Thursday, October 29, 2009

Talian Hayat atau Internet ?


20 tahun VS 20 bulan.


Selama 20 tahun aku bekerja. Aku telah menghadap komputer dari pelbagai jenis. Namun, kesemuanya aku lakukan disatu tempat sahaja, iaitu didalam pejabat.


Dan selepas tidak bekerja tetap. Selama 20 bulan ini. Aku telah menggunakan komputer dipelbagai tempat. Aku pernah menggunakan komputer di rumah, didalam kedai Cyber Cafe, dirumah orang, didalam kereta, didalam tren, diatas jambatan, di Taman Tasek dan paling mengujakan aku pernah menggunakan komputer di tepian batas bendang.


Tetapi, kesemua komputer dan komputer riba yang aku gunakan dipelbagai tempat itu adalah hak milik sahabat - sahabat aku.


Tidak lama lagi. Blog ini akan mengalami nasib yang tidak menentu. Kerana kedudukan kawasan atau tempat tinggal aku di utara tanahair mengalami masalah laluan internet. Aku tidak akan menggunakan komputer riba, atas masalah kegawatan ekonomi yang memuncak. Malangnya, dikawasan tempat tinggal aku itu kelak, tiada kedai komputer, dan tidak ada langsung walaupun sebuah kedai Cyber Cafe.


Setelah difikirkan keutamaan dalam kehidupan. Aku merenung jauh. Lantas aku teringat. 30 tahun yang lalu. Aku tidak pernah 'menyentuh' komputer. Dan kehidupan tetap aman, damai dan sentosa.


Waktu lapang, aku dan rakan - rakan akan bermain bola ataupun sepak takraw. InsyaAllah tradisi itu akan dapat disambung semula.


Tetapi aku rasa, bila keadaan ekonomi aku telah pulih sepenuhnya, aku akan menyambung semula talian untuk berinteraksi bersama rakan di alam maya. Ataupun aku perlu berkayuh sejauh hampir 10 km untuk mendapatkan perkhidmatan internet.


Bolehkah aku mendapatkan berita sepantas kilat ? Baru 10 minit kejadian jambatan runtuh di Perak, aku sudah mendapat maklumat dalam internet. Tetapi, bila mendapat berita seumpama itu, apa yang dapat kita lakukan ? Sekadar membaca dan bersedih. Itu sahaja, ya, setakat itu sahaja.

12 comments:

farah aminuddin said...

tulah. dulu takde internet pun tak kisah. sekarang susah sikit. sbb banyak benda perlu diselesaikan secara online

ez said...

abg long..
pantas sungguh masa berlalu kanss..

aNIe said...

Abg Long nak berpindah ke utara ke?

Tapi keadaan yang 30 dulu tu mungkin dah berubah sekarang abang Long...kawan2 dah tak main takraw lagik dah...

aintsuperwoman said...

susah jugak tu. Serba salah dibuatnya, sbb internet ni dr segi kebaikannya, cepat mndapat maklumat. of course kalau x ada internet pun life continues as usual, tapi seolah2 ada something is missing gituuuuuu....hehehe

Masy said...

selamat berpindah :)

CikguZue said...

salam,
apepun semoga yg terbaik sentiasa bersama2 abang long dan keluarga. best jugakkan dpt buat macam dulu2...

Mak Su said...

all the best

keep in touch

zino said...

zaman dah berubah.. segala nya pantas.. hari hari berlalu pantas minggu ke minggu pun pantas.. bila tenet di sekat di opis.. terasa macam satu kekurangan

walau apapun kaedah nya kita perlu sesuaikan kehidupan dengan keadaan keliling.. semuga abanglong terus berjaya..

xiiinam said...

20 tahun dahhhh....

nza said...

sedih lak baca n3 ni...mcm nk bw diri je abg long ni!!!!!

dfario said...

saya dah guna internet sejak dari thn 1998 di kawasan utara tanahair tu. InsyaAllah, cybercafe pun banyak rasanya.

Abang Long said...

TESTING