Nenek Singapore.
Hampir 10 tahun tidak bertemu. Akhirnya, petang semalam, sewaktu pulang dari mengambil anak dari sekolah. Aku mendapat sms dari kakak saudara yang tinggal di Sri Hartamas, memaklumkan yang ibubapa saudara kini sedang berada di KL.
Tanpa berlengah, selepas berbincang dengan isteri. Kami terus bersiap. Usai solat Maghrib, kami terus bertolak ke Sri Hartamas.
Pertemuan yang benar - benar terasa syahdu. Terasa sebesar nikmat apabila dapat bertemu dengan kedua ibu bapa saudara yang datang dari Singapura. Bukan mudah untuk aku menjejakkan kaki ke Singapura akibat dari pelbagai ujian yang melanda. Dan kini, Allah permudahkan urusan. Bilamana ibu dan bapa saudara yang menetap di Singapura dibawa oleh anaknya untuk tinggal beberapa hari di KL.
Barulah anak aku tahu kisah sejarah apabila aku menerangkan cerita atau kisah lampau. Dimana, dirumah ibu dan bapa saudara aku inilah aku dilahirkan, iaitu di - Jalan Ubi off Jalan Nanas, Geylang, Singapura. Kisah permulaan hidup aku - lebih 40 tahun yang lalu.
Sesungguhnya, ayah saudara aku yang dipanggil Abah Mid (Abdul Hamid), yang sedang uzur tidak dapat menahan sebak apabila kami bertemu. Air matanya bergenang apabila aku mencium tangannya dan memeluk erat tubuhnya yang benar - benar uzur. Beliau menghadapi masalah kesihatan akibat katarak dibahagian mata.
Semalam, aku berbual rancak dengan ibu saudara (Hajjah Maimunah Binti Abdul Hamid). Aku banyak bertanya tentang asal usul keturunan kami. Aku berharap sangat untuk bertemu lagi bagi membicarakan soal leluhur keluarga. Kerana, aku bimbang jika sekiranya generasi emas ini pergi buat selama - lamanya. Maka, aku tidak pasti, siapa lagi yang mampu untuk menceritakan kisah sejarah lampau yang memakan usia ratusan tahun.
Malam tadi kami dijamu dengan - BEEHON GORENG SINGAPORE. Terasa begitu enak sekali, masakan yang tidak menggunakan minyak yang banyak. Aku sendiri makan bertambah. Terasa begitu nikmat makan bersama sebuah keluarga besar.
Sewaktu pulang, aku diberikan ole - ole berupa buah kurma. Isteri hanya memandang dengan senyuman, kerana dia tahu, aku memang - HANTU KURMA. Satu beg besar - Alhamdulillah.
11 comments:
Oh! Asal orang Singapura, rupanya, ya?
Pasti banyak sekali cerita menarik tatkala membesar di sana? Kongsikanlah...
Wasalam...
hantu kurma tu sama x dgn hantu durian? hehe
oooo..org Singapura....
Betul tu abg long...salasilah kluarga kena kita cr n kaji...
Sy pn br tahu rupanya arwah moyang ayah sy brasal dr Pattani n salah sorg ulama yg sebarkn Islam ke TM. Namanya ada trcatat dlm buku sejarah Islam ting 6. N byk lg kisah2 keturunan kami yg menarik prhatian sy.
Salam,
Arwah nenek chekdee pun org singapura gak..... dok kat gelang..nama dulunyer ..... dia ada kedai nasi ayam di pasar gelang..... Sekarang hanya tinggal mak saudara jer.... dah lama kami sekeluarga tak kesana......
Beehoon Goreng Singapore..kegemaranku tapi ku dah lama tak memasaknya.syahdunya pertemuan antara saudaramara di entry ini sungguh membuatkan asaya sebak.
teringat hajat seorang saudara di Singapore yang mahu membuat pertemuan ahli keluarganya tetapi dia telah dijemput Allah terlebih dahulu..
teruslah eratkan tali itu semula :)
p/s: tak leh accept, ada error. kena resend kot.
salam eid abg long....wow lapar plak dgr mi hun singapore
Alhamdulillah..... dapat juga AbangLong bermesra setelah sekian lama, ya...
Err... mata ni asyik merenung katil gergasi tu... Kalaulah Tie dapat tidor sorang2 kat situ, tentu puas berguling2, kan...hehe.. berangan sekejap!
Hantu kurma?...hehehe...macam bapak akak...kalau kat rumah tu memang tak pernah putus bekalan kurmanya...
Alhamdulillah dpt bertemu ibu saudara yang jauh...dan jarang dpt ketemu...semoga ikatan tali persaudaraan bertambah erat...
best kan pertemuaan mcm tu.. sy dapat rasakan betapa gembiranya abg long sekeluarga.. silatulrahim tetap ada walau dimana kita kan...
errrkk bihun tu... alamak.. sedap...
Sebagai Adik, kami rasa amat kecewa kerana berita kehadiran mereka ke KL tidak dimaklumkan walaupun Abg Long tahu...
Lebih mengecewakan lagi, apb 'Terlupa' dijadikan alasan sedangkan hanya ada seorang sahaja adik kandung Abg Long yg menetap di KL nie...
Harap Abg Long tak salahkan adik2 sekiranya kami 'Terlupa' pd Abg Long nanti sbb Abg Long mmg selalu 'Terlupa'kan kami semua...
Post a Comment