Thursday, May 14, 2009

DUA JENIS PEMBACA


Merangsang MINDA. Merangsang Syahwat.


Sudah lama aku perhatikan lambakan buku - buku, novel dan majalah yang ada di negara kita. Aku dapati ada dua kategori. Sebenarnya boleh dibahagikan kepada berpuluh kategori. Tetapi, aku sengaja membahagikan kepada hanya dua kategori.


Pertama, bahan bacaan yang boleh meranngsang MINDA. Dan kedua, bahan bacaan yang boleh meransang Syahwat.


Cuba perhatikan telatah atau perlakuan bakal pembeli kedua - dua jenis bacaan ini. Andainya si pembeli hendak membeli bahan bacaan yang meransang MINDA. Maka cuba perhatikan gaya, bahasa badan, lenggok kepala sewaktu membaca dan sebagainya. Dan dengan gaya seperti seorang yang 'terpelajar' maka si pembeli ini dengan bersopan meletakkan bahan bacaan yang hendak dibeli di atas meja kaunter dan seterusnya menghulurkan wang.


Dan ... cuba perhatikan pula kelibat dan keletah bakal pembeli bahan bacaan yang merangsang Nafsu dan Syahwat. Mereka akan memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu. Aku kerap memerhatikan kelakuan beberapa orang pelajar lelaki (berpakaian sekolah menengah tetapi hendak membeli novel picisan yang bertajuk 'Aku dahagakan sentuhan seorang lelaki,' mereka ini seperti 'kelemasan' dan kerimasan' ) sewaktu hendak membeli.


Pernah aku dengan bersahaja mempelawa dua orang pelajar lelaki untuk minum ABC di sebuah restoran. Setelah aku nyatakan hasrat beserta pujukan untuk mengenali lebih rapat dengan mereka.


Antara rumusan yang aku perolehi, kenapa mereka suka membeli bahan sedemikian ialah:


1 - Cerita yang merangsang nafsu.
2 - Terdapat gambar erotik. (Gambar wanita yang hanya menutup bahagian tertentu sahaja).
3 - Terdapat lakaran secara terperinci bahagian alat sulit.


Keputusan akhir. Bila aku tanya. Dan mereka menjawab secara jujur dan berani. "Kesudahannya, apa yang kamu akan buat, bila nafsu sudah menjalar kedalam tubuh kamu?"


Kedua - dua orang pelajar ini dengan tersenyum, menjawab "Nak buat apa lagi .... kami melancaplah ! Baru rasa lega !"


Aku hanya memandang mereka dengan terkebil - kebil. Maaf, fikiran aku sudah buntu untuk menyelesaikan persoalan ini. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa. Aku hanya mampu memberikan nasihat. Aku bukannya seorang Pakar Motivasi apatah lagi Pakar Biologi.


Yang penting ialah, kita sebagai ibu bapa mesti mengambil satu sikap yang jelas. Iaitu, kita wajib mendidik anak - anak supaya menyayangi dan mencintai bahan bacaan yang MERANGSANG MINDA.


Cukuplah. Cukuplah. Cukuplah dengan segala gejala soSIAL yang melanda negara ini !

19 comments:

cikceriacorner said...

abg long..
salam..sy semenjak da tua ni..sy lg suka baca buku yg berilmiah..
tp kalo buku bernafsu mcm buku resepi tu..kekadang merangsang nafsu sy terhadap mknan tu..hehhe..tp xbeli pon..
bdk2 zaman skrg terlalu advanced...pendidikan dr umah adalah pentingkan..

Neeza Shahril said...

seelok-eloknya parents kena pantau bahan bacaan anak-anak. Bimbang anak-anak buat benda yang tak sepatutnya kan..

Anonymous said...

hmmm.. ghitewww erkk

silversarina said...

Bila lambakan buku merangsang nafsu senang diperolehi , memang bukan salah anak-anak muda untuk membacanya kerana sifat ingin tahu dan ingin mencuba...malang sungguh umat manusia zaman ini . sebenanya menjadi tanggungjawab penulis untuk mengeluarkan buku2 yang merangsang minda dan juga kelulusan dari pihak berwajib ke atas buku2 yang merosak minda hendaklah diketatkan.

rudy bluehikari said...

sivik dtgnya dr rumah bukan dr cikgu sekolah. rumah adalah segala2nya.

Nukilan ida said...

salam abglong..
dulu i pernah tak beli novel coz my perspektif semuanya bernafsu semata2.. then now ada banyak yg berilmiah.. mengenai bebudak ini... kene terapkan sifat tanggungjawab dan kesedaran dalam diri mereka.. siapa yg menerapkan nilai2 ini??
org2 dulu sanggup sampai ikat anak kat pokok and sebat anak sebab untuk mendidik.. now ni leave it to police ajer kalu anak dah tak bleh dikawal olehnyer... sampai kat polis pun polis tak dapat nak kawal..

the main thing to pujuk them to do the right thing, mak bapak yg perlu show good example..worth to be followed..

