAN - MADU KAUTHAR

MADU KAUTHAR.
Diimport dari ESFAHAN (Republik Islam Iran)


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila emel ke: madu_kauthar_esfahan@yahoo.com.my
atau hubungi Perubatan Alternatif Beheshti Zahra
124 A Jalan Teluk PulaiTeluk Pulai,
41100 Klang, Selangor
019 373 95 46/ 012 362 1170
"Satu sudu pagi hari, aktif sepanjang hari!"

Tuesday, September 26, 2006

MEMORI bersama K T M (bahagian ketiga)

Aku pasti, ramai penumpang keretapi akan berkata, "naik keretapi dari Stesen Besar lagi seronok" !.
Terlalu banyak perbezaan rasanya, antara menaiki keretapi dari Stesen Besar KTM, Kuala Lumpur, berbanding dengan Sentral Kuala Lumpur.
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ini, sekadar untuk berkongsi suatu yang tidak akan dilupakan, yang telah menjadi sejarah, masih kekal dalam memori, terpahat dilubuk hati setiap pengguna (yang pernah merasai pengalaman menaiki keretapi dari Stesen Besar Kuala Lumpur).

1988, sewaktu aku, sedang menunggu kedatangan keretapi dari Loko Simpanan, suasana hiruk - pikuk, penumpang dan saudara - mara serta rakan dan kenalan, sama - sama "memeriahkan" dan "membisingkan serta meriuhkan" suasana sekitar, masing - masing ada yang berdiri, dan tidak kurang juga yang duduk diatas lantai, disepanjang platform, yang akan menaiki keretapi ke Utara, akan menunggu diplatform nombor 1, berhampiran dengan Pintu masuk Utama, dan berdekatan dengan Pejabat Ketua Stesen.

Bagi penumpang ke Selatan, iaitu ke Singapura dan Stesen - stesen Pantai Timur, mereka akan "berkampung" diplatform nombor 3.

Suasana memang bising, riuh - rendah, apatah lagi dicampuradukkan dengan irama muzik, serta injin lokomotif yang berulang - alaik didalam kawasan stesen, ya ... memang membingitkan, namun yang pasti, semua orang akan merasa keseronokan yang tersendiri, ya ... itulah "THRILL" yang tidak terdapat di Sentral Kuala Lumpur !, apatah lagi sahabat - handai serta rakan taulan tidak dapat bersama - sama penumpang yang akan berangkat pergi, ya, itulah detik perpisahan yang bagi sesetengah orang akan menyebabkan mereka "menitis air mata".

Suasana Ramadhan, akan lebih terasa, dimana, setiap orang yang berada di Stesen Besar Kuala Lumpur, akan menunggu azan Maghrib berkumandang dari Masjid Negara, untuk bersama - sama ribuan umat Islam di Stesen tersebut untuk berbuka puasa.

Suasana sekali lagi bertukar hening, riuh - rendah bertukar menjadi sunyi sepi, hinggakan anak - anak dibuaian seperti turut sama memahami apa yang akan berlaku, si kecil tiba - tiba duduk dipangkuan ayah ibu, hanyalah yang kedengaran .... "Pengumuman Hari Raya Puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja - raja .....".

"Hari raya Puasa, pada tahun ini ditetapkan pada .............".

Selepas itu, barulah suasana pulih sediakala, diikuti oleh lagu "Balik Kampung" nyanyian Allahyarham Sudirman, dan "Menjelang Hari Raya" oleh Datuk DJ Dave.

"Orang lama pasti terkenang, zaman itu" ... suasana yang tidak akan berulang kembali.

Suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perkhidmatan keretapi, khususnya dihari perayaan adalah, jadual perjalanan dari Kuala Lumpur pasti akan berlaku kelewatan, ada yang terlewat 1/2 jam, dan pernah berlaku hingga 6 jam, namun tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang tepat, kenapa perkara ini terus berlaku, dan tiada pihak yang dapat memberikan jaminan, perkara ini tidak akan berulang lagi.

Friday, September 22, 2006

MEMORI bersama K T M (bahagian kedua)



20 tahun kemudian, pada tahun 1988, aku menerima surat tawaran dari Keretapi Tanah Melayu, yang menawarkan jawatan Pembantu Trafik Rendah II. Surat yang diterima pada hari sambutan hari jadi ku, rasa gembira dan bersyukur, dan sekarang aku akan keluar dari rumah dan keluarga tersayang, merantau nun jauh di Pelabuhan Klang, satu tempat yang tidak pernah ku jejaki, di usia yang masih muda.

Kehadiranku ditempat baru, orang baru, suasana baru, menyebabkan aku tak keruan, apatah lagi aku langsung tiada pengalaman dalam serba serbi, setiap keputusan terpaksa dibuat sendiri. Namun, aku cekalkan hati, bulatkan tekad, perjuangan baru bermula.

Aku ditempatkan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, namun ada tugasan yang memerlukan aku untuk bertukar lokasi, ada ketikanya di Pelabuhan Selatan, dan di Stesen Jalan Kastam, ini menyebabkan aku dapat bekerja dengan orang yang berlainan, dan dalam situasi yang berbeza.

Pelbagai perkara dan aspek pekerjaan telah aku pelajari dan menimba pelbagai pengalaman, dari keadaan bertugas dalam banjir, dalam selut, keretapi mengalami kegelinciran (derailment), menggunapakai setiap alatan sistem dalam perkhidmatan keretapi, hinggalah berpeluang merasai suasana dalam injin atau lokomotif, dan tidak terlepas dari beberapa kali melihat mayat mangsa akibat dilanggar atau digilis keretapi.

Namun, dalam setiap tugas yang aku laksanakan, aku dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan, walaupun aku bertugas dalam lapangan keretapi barang (goods train), dan ada beberapa kali aku berpeluang (yang sebenarnya adalah tugasan), untuk bertugas diatas keretapi penumpang, namun aku mengambil keputusan untuk tidak bertugas diatas keretapi atau tren penumpang, kerana bagiku, adalah lebih baik dan menyenangkan untuk bertugas dibahagian keretapi barang, kerana keretapi atau tren penumpang terlalu banyak karenahnya, (ya, bukan senang nak "melayan" karenah penumpang yang pelbagai).

Bagi tiga tahun pertama (setiap tahun), setiap kakitangan akan menjalani ujian bertulis dan praktikal, ada sebanyak 6 subjek semuanya, dan wajib lulus semuanya, tanpa kecuali, termasuk ujian menyelamat nyawa (CPR), Alhamdulillah, tidak ada, rakan - rakanku yang gagal.

Oh ya, mungkin ada yang bertanya apa relevannya gambar kepala keretapi atau lokomotif diatas dengan ceritaku ini. Ya, itulah pengalaman ku yang bekerja dengan dreber lokomotif, dimana lokomotif itu (yang lebih dikenali sebagai "shunting engine") adalah digunakan kebanyakannya untuk bekerja dalam lapangan gerabak barang, dan aku berpengalaman merasai suasana didalamnya, hari ini, mungkin generasi hari ini tidak akan dapat lagi melihat kenderaan atau jentera tersebut.

