Tuesday, October 20, 2009

Lebaran terlajak. Bukan 30 tapi 36.


Lebaran terlajak.


Meriahnya Lebaran melebihi meriahnya Ramadan. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat. Bila ditinjau situasi yang berlaku dinegara kita Malaysia, khusunya di Pantai Barat Semenanjung.


# Gambar disebelah ialah antara novel yang dihasilkan oleh Nekchun.


Apabila aku melihat sambutan hari lebaran dinegara - negara lain. Masyarakat Islam diluar negara hanya menyambut hari lebaran cuma sehari atau dua hari sahaja. Tetapi di Malaysia, lagu raya telah berkumandang sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan lagi.


Malahan, lebih tersentak bilamana ada umat Islam yang menyatakan bahawa, disebabkan kita menjalani ibadah puasa enam hari dalam bulan Syawal. Bermakna kita perlu beraya hingga 36 hari.


Berbalik kepada kisah raya. Minggu lepas, Alhamdulillah, aku menerima jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Satu dirumah sahabat berhampiran dengan rumah aku. Dan satu lagi dirumah seorang teman penulis blog @ seorang rakan FB @ seorang Nekchun @ seorang Novelis.


Majlis yang diadakan begitu santai. Aku dan famili menjamu selera dengan suasana yang cukup selesa. Juadah yang menyelerakan. Dan anak - anak aku paling gembira. Kerana salah satu menu utama ialah coklat.


Makanan yang disediakan ialah hasil buatan Nekchun sendiri. Ringkas tapi memang menyelerakan. Namun, kami terpaksa menghadkan pengambilan makanan. Kerana, selepas jamuan di rumah Nekchun. Kami terpaksa bergegas pulang. Kerana ada satu lagi majlis di Masjid Terbuka dikampong aku.


Seperti yang diutarakan oleh seorang penceramah dalam majlis forum dan Masjid Terbuka itu. Rumah Terbuka ada ada sisi baik dan buruknya. Sebagai umat yang berilmu, utamakan Sunnah dalam setiap tindakan kita. Yang penting, jangan ada pembaziran, bukan hendak menunjuk - nunjuk dan elakkan percampuran bebas lelaki dan perempuan.


Kepada Nekchun. TERIMA KASIH atas jemputan itu. Masih terasa keenakan popiah.

9 comments:

DaliaLiyana said...

setuju....dalia bab2 makan mmg setuju..kalau leh...ade la org yg suka wat open hse..tak kisah la raya ke tak..hehehhee...

nza said...

2lh smpai trlajak lak. Kalu ikut islam yg sbnarnya raya posa cuma 1 hr je sbb tu takbir raya cuma brkumandang 1 hr je..ttp ry haji 3 hr....

Tie said...

Wah!! Beruntung dapat beraya di rumah nekcun !!

Napa tak tepek gambarnya.. Teringin gak nak tengok hidangan air tangannya, hehe.. biasa baca novelnya je..

izman said...

bestnya gi rumah terbuka. kenapa tak ajak saya sekali??

Mak Su said...

kira jamuan aje ler kot...tak kisahlah.. ornag memberi kita merasa, ek... ai loiikee

farah aminuddin said...

huhu kalau saya kat rumah raya sampai seminggu je. huhu

zara aluwi said...

Orang dah menjemput, tak sedap la kalau tak menghadirkan diri. Sambil makan, sambil dapat beramah mesra dengan tetamu yang lain.

atty's said...

aty raya tahun ni tak meriah sgt..ramai umah kawan dan open house tak dpt dtg..ngn anak exam pmr..ngn kenduri kawin sana sini ..

Tabib Haji Norjae said...

Terlajak ? Hehehe