From my experience, kalau anak2 dah masuk geng yg bermasalah sosial ni payah nak balik ke jalan yang lurus kecuali dah cedera teruk punya.. kengkadang parut bekas operation, bekas patah itu pun dibangga2kan, nak menunjukkan kelakian... kalau ikut hati saya biar hanto ajer kat afghanistan or palestin..tau hidup sebenar macamana.. budak 5 tahun kat sana pun bleh berfikir seperti orang umur 50 tahun..

Sori la siapa2 yg terasa..sekadar berkongsi pandangan

Jie said...

kena beli online la ...baru abang long tak perati..hehehehe

zino said...

buku2 tu tak sepatutnya berada di pasaran begitu juga dengan bahan lain yg sewaktu dengan nya..

Mak Su said...

hhhmmmm, titipkanlah keimanan sejati dalam setiap hati-hati kami yang lemah ini, aminnn

kuIna said...

sy beli online... x g kaunter...

Puteri Ezza said...

Salam Abang Long.

Apa khabar? Dah lama adinda tak berkunjung ke sini.

Adinda pun selalu cari bahan bacaan yang merangsang nafsu. Tapi merangsang nafsu yang positif.

Contohnya:
- Nafsu nak tambah pendapatan (buku-buku tentang Perniagaan Internet)
- Nafsu makan

Hikhik.

farah, s. said...

haih. bahan bacaan spt novel picisan ni tak patut dijual secara terbuka kot. atau xpayah ada langsung. sbb yg akan berminat nk belinya adalah budak2 remaja/budak2 sekolah yg masih muda, yg nafsunye tengah bergelora. isk.

zara aluwi said...

Tidak ada cara lain selain memantau apa yang anak kita baca.

Tidak dinafikan banyak bahan bacaan yang memaparkan babak persetubuhan yang jelas merosakkan fikiran remaja dan kanak-kanak terjual bebas di pasaran.

Kita harus mengingatkan kepada anak-anak kalau pilih buku sama macam pilih kawan. Jangan rosakkan iman kerana membaca bahan-bahan lucah ini.

aNIe said...

Abg Long...tu lah masalahnya sekarang...lambakan bahan2 bacaan yang berunsur lucah di pasaran dan senang didapati dimana2...

izman said...

saya rasa perlu ada juga garis panduan utuk buku2, mmg melambak buku erotik di pasaran sekarang, murah pulak tu.

Anonymous said...

Bonda saya mmg tegas ttg bhn bacaan ni, walaupun masa tu tak lah berlambak bahan bacaan mcm sekarang. Sampaikan kalau saya 'terbeli' atau 'terpinjam' apa-apa komik atau majalah hiburan pun, hancur lebur bahan tu dikerjakannya. Bila dah habis belajar dan kerja baru saya sedar apa tujuannya berbuat begitu..

ILA said...

Sukar utk di pantau..
Sukar utk di kawal...
nampak sangat pengetahuan agama di remehkan @ cetek.

Abang Long said...

ez - Kalau beli buku masakan, tapi tak masak ... alahai ... tapi, sekurang - kurangya, dapat menjamu mata ...hehehehehe

-------

Neeza Shahril - Ya, kita kena pantau, kalau tidak rasa ngeri dengan apa yang telah berlaku selama ini.

------

yginsaf - Berjaga - jaga adalah jalan terbaik.

------

silversarina - Semua pihak wajib bertanggungjawab.

------

rudybluehikari - YA BETUL ! Saya setuju !

------

Dr.Ida - TERIMA KASIH atas pandangan yang diberikan. TERIMA KASIH.

------

kujie - Beli secara online ? Hahahahaa ... habis kredit bapak.

------

zino - Memang masalah besar !

------

Maksu - Kita mesti mendoakan kesejahteraan anak - anak kita. AMIN.

------

kULNA - Kalau ada kad kredit, masalahnya pelajar sekolah mana ada kad kredit.

------

Abang Long said...

Puteri Ezza - Alahai ... memang betul, itupun merangsang nafsu ...hehehehehe

------

Farah Amin - Ini yang menjadi masalah terbesar. Bila buku seperti itu berlambak dipasaran.

------

ZARA ALUWI - Semua pihak mesti memainkan peranan.

------

aNIe - Rasa pening dan rasa kasihan dengan masalah sosial yang melanda.

------

izman - Mudah, murah. Tapi merosakkan masyarakat ! Tapi apa daya kita ?

------

mawarmerah2008 - Zaman sudah berubah dan lebih mencabar, ini yang kita takut sangat sekarang.

------

ILA - Berdoa, sahajalah. Semoga generasi kita tidak dirosakkan lagi .....