Thursday, September 21, 2006

MEMORI bersama K T M (bahagian pertama)

NOSTALGIA yang masih ku kenang ...

Tahun 1970, kenangan yang tidak akan kulupakan, kerana itulah pertama kali aku menaiki Keretapi, yang ketika itu lebih dikenali sebagai "rail car" oleh pengguna pengangkutan awam tersebut.

Aku dibawa oleh kedua orang tua ku, naik dari Stesen Keretapi Tanjung Pagar (Singapura), ketika itu suasana "panas" 13 Mei, masih terasa, walaupun telah lama berlalu, namun disebabkan kedua orang tua aku, seperti "chinese look", maka kami tidak "terasa gangguan" seperti kaum lain.

Diwaktu itu pekerja am keretapi yang lebih dikenali sebagai "poter", mendapat "habuan" yang agak lumayan, dimana tugas mereka adalah sebagai pembawa bagasi penumpang dari pagar hadapan Stesen ke koc penumpang, kalau koc itu dekat, maka mudahlah mereka "u turn" untuk mendapatkan lagi bagasi penumpang yang lain, tetapi sekiranya, koc penumpang atau "pelanggan" mereka itu berada dekat dengan injin (kepala keretapi) atau dihadapan sekali, maka mereka terpaksa heret dengan troli itu "sejauh mata memandang".



"Perjalanan" aku bersama ibu dan bapaku, memang meletihkan, namun tatap terasa keseronokan yang tidak terucap, apatah lagi jadual perjalanan yang sepatutnya bermula jam 2000 (ini adalah waktu antarabangsa), dan akan menempuh pelbagai destinasi dan stesen, dan dijangka hanya akan tiba di Stesen Besar Kuala Lumpur pada jam 0800, keesokan harinya, ya ... lebih kurang 12 jam !.





Pada waktu itu, hanya ada tiket kelas 3 sahaja, dan tempat duduk adalah TIDAK DIJAMIN !. Oleh sebab itulah, sewaktu di Stesen Tanjung Pagar lagi, penumpang akan berbaris panjang, seawal jam 5 petang, hanya semata - mata untuk mendapatkan tempat duduk, maksudnya, pada tiket memang tertera nombor koc, tetapi tidak dicatatkan nombor tempat duduk .... azab memang azab, khususnya musim cuti sekolah, kerana diwaktu itu, cuti persekolahan Malaysia dan Singapura adalah sama (dan nilai matawang juga adalah sama).

Selain dari suasana dalam koc, yang sentiasa penuh, dan ada ketikanya, sesak macam "ikan sardin", kemudahan yang ada tidak seperti sekarang, namun tetap terasa "nikmatnya", kerana tingkapnya yang boleh dibuka separuh, ini menyebabkan angin dari luar akan terasa masuk kedalam dan begitu terasa nyamannya, tempat meletakkan beg atau bagasi penumpang begitu lebar (dibahagian atas kepala), berjaring, jadi memberi kemudahan kepada penumpang yang mempunyai bayi, kerana boleh diikat tali dan dibuat buaian (endoi - sebutan orang utara), kalaulah "kelebihan" itu dikekalkan, rasanya, tidak ada penumpang yang "resah" dek tangisan si anak kecil, namun kita terpaksa akur dengan perubahan zaman.

Dan dek kerana tingkap yang boleh dibuka tutup itulah, menyebabkan penumpang boleh merokok, dan seperti kelaziman suatu ketika dahulu, pengangkutan awam tidak melarang penumpang untuk merokok.

Walaupun tingkapnya jenis yang boleh dibuka itu, namun kipas besar tetap disediakan, punyalah besar, (memang besar, namun tidaklah sebesar kipas di Masjid Negara, suatu ketika dahulu), dan walaupun bunyi bising (kerana tingkap terbuka), namun bunyi kipas berputar tetap kedengaran.

Tidak menjadi suatu yang aib, jika didalam setiap koc, pasti ada penumpang yang tidur dibahagian tengah (bahagian pejalan kaki), dan kerana situasi inilah, menyebabkan kakitangan keretapi yang bertugas, tidak dapat untuk "melaluinya", untuk memerikasa tiket penumpang, macam mana nak lalu ....ada ketikanya, terdengar pula penumpang yang "bermulut celupar" berkata "macam mana nak masuk encik, dah penuh"!. Ini menyebabkan ada penumpang yang dapat naik keretapi secara "percuma". Tentang hal "naik percuma" ini, bukan sahaja berlaku dahulu, malah sekarang juga banyak berlaku perkara yang sama.

Bab makan dan minum dalam keretapi, memang tidak dapat disangkal kelebihannya, bayangkan, koc buffet, menyediakan makanan yang segar, dengan harga sekitar RM1.00, bagi mee goreng sepinggan, macam makan diluar, penuh berisi, boleh kenyang dibuatnya, terasa "isi" dalam mee goreng tersebut, terasa udang dan daging, terlalu berbeza dengan apa yang disediakan sekarang, bayangkan, air nescafe berharga RM2.50 bagi satu cawan kertas kecil, itupun tak rasa macam nescafe.

Tetapi satu perkara yang tidak dapat dielakkan, dan sentiasa menjadi rungutan kepada penumpang adalah tentang "bekalan air" dalam tandas, sentiasa tidak mencukupi, keretapi baru melalui 2, 3 stesen air dah habis. Namun pujian tetap diberikan kepada pengurusan keretapi, kerana jika ada yang memerlukan air, untuk dibuat susu untuk anak kecil, bagi penumpang yang memerlukan, tunjukkan sahaja botol susu, pasti dapat bekalan air "percuma", dari koc buffet (oh ya, waktu itu koc itu namanya KOC MAKAN).

Setiap kali, keretapi berhenti di stesen, maka penumpang akan turun, walaupun bukan destinasi sebenar, khususnya, bagi mereka yang duduk atau tidur dipintu atau tangga, dan nostalgia yang tidak dapat dilupakan, bilamana keretapi akan mula bergerak, maka Ketua Stesen, akan membunyikan loceng besar yang dihayunkan dengan tangan (kalau loceng ini dibunyikan disebelah telinga, rasanya boleh berdengung seminggu).

Pakaian pekerja keretapi juga berbeza mengikut pangkat dan jawatan, Ketua Stesen memakai seragam warna putih, kerani memakai warna kelabu, manakala pekerja am dan poter, memakai pakaian berwarna cokelat kusam, tidak seperti hari ini, semua kakitangan keretapi memakai pakaian seragam yang sama warna.
Namun, apapun perubahan yang berlaku, KTM tetap melalui arus pemodenan yang ketara, dan hingga kini, memori itu tetap terpahat dihati, dah habis ? .... belum lagi .... ini baru kisah pertama, akan ada sambungannya dalam siri kedua .... kisah aku bertugas sebagai Pekerja Keretapi sebagai Pembantu Trafik.

Wednesday, September 20, 2006

TERIMA KASIH buat TEMAN - TEMAN

Telah menjadi kelaziman, dimana aku dan beberapa orang teman, akan duduk bersembang disebuah warung melayu (Warung Pak Sarip), di Jalan Kastam (Pelabuhan Klang).

