Ilmu baru. Dari komputer ke Mesin rumput.
Dahulu, setiap kali aku melihat orang yang melakukan kerja memotong rumput. Aku terfikir, mudahnya kerja mereka. Hanya yang aku tak boleh tahan ialah bunyi dengung mesin pemotong rumput yang begitu bising dan bingit.
Rupanya, menggunakan mesin rumput juga terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari. Jenis rumput yang hendak dipotong, waktu paling sesuai dan selesa untuk dipotong, cara dan gaya hendak memotong rumput.
Itu belum termasuk lagi, luas kawasan, kawasan 'siapa,' penjagaan mesin dan pelbagai lagi. Juga kita tidak boleh menawarkan harga perkhidmatan kita jauh lebih rendah dari harga yang 'ditetapkan' dalam pasaran, kerana bakal mengundang risiko yang tidak sedikit.
Setakat ini, aku cuma menyewa mesin rumput dari seorang sahabat. Bila aku membuat kajian, aku dapati, harga sewa mesin rumput memang tidak masuk akal. Tetapi, biarlah. Yang penting aku perlu kerja dan mendapat ilmu.
Itu belum lagi termasuk ilmu 'terjatuh' kedalam longkang. Aku memang tahu ada longkang yang dilitupi rumput, tetapi aku tidak tahu betapa dalamnya longkang itu !
9 comments:
Selamat memotong rumput, senaman badan jugak tu sebab bergegar :)
wah dh blajar mesin rumput pulak...bagusx3!!!!!
memotong rumput pun ..leh dpt ilmu mcm2 ye abg long
hati2 abg long memotong rumput ek..keselamatan arus dijaga..
abang long,
hubby saya suka sangat potong rumput. setiap bulan ada 3 tempat yg confirm. Taska, rumah silversarina dan rumah kami!! Tak boleh lebih, dok dang...hehehe...tapi memang keluar peluh...sihat badan...saya pun tumpang sekaki, jadi tukang sapu!!
Wah,terjatuh longkang?Mesti isteri Abang Long risau kan.Kena bawa minyak angin lah lain kali tu.
Suami saya dulu rajinlah mesin rumput,dia beli sendiri,memang boleh buat senaman.
Alhamdulillah.
Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan.
Alhamdulillah.
Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan.
Alhamdulillah. Kena tabah.
Post a Comment