Ada ketikanya setakat bertemu dan bertanya khabar, tetapi selalunya, kami akan berbual dan berbincang, tentang pelbagai perkara, dari perkara kecil, hinggalah ke isu – isu besar dan semasa.

Yang menariknya, rakan – rakanku itu, yang menjadi teman bicara, terdiri dari pelbagai ideologi pemikiran, ada yang menjadi setiausaha cawangan UMNO, ada yang menjadi ketua cawangan PAS, ada yang menjadi ahli ABIM dan JIM, namun perbezaan ideology perjuangan tidak pernah menjadi penghalang untuk kami duduk semeja dan berbual santai dalam suasana yang cukup harmoni.

Walaupun, “ada ketikanya”, perbualan menjadi serius, namun boleh bertukar menjadi senda gurau dan ada pula yang pandai mengambil kesempatan untuk menjadikan sebarang cerita menjadi bahan jenaka.

Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aku pula sering menjadi “sasaran” !.

Ini kerana, aku dan beberapa orang peminat NOVEL, telah berusaha menubuhkan Kelab Peminat Novel, maka setiap kali bertemu, pasti ada sahaja, bahan untuk diperkatakan.

Disebabkan, rakan – rakanku mempunyai pengalaman dalam mentadbir dan mengurus selia pelbagai organisasi, maka mereka mempunyai pelbagai input yang berfaedah dan berguna untukku jadikan panduan dalam membangunkan Kelab.


Diksempatan ini, dan diruangan ini, aku mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan TERIMA KASIH buat kalian, yang begitu banyak membantuku dalam perjuangan ini:

Adnan Latif (AD), Borhan Ma’sur (Bob), Khir Effandi (Fren), Zaini Ya’cob (ZEN), Kamaruddin (KIDDIN), Rosli Aman (LI), Rushdi Rahman (OD), Abdul Rahman Rahim (MAN), Jalaluddin Rahmat (JALAL), Ahmad Supian (SUPI).

Semoga Allah membalas jasa baik kalian dalam mencurahkan ilmu untuk ku.

Friday, September 15, 2006

RAMADHAN tiba lagi ...

24hb September ini, iaitu pada hari Ahad, InsyaAllah, seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan. Bulan barakah, bulan pengampunan dan bulan kerahmatan, sewajarnya umat Islam tidak melepaskan peluang untuk melakukan seberapa banyak amalan yang baik, untuk dijadikan bekalan diakhirat kelak.

Dibulan Ramadhan, satu aktiviti yang sewajarnya tidak ditinggalkan adalah amalan membaca Al – Qur’an, samada berseorangan atau secara berkumpulan (bertadarus). Kerana terlalu banyak faedah dan fadhilat yang akan kita perolehi.

Keratan akhbar yang diterima, ambil pedoman dari apa yang berlaku, sebuah kitab Al - Qur'an yang disimpan didalam stor, dimana kitab tersebut mengandungi terjemahan dalam bahasa Urdu, anai - anai tidak "memakan" ayat - ayat Allah, tetapi cuma memakan perkataan dalam bahasa Urdu.

Terlalu banyak amalan sunat, yang ganjarannya adalah seperti pahala wajib, yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.

Namun, satu perkara yang agak mendukacitakan, adalah, bila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka surau dan masjid akan penuh sehingga melimpah ruah keluar dari bangunan, bagi jemaah yang akan mengerjakan amalan solat Tarawikh, tetapi selesai sahaja 10 hari pertama, maka jumlah jemaah akan berkurangan atau semakin susut.

Saya melihat pula dari sudut yang lain, yang selama ini jarang diperkatakan oleh orang ramai, iaitu dari sudut ekonomi, terdapat pembaziran yang nyata disini, sedangkan Bulan Ramadhan adalah bulan dimana umat Islam sewajarnya belajar ekonomi dengan lebih tekun.

Sepatutnya, kalau dibulan lain, kita mungkin tidak dapat untuk berjimat – cermat, tetapi bulan Ramadhan adalah kesempatan terbaik untuk kita melaksanakan agenda ekonomi dengan lebih berkesan.

Saya tidak mahu untuk memperkatakan tentang Pasar Juadah Berbuka Puasa atau Bazar Ramadhan, tetapi saya melihat kedalam masjid itu sendiri, sudah berapa lama kita tidak perasan atau memang tidak perasan, atau ambil peduli.

Namun, satu perkara yang agak mendukacitakan, adalah, bila tiba sahaja bulan Ramadhan, maka surau dan masjid akan penuh sehingga melimpah ruah keluar dari bangunan, bagi jemaah yang akan mengerjakan amalan solat Tarawikh, tetapi selesai sahaja 10 hari pertama, maka jumlah jemaah akan berkurangan atau semakin susut.


Setiap hari ada sahaja orang perseorangan, berkumpulan atau syarikat, yang akan menyediakan jamuan selepas solat Tarawikh, tetapi disebabkan jumlah jemaah yang semakin berkurangan selepas 10 hari pertama bulan Ramadhan, maka akan terjadi PEMBAZIRAN makanan yang tidak diambil atau dimakan, saya sendiri secara peribadi, pernah bertugas dibeberapa buah surau dan masjid, mendapati hal yang sama berulang saban tahun, hingga pernah pegawai pentadbir masjid, memberikan beberapa bungkusan berisi makanan untuk dibawa pulang, namun saya terpaksa menolaknya, kerana jika saya ambil “rezeki” itu, maka apa akan terjadi kepada makanan yang ada dirumah ?

Sewajarnya perkara ini difirkirkan oleh semua pihak.

Wednesday, September 13, 2006

TELOR HARAM

Sebuah cerita yang saya perolehi (dari emel), yang boleh dikongsi bersama.

Ceritanya This week, aku ade pegi Kpg Melayu Subang. Kami melawat premis sebuah syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kpg Melayu Subang. Untuk makluman, depa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari "farm" dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan "perniagaan" iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Findings
Apa yang menariknya?


Kami dapati senarai pelangggannya meliputi kedai makan chinese, restoran mamak dan restoran melayu. Distribution depa menganjur dari Sg. Buloh sampailah ke Shah Alam. Apa yang lagi menarik? Ya... best betul tengok beberapa ekor anjing bergelimpangan tidur mungkin penat kot malam tadi depa sentri jaga gudang) dicelah-celah kawanan telur tersebut....


Kesimpulan Aku rasa loya nak makan kat kedai....kedai makanan termasuk Shah Alam pun ade yang ambil dari pemborong ni... emmm sedapnya sehingga menjilat siku.... Orang boleh kata, la... bila kita makan roti telur ke, lauk telur ke, kan telur tu tak payah sembelih...lagipun mana nampak najis? Taknampak PONNNNN !!!! So, apa ada hal!






PenutupDulu aku sensitif pasal kes

1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh)

Kini tambah lagi satu...
3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing... emmm.. Goring pon sodap! Kawan aku merangkap jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu...

Jawapan owner: Tarak!!! Ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi..... Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story
Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan. Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makanterserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya... disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibelidipasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL "LOGO" HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKANORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA....

Selepas sahaja saya mendapat emel diatas, saya telah berjumpa dengan dengan beberapa orang rakan yang menjadi pendakwah bebas, untuk mendapatkan pendapat dan penjelasan dari mereka berhubung dengan perkara diatas, berpandukan kaedah hukum syara'.

Disini, saya hanya akan perturunkan beberapa komen atau hujjah yang boleh dijadikan renungan bersama:

1 - Semua perkara pada asasnya adalah harus untuk dilakukan oleh umat manusia, khususnya umat Islam, khususnya dalam soal makan minum, hinggalah turunnya ayat atau hadith yang melarang kita melakukan sesuatu.

2 - Apabila sesuatu berita itu datang kepada kita, hendaklah kita menyiasatnya terlebih dahulu.

3 - Hendaklah kita melihat sesuatu itu dengan "mata kepala sendiri", barulah kita boleh membuat satu keputusan itu dengan tepat, dan berpandukan kepada kaedah hukum syara'.

4 - Sesuatu keputusan itu, selain dari melihat sendiri, juga hendaklah berpandukan kepada pengumuman atau fatwa dari pihak berkuasa, khususnya Jakim (sekadar contoh).

Baiklah, kalau kita mendengar dan melihat selama ini, dimana - mana sahaja, persoalan sebegini, sememangnya mengundang keresahan kepada umat Islam, namun kita juga hendaklah bersikap rasional (pemikiran) dalam menghadapi kemelut ini, dengan syarat tidak lari dari hukum dalam Islam.

Apabila saya membaca emel tersebut, saya tidak mendapat lebih banyak maklumat yang boleh menyokong antara satu sama lain, umpamanya, seperti nama kilang atau premis tersebut, siapakah pemilik atau empunya kilang (atau stor simpanan tersebut), siapakah yang merakamkan gambar dan menghantar emel tersebut (perlu diingat, pada hari ini terlalu banyak emel yang bersifat propaganda dan provokasi yang dihantar oleh "entah siapa"), adakah "penghantar" (atau penyiasat bebas), itu telah membuat laporan kepada pihak berkuasa, khususnya JAKIM, dimana "telur" itu dihantar, apakah produk "telur" itu hanya ditempatkan sementara (transit), di premis itu, atau akan melalui proses pembungkusan terakhir ?, dan terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab atau diperjelaskan lagi.

Tentang sesuatu produk itu, dari segi kesucian, kita ambil contoh, adakah kita yakin, yang produk itu "tidak disentuh" oleh mana - mana anjing, yang terdapat disesebuah kilang itu (kerana kebanyakan kilang, akan terdapat pemilik yang memang "membela" beberapa ekor anjing, untuk menjaga kawasan sekitar atau atas faktor yang tuan pemilik sahaja yang maklum, dan semua orang juga maklum tentang hal ini), dan adakah juga pekerja yang bukan Islan (yang makan daging babi), tidak "menyentuh" produk itu ?. Melainkan kilang yang mengamalkan standard ISO. Jadi rasionalnya ialah, kita kena "melihat dengan mata kepala" sendiri, bila berhadapan dengan perkara seperti ini.

Kita masih mempunyai cara untuk mengelakkan dari "terambil" produk seperti ini, bukankah, terdapat banyak produk yang sama dijual dipasaraya, yang mengikut standard ISO, seperti produk yang mempunyai pembungkusan yang kemas dan disahkan kandungannya adalah HALAL oleh JAKIM ?

Seterusnya, tentang emel berkenaan, yang mana "orang itu" menyatakan rasa mual untk makan direstoran mamak, saya merasakan bahawa ini juga ada jalan keluar yang paling mudah, iaitiu - elakkan dari makan diluar, kerana, bukan sahaja makanan yang dimakan diragui kebersihannya, malahan, persekitarannya juga banyak yang boleh dipersoalkan.

Dan didalam Islam juga, andainya timbul syak atau keraguan yang jelas, maka adalah lebih baik dan afdal untuk ditinggalkan sahaja.

Namun, dalam masa yang sama juga, kita sebagai pengguna Islam yang arif, hendaklah menjalankan tugas "fardhu kifayah" ini dengan lebih berkesan dan bijaksana, dan sentiasa berkerjasama dan berganding bahu dengan pihak berwajib, khususnya JAKIM, (kerana masyarakat sedia maklum, JAKIM tidak mempunyai pegawai penguatkuasa yang mencukupi apatah lagi untuk membuat pemantauan yang kerap), maaf, saya bukan bercakap untuk membela JAKIM, tetapi apa yang saya cuba utarakan adalah sikap kita sebagai umat Islam, yang sewajarnya berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani permasalahan seperti ini.

Islam adalah agama yang sentiasa relevan dengan kehidupan manusia, dan sentiasa sesuai dengan setiap zaman.



Monday, September 11, 2006

YAHUDI dan ZIONIS

BUKU Yahudi, Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil, karya Wan Mohamad Ridzuan Wan Mokhtar mengupas tentang perwatakan bangsa Yahudi yang terkenal dengan bangsa yang sombong, licik, pendusta, pembunuh, zalim dan sebagainya.


Tiada Israel tanpa zionisme dan tiada zionisme tanpa bangsa Yahudi. Yang pasti mereka akhirnya tetap disatukan di bumi yang dijanjikan iaitu Bumi Palestin. Untuk membongkar pembohongan dan akhlak buruk mereka, buku yang dilengkapi dalil daripada al-Quran, hadis, Taurat dan Injil.

Sebuah buku ilmiah, yang sewajarnya dimiliki oleh setiap pembaca tanpa mengira agama dan bangsa. Kerana setiap manusia yang mempunyai sifat INSAN, merasakan perlu untuk hidup dalam suasana aman, damai dan harmoni, sebagai contoh, Negara kita Malaysia, dimana setiap orang, dari pelbagai agama, bangsa, kaum dan keturunan dapat hidup dalam suasana aman, damai, rukun dan harmoni.

Namun, sebagai umat Islam, dimana juga kita berada, sikap kita adalah jelas, kita menolak kezaliman dan keganasan !. Maka adalah sewajarnya sebagai menunjukkan solidariti dan perpaduan dikalangan UMMAH, maka kita mesti menunjukkan sikap kita sebagai ummat yang bersatu dalam menghadapi ZIONIS, kita munkin gentar untuk memikul senjata, kita mungkin terasa mereka yang dizalimi itu terlalu jauh dari bumi bertuah ini, untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, namun kita mempunyai satu lagi cara yang paling berkesan, iaitu DO'A, sebagai "senjata mukmin yang paling ampuh", kerana bersesuaian dengan ayat yang berbunyi "hablum minAllah, hablum minnannas".

Selain dari DO'A, yang kita panjatkan kehadrat Illahi, kita juga tidak terlepas dari konsep "hablum minannas", iaitu "hubungan" kita dengan manusia, maka, dengan usaha yang sedikit dari seorang yang mengucap dua kalimah syahadah, maka sewajarnya kita mengambil usaha dengan MEMBOIKOT, seluruh produk keluaran ZIONIS, bak kata seorang teman, "kita tak akan mati, kalau kita tak ambil barangan puak - puak zionis ini" !
Seperti perkataan yang tertera pada gambar dibawah: BERAPA RAMAI LAGI YANG AKAN MATI, BARU ANDA MAHU BERTINDAK ?

Friday, September 08, 2006

NAZAM BERKASIH

Pandang-pandang hati terkenang
Tidur malam wajah terbayang
Renung-renung hati keliru
Siapakah di hatimu

Jeling-jeling mahu memandang
Dua mata bertentang mata
Harap-harap pula bertemu
Bimbang nanti resah menunggu

Lama-lama.....lama apa
Lama rindu....pada siapa
Pada teruna idaman

Rasa resah.....resah apa
Rasa pilu....bikin apa
Hai dia buat tak tahu

Jauh-jauh.....jauh apa
Jauh hati.....hati siapa
Hati kita yang terluka

Rasa resah.....resah apa
Rasa malu.....bikin apa
Tangan bertepuk sebelah

Dapatkah kuinginkan
Hatimu dan hatiku
Berpadu jadi satu

Jauh-jauh orang berpesan
Yang di sana senang merindu
Harap-harap masa terluang
Ada waktu ingin bertemu

Jauh-jauh menyemai padi
Tidak lalang tumbuh sebendang
Harap-harap kasih menjadi
Dua jiwa berpasangan

Cintaku cintamu suci berpadu
Rinduku rindumu mekar menjadi satu
Dua jiwa berpasangan
Dua cinta berpautan
Senandungkanlah irama cinta suci

Thursday, September 07, 2006

ANAK - ANAK ADALAH HARTA

Gambar seorang "adik baru" dikelilingi oleh abang dan kakaknya, gambar diambil sewaktu ibunya masih dalam pantang, ya, masih dalam "hari" lagi.

Hadiah yang diterima dari syarikat tempat aku bertugas, disebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, menghiasi latar belakang gambar, bukan hadiah jadi ukuran tetapi pemberian ikhlas dari teman - teman sepejabat yang akan dikenang.

Inilah anak - anak aku (lima orang semuanya), inilah "harta" aku didunia, yang begitu bermakna dan begitu bernilai disisiku dan isteri.
Dari kiri: Muhammad Habibullah (anak ketiga), Muhammad Amir Uzair (anak kedua), Muhammad Fakhrurrazi (anak pertama), Haura Fawatim (anak keempat - puteri), dan adik mereka - Adam Muhammad Behjad (anak kelima).

Tahun ini, anak pertama akan menghadapi peperiksaan UPSR, (sewaktu n3 ini dipostingkan), beliau sudahpun habis menduduki peperiksaan, sewaktu diambil pulang dari sekolah oleh atuknya, dia tersenyum riang, bila sampai dirumah, isteriku menyambut kepulangan puteranya yang sulung ini dirumah, isteriku melaporkan, "bang, masa dia balik tadi, dari dalam kereta, dia menjerit "merdeka"!!! ...", aku hanya tersenyum, mengenangkan anakku yang sulung ini.

Setiap seorang ada perangai masing - masing, mereka begitu riang ria, tetapi ada ketikanya, memang memeningkan kepalaku, namun aku bahagia.

Ketika ini Adam Muhammad Behjad, telahpun berusia 7 bulan, rasa terhibur, setiap kali pulang dari pejabat, dialah yang pertama menegurku, meminta untuk didukung, badan rasa penat, tetapi entah kenapa, bila terlihat wajah anak yang comel, hilang penat.

Wednesday, September 06, 2006

PERKONGSIAN MAKLUMAT (ICT).

Beberapa hari yang lalu, aku berkesempatan meluangkan masa ke beberapa buah syarikat, untuk bertemu dengan kenalan yang bertugas disana, sewaktu kunjungan itu, aku begitu kagum dengan beberapa teknologi ICT yang digunakan disana, dan InsyaAllah, bermula dari hari ini aku akan cuba untuk menerangkan tentang beberapa perkara yang berhubung dengan sistem yang digunapakai, semoga memberi manfaat kepada semua pengunjung Blog ini.

Terus - terang, aku bukan dari jurusan komputer, apatah lagi menjurus dalam dunia ICT, namun, kehidupan kita pada hari ini yang memerlukan dan menghendaki seseorang itu supaya, sekurang - kurangnya memahami kepelbagaian penggunaan komputer, menyebabkan, mahu atau tidak, kita terpaksa akur dengan perkembangan teknologi terkini.

Satu dari maklumat yang aku perolehi, hasil dari lawatan tersebut, ialah, dimana apabila seseorang staff atau kakitangan itu memohon cuti, maka tiada kertas atau borang cuti, yang perlu diisi, seperti yang menjadi kelaziman atau praktis untuk dipenuhi.

Hanya dengan menekan butang pada papan kekunci, dengan maklumat yang diperlukan, dan kemudian "hantar" (submitt), bukan sahaja Penyelia, atau Pegawai Operasi, yang akan mengetahui tentang "Permohonan Cuti", malah, Pegawai dibahagian Pengurusan SumberManusia, juga akan mengetahui dengan cepat, dan akan terus dikemaskini.

Kemudian, dalam tempoh beberapa jam (setelah diteliti), akan permohonan tersebut, maka Pegawai yang bertanggungjawab akan memberi maklumbalas, samada permohonan itu"Diluluskan atau Tidak", dan maklumbalas itu akan juga diketahui oleh mereka yang bertugas dalam shift yang sama, atau dalam kumpulan yang sama.

Seperkara yang menarik ialah, sewaktu maklumbalas diterima oleh "si pemohon", terdapat carta (atau kalendar), yang telah direkodkan, iaitu, sebagai contoh, jumlah cuti yang layak, jumlah cuti yang telah diambil, dan baki cuti, serta sebab cuti diambil. Tetapi maklumat tentang perkara ini akan hanya dapat dilihat oleh "si pemohon" dengan menggunakan"kata laluannya sendiri".

Bukankah ini penting dan berguna untuk semua, tetapi aku kurang pasti dengan KOS pembuatan dan penyelenggaraanya.

Ya, inipun sekadar maklumat untuk dikongsi bersama.

Tuesday, September 05, 2006

Petikan dari The STAR

Dipetik dari THE STAR - 26 February 2006.Telling tales in Malay The sales figures, the increasing metres of shelving in large bookstores, the ardent fans ? they all add up to the fact that Malay popular fiction is flourishing, reports DZIREENA MAHADZIR.

YOU know The Da Vinci Code by Dan Brown? That persistently best-selling novel that has been on local best-seller lists for more than a year? Last year, just one Malaysian shop, the Kinokuniya Bookstore in KLCC, sold 10,000 copies of it. That’s an amazing figure, we are told, because bookshop managers get excited about selling 50 copies of an English language title.

When it comes to Malay titles, however ? Sharifah Abu Salem sold 70,000 copies of her novel, Pesona Rindu (Enchantment of Longing), last year. And she had company: Sepi Tanpa Cinta (Lonely Without Love) by Damya Hanna also sold 70,000.In fact, in little more than half a decade, just one publisher of Malay novels, Alaf 21, has sold more than half a million copies of seven titles, including Sharifah and Damya’s books:

Ten years ago, the large bookstores didn’t carry popular Malay fiction – now, their shelves groan under the weight of an impressive number of titles. – Photo by RICKY LAI Tak Seindah Mimpi (Never As Wonderful As a Dream) by Sharifah Abu Salem sold 70,000 copies in 2000; Kau Untukku (You Were Meant For Me) by Aisya Sofea, 80,000 in 2001; Kau Yang Satu (You Are the Only One) by Nia Azalea, 75,000 in 2002; Bicara Hati (Discussions of the Heart) by Damya Hanna, 100,000 in 2003;Sehangat Asmara (In the Heat of Love) by Aisya Sofea, 70,000 in 2003; Pesona Rindu (Enchantment of Longing) by Sharifah Abu Salem, 70,000 in 2004; and Sepi Tanpa Cinta (Lonely Without Love) by Damya Hanna, 70,000 in 2004. Welcome to the exciting, not to mention growing-in-leaps-and-bounds, world of Malay novels.

I was quite amazed when I ventured into this realm. I met Mohd Feroz, who buys at least 50 novels a year, and Raja Azlina Shaharin, who has been an avid reader since secondary school, and newbie Normala Shahidan, who was recently introduced to these books and now devours them every free moment she has.

Such fans are the lifeblood of the Malay fiction publishing industry, which has grown tremendously in just a decade, says Norden Mohamed, general manager of Alaf 21. “I can’t give you exact statistics about the industry but you can see in the big bookstores today that there are Bahasa Malaysia sections.

Ten years ago, there weren’t.“And one of our December releases, Adam & Hawa (by Aisya Sofea), sold out its first print run of 30,000 copies within a week! To date, 50,000 copies have been sold,” says Norden, pride evident in his voice. “One can also see how lucrative this area of publishing is by the number of publishers of general titles or even school books that are jumping on the bandwagon by putting out novels,” he adds.Indeed, this is a field that's lucrative enough for more and more writers to make a living entirely from it, says Norden.“Some of them (writers) finance their studies with the royalties they receive. They even buy cars for their parents and are well-known among the Pusat Zakat staff for paying hefty tithes.”

The language

I must admit I didn’t see the attraction when I first began researching this story. Having read English language novels all my life, I was rather alarmed when I realised I would have to wade through a Malay novel. I flashed back to Malay Lit classes when I had to struggle with the beautiful but utterly flowery Bahasa Sastera. And I imagined all the words that must have been added to the very formal Bahasa Melayu I had studied a decade ago ? I mean, who wants to read a novel with dictionary in hand!

But I was pleasantly surprised when I picked up Bagaikan Puteri (Like a Princess) by Ramlee Awang Murshid – no flowery language in sight (see ‘Positively swoon inducing’ next page). This, by the way, is common to most of Alaf 21’s titles, despite the suspiciously flowery names of the books!This is due to an industry-changing decision made about a decade ago. Alaf 21, one of the biggest and most influential Malay novel publishers in the business (the other big player is Creative Media), decided to begin using everyday language in their books.“In 1997, we decided to use bahasa suratkhabar (casual newspaper language) rather than bahasa sastera (the more formal language of literature), which had, until then, been the standard in novels,” says Norden.Norden Mohamed “We were actually the first to do so.

We use common words, those used by the man in the street, because he is the one who is going to read our books.”? I mean, who wants to read a novel with dictionary in hand!But I was pleasantly surprised when I picked up Bagaikan Puteri (Like a Princess) by Ramlee Awang Murshid – no flowery language in sight (see ‘Positively swoon inducing’ next page). This, by the way, is common to most of Alaf 21’s titles, despite the suspiciously flowery names of the books!
This is due to an industry-changing decision made about a decade ago. Alaf 21, one of the biggest and most influential Malay novel publishers in the business (the other big player is Creative Media), decided to begin using everyday language in their books.

“In 1997, we decided to use bahasa suratkhabar (casual newspaper language) rather than bahasa sastera (the more formal language of literature), which had, until then, been the standard in novels,” says Norden. Norden Mohamed “We were actually the first to do so. We use common words, those used by the man in the street, because he is the one who is going to read our books.”

The content

Judging by the figures, the use of bahasa suratkhabar is a hit with readers. But what of the stories that language tells? What sort of stories do the fans like?Firstly, while romance seems to be the genre of choice – check out the titles on the best-seller list provide by MPH (above right) – there are other genres, like thrillers, sci-fi and historical novels, though even within those genres there are usually elements of romance.How the romance is played out in Malay novels is quite different from most English language romance fiction.

In Malay fiction, in keeping with our culture, passion is restrained to eyes meeting, and love is seen as something more emotional than physical. And you don’t declare love in an unseemly manner: bahasa suratkhabar or not, when a character declares his love, he does it poetically.Religion, good values and love are all tied up together, and this strongly influences the overall flavour of the stories.Because of all these elements, 50-novels-a-year Mohd Feroz says he can learn many things from these books.

He is particularly attracted to novels written by Sharifah Abu Saleem dan Ramlee Awang Murshid because they deal with social and familial issues, and they don’t shy away from portraying real emotion.

“Today’s novels are able to fulfill the needs and taste of our time. I am attracted to genres that can provoke critical thinking, that provide knowledge of family issues and experience in dealing with conflicts.“From these novels, I also get to know a lot about current events.”And there are nuances among all those romances, too. Raja Azlina, for instance, says she likes novels that deal with family and marital issues but that, “You know, the stories that deal with falling in love, especially those that are set on campus, those are a bit too young for me.”

Newbie Normala doesn’t mind romance, but the books have to deal with subjects “like family issues and marriage as well and not just concentrate on people falling in love”.
Normala and Raja Azlina both enjoy the works of Norhayati Berahim.Says Normala, “I can relate to her topics.

I’m married and as her plots tend to revolve around married couples with ‘third party’ problems, you can learn a lot from her books – you can read about all the tricks used by these cheating parties and pick up tips on handling them!” Women turning to novels for advice on their love lives, eh? That’s a sure sign that Malay fiction is making a very real connection with its readers.

Our writers of Malay fiction have nothing to fear from the Dan Browns of the world?.

TOMBIRUO adalah SEGALANYA ...

Inilah emel dariku yang pertama, tersiar dalam Laman Web ALAF21, diruangan emel minggu ini, sesungguhnya, ini juga adalah novel berbahasa Melayu yang pertama kubaca, setelah hampir 20 tahun tidak membaca novel dalam bahasa Malaysia, dan kerana novel TOMBIRUO inilah juga persepsiku terhadap novel dan kehidupanku turut berubah.


EMEL1
razi zairKlang,
Selangor

BERHENTI MENGUMPAT KERANA NOVEL

Pertamanya ingin saya ucapkan TERIMA KASIH daun keladi kepada pihak Alaf 21, kerana menerbitkan novel dan bahan bacaan lain yang nyata berkualiti. Keduanya saya berani nyatakan bahawa bermula dari saat saya mula membaca novel TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid (rutin dan suasana kehidupan saya sekeluarga turut berubah).

Segalanya bermula bila saya selesai menjalankan urusan memperbaharui pasport di Wisma PKNS - Shah Alam (dua bulan yang lalu), lalu saya singgah di sebuah kedai buku untuk membeli beberapa keperluan untuk persekolahan anak saya. Sewaktu dalam pencarian buku-buku sekolah itulah tiba-tiba saya terpandang novel yang bertajuk "TOMBIRUO" di atas rak buku ~ novel Melayu.

Sekali pandang pada tajuknya sahaja hati saya terus berkata 'hai pelik tajuknya?’ Lantas saya mengambil novel itu dan membelek muka depan dan membaca sinopsis ... 'ermmm....really interesting story!' (buat pengetahuan pihak Alaf 21, selama ini saya tidak pernah membeli mahupun membaca novel berbahasa Melayu, walaupun saya dari golongan orang yang kuat membaca, kerana saya memandang rendah akan novel berbahasa Melayu kerana anggapan saya semua novel berbahasa Melayu tidak lari dari konsep yang sama n dari dulu... cinta, cinta, cinta, cinta dipermainkan, dikecewakan dan yang sewaktu dengannya), akhirnya kerana tertarik dengan "TOMBIRUO" inilah saya gagahkan juga untuk membelinya.

Namun, bila saya sampai di rumah, memang ramalan saya tepat, isteri saya dengan sinis bertanya ... "abang beli novel ?" Saya hanya menjawab acuh tak acuh je, "erm!”

Kebetulan hari itu hari Sabtu, jadi masa rehat saya selepas solat zohor, maka bermulalah satu lagi episod dalam kehidupan saya sekeluarga ...saya mula membaca novel "TOMBIRUO", dari sehelai ke helaian seterusnya saya baca penuh minat ....hingga tanpa saya sedari, anak saya merengek nak ajak main badminton ...ya rabbi ....dah pukul 5 petang ???, "sekejap ya sayang ...abah nak baca sikit je lagi" ....bila terkenangkan saat itulah saya sering tersenyum sendirian.


Kini, apa yang saya maksudkan dengan suasana kehidupan saya telah berubah ialah:

1 - Diwaktu lapang kami sekeluarga akan bersama - sama membaca (sebab bila anak melihat ibu dan bapa mereka membaca novel, maka mereka juga akan terikut - ikut untuk membaca buku cerita), dan anak saya yang pertama di tahun lima telah berkata kepada saya dengan nada geram .... "nanti abang pun nak baca buku yang tebal - tebal" ...

2 - Kalau dulu saya bersikap penyayang dengan isteri, sekarang kami lebih"romantis", gara - gara membaca dan menghayati hasil tulisan Sharifah Abu Salem dan Sri Diah.

3 - Kalau dulu waktu rehat di pejabat, kalau tidak "mengumpat dan mengata" (ingat: orang lelaki pun kuat mengata gak ...), kami akan melayari internet, tapi sekarang sayalah satu - satunya staff yang menghabiskan waktu rehat dengan membaca novel ....punya "khusyuk giler" ....mulanya agak malu sebab almaklumlah usia dah nak mencecah 40'an, lelaki pulak tu ...baca novel lagi .....(nak buat macamana walaupun dah terlewat tapi belum terlambat).

4 - Kalau dulu saya dan isteri menonton tv sampai larut malam, tapi sekarang kami membaca novel (jimat bil elektrik...).

5 - Kalau dulu bila pulang dari pejabat, terus saya berehat, .tapi sekarang saya lebih memahami jiwa seorang wanita, isteri dan "permaisuri,” biarlah kita lelaki tenaga lebih dari perempuan ~ rupa - rupanya ...nak "handle" rumahtangga bukanya mudah ...bila buat semua kerja dirumah barulah saya rasa .....ya Allah ....MEMANG PENAT + LETIH + LELAH ...bukan senang rupanya urusan rumahtangga ! (kalau ada lelaki kata senang, saya berani cabar!).

6 - Kalau dulu saya sering "mengejek" isteri saya bila dia menangis sebab menghayati cerita sedih di TV, "kenapalah you menangis buang air mata?, itukan berlakon, mereka dapat duit sebab berlakon", tapi sekarang saya juga tak dapat "menahan air mata" lelaki dari gugur, bila menghayati watak hasil garapan dari Sharifah Abu Salem.

5 - Kalau dulu saya memandang rendah akan novel dan novelis berbahasa Melayu, tapi sekarang pandangan "view" saya "totally change" - kemana - mana saya pergi NOVEL ALAF 21 sentiasa berada didalam kereta saya! (sekarang baru ada 26 buah novel - dan akan terus membeli dan membaca - sebab - PUAS !).

Akhir kata dari saya - kepada semua novelis berbahsa Melayu, teruskan usaha murni ANDA, kerana "Perjuangan Belum Selesai" !!!.

Tips bagi Pelupa

Tips - tips yang berguna untuk diamalkan.

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:


Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati – hati dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.


Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan


Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka - angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Monday, September 04, 2006

ANTARA DUA BLOG

"jaga dua Blog sekali, dalam satu masa ?" ...

Itulah ayat yang disebutkan oleh seorang teman, yang mengetahui, aku membuka dua Blog, satu untuk Kelab dan satu lagi untuk diri sendiri.

Apakah satu perkara yang ajaib atau pelik ?

Rasanya TIDAK, malah aku merasakan, satu kelebihan bila mempunyai dua Blog. Bukankah ini juga adalah satu tanggungjawab untuk dipenuhi sebagai warganegara. Sebenarnya, Blog Kelab adalah Blog rasmi buat Peminat Novel ALAF21, atau ALAF21 FC, dan mempunyai dasar serta matlamat dan agenda yang tersendiri, manakala Blog ini (Blog Abang Long), adalah lebih kepada Blog PERSENDIRIAN, yang mana aku lebih bebas untuk bersuara dan menyatakan sesuatu yang berada di luar dari lingkungan serta dasar dan halatuju Kelab.

Seperkara lagi, Blog Kelab hanya akan menyiarkan bahan atau berita RASMI tentang sesuatu novel, misalannya, atau sebagai Penyokong kepada ALAF21. Manakala Blog Abang Long, adalah lebih bebas tanpa terikat kepada mana - mana pihak, tetapi dalam masa yang sama akan terus memberikan sokongan kepada ALAF21 dan Kelab itu sendiri.

Dari satu sudut yang lain, Blog Kelab mempunyai Editornya yang tersendiri, dimana, katakan aku mempunyai bahan berita, maka sebelum disiarkan secara rasmi, maka saudara Roslan, yang bertugas sebagai Pentadbir Blog, akan mengedit dan menambah baik yang mana perlu sebelum disiarkan, jadi dalam hal ini, aku sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab yang berat kepada Blog Kelab sendiri.

Sekarang, baru terasa minda aku telah "dicas" semula, setelah beberapa tahun tidak aktif dalam dunia Blog. Kerana sememangnya bukan mudah untuk memikirkan apa yang perlu ditulis dan disiarkan dalam Blog, kerana masyarakat pada hari ini telah jauh kehadapan dalam pelbagai lapangan ilmu, jadi bahan untuk disiarkan juga memerlukan sumber terkini, relevan, dan hujjah yang kuat.

Apapun, terserah kepada pengunjung Blog ini yang lebih arif dalam sesuatu perkara.
Sekian. Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Lawatan ke KARANGKRAF & ALAF 21

30hb Ogos yang baru lalu, saya berserta AHLI Kelab Peminat Novel ALAF21 (ALAF21 FC), telah membuat lawatan Rasmi yang pertama ke KARANGKRAF dan ALAF 21. Terlalu banyak pengalaman yang ditimba dan banyak maklumat yang diperolehi sewaktu lawatan tersebut.

Inilah lawatan yang pertama ke sebuah syarikat penerbitan dan percetakan yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra, suatu yang membanggakan bukan sahaja oleh diri saya sendiri, tetapi juga oleh para peserta yang lain.

Para peserta merasa teruja kerana Novelis dan Chef yang terkenal, dengan novel dan buku masakannya iaitu Puan Norzailina Nordin, juga turut serta dalam program lawatan tersebut, ini yang dikatakan "teman tapi mesra" (Terima Kasih kepada Kak Lina, kerana sentiasa aktif dalam program Kelab).

Kedatangan kami disambut oleh Sri Diah (novelis dan Editor Kumpulan KKSB, yang telah menunggu di cafeteria KKSB, kemudian muncul pula kekanda Richie Rachman (novelis), dengan roman wajah yang manis tetapi “macho” begitu.

Suasana pagi cukup ceria, apatah lagi dengan kemunculan Richie Rachman, yang memang terkenal dengan perwatakannya yang sentiasa ceria (beliau juga berkebolehan sebagai emcee majlis), kami tidak kering gusi dengan gaya beliau bercerita @ berceloteh, juga suatu “diluar dugaan”, dimana ramai yang meminta beliau untuk menurunkan tandatangan, disamping untuk bergambar.

Usai sahaja mengambil sarapan yang disediakan oleh pihak KKSB, maka sessi lawatan pun bermula, dengan sedikit penerangan di bahagian kaunter sambutan, yang menerangkan tentang majalah yang diterbitkan oleh KKSB.

Kemudian, dengan perasaan “berdebar”, maka kami pun memasuki “zon” berita, ramai yang “terpukau” dengan kawasan @ zon tersebut, begitu ramai staff yang bertugas, dan begitu luas kawasannya, hingga ada peserta yang berkata “mak oiiii …. luasnya, tempat kerja saya punyalah comel je …”.

Dari satu bahagian ke bahagian lainnya, kami dibawa sambil diberi penerangan oleh En. Hashim, ada bahagian yang “sunyi sepi” (umpamanya kawasan fotografi), ada pula kawasan yang terlalu bising (itulah kawasan percetakan), hingga saya sendiri, tidak dapat mendengar apa yang cuba diberitahu oleh En. Hashim.

Disebabkan oleh kecanggihan peralatan mesin disana, hingga ada peserta yang mengambil gambar apa sahaja yang kelihatan didepan mata, ada yang mengambil gambar “gulungan kertas” yang masih belum digunakan, ada yang mengambil gambar “mesin pencetak” dan ada juga yang mengambil gambar “pintu” bahagian studio gambar.


Tetapi, yang paling berharga dari lawatan itu, tentulah, bilamana, peserta lawatan pada hari tersebut, adalah “orang luar” yang pertama, melihat majalah Media Hiburan, yang menampilkan foto maljis perkahwinan CT & Datuk K, dimana majalah tersebut, masih berada didalam kawasan percetakan, dan belum dibawa keluar untuk dipasarkan, namun ada juga yang merasa sedikit terkilan, kerana kami tidak dapat membeli majalah tersebut di sana, kalau tidak, sudah tentulah kami “boleh tayang” pada rakan – rakan ahli kelab yang lain, kerana sekurang – kurangnya, inilah “kelebihan” menjadi AHLI Kelab.

Akhir lawatan, peserta mengambil kesempatan untuk membeli sedikit bahan bacaan dari Kedai Buku Hj. Yaccob, yang berada didalam bangunan yang sama, sebelum majlis berakhir, peserta diberikan “hadiah” atau “cenderahati”, yang berupa majalah keluaran KKSB.

Lawatan belum berakhir lagi … dalam riak – riak rintis hujan yang belum teduh, peserta meneruskan lawatan ke ALAF 21 pula.

Kedatangan kami disambut mesra oleh Kak Wan, Rubiah dan Molee, serta staff ALAF 21 yang lain, kami terus dibawa ke Bilik Mesyuarat, dimana, majlis penerangan diberikan oleh Pengurus Besar ALAF 21 sendiri, iaitu En. Norden.

Dalam majlis yang tersebut, kami diberikan penerangan tentang ALAF 21 dan proses penerbitan novel, serta apakah perancangan masa hadapan oleh ALAF 21.

Juga dimajlis yang sama, kami dimaklumkan tentang perkembangan dan “berita terkini”, yang masih belum diwar – warkan dimana – mana jua, kepada anda sekalian, tunggu “berita” tersebut yang akan dihebahkan tidak lama lagi.

Usai majlis penerangan, peserta diberi peluang untuk bertanya soalan (ini adalah peluang yang cukup berharga), dimana peserta berpeluang untuk bertanya secara terus (live), dengan Pengurus Besar ALAF21, namun, saya merasakan perkara ini perlu diperbaiki dimasa hadapan, dimana peserta seolah – olah tidak mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan untuk bertanyakan sebarang soalan.

Lawatan kami diteruskan, dimana kami dibawa ke bahagian pengeditan, dan reka bentuk grafik, ramai yang teruja, dimana, akhirnya, peserta dapat bertemu secara langsung, dengan “insan” yang bertugas dibalik tabir, “pembikinan” sesebuah NOVEL.

Akhirnya, peserta dapat mengenal “wajah”, yang selama ini “berselindung” dialam siber, khususnya Laman Web, tidak lain, tidak bukan …. “molee, fairu, dan pijat”.

Sessi akhir lawatan ke ALAF21 ialah sessi yang ditunggu – tunggu, dimana peserta dibawa ke Kedai Buku ALAF21, kali ini, jelas kelihatan peserta tidak menunggu lagi, apabila diumumkan sahaja oleh En. Norden tentang diskaun (? Bab ini rahsia), maka peserta terus mencapai novel yang diingini (diimpikan selama ini).

Sewaktu “memborong” novel itulah, peserta akhirnya mengetahui, milik siapakah “wajah gadis” disebalik novel Bagaikan Puteri, garapan Ramlee Awang Murshid.

Keseluruhan program ini, menampakkan sesutau yang mengembirakan, dimana ramai peserta yang begitu teruja dengan apa yang mereka alami sendiri, hingga ada yang bertanyakan, bila Kelab akan mengadakan lagi program seperti ini, yang saya jawab adalah, 3 tahun lagi.
Abang Long