Tuesday, May 26, 2009

KISAH SEKS (3) TEGANG dikendurkan.


SPERMA.


Kalau aku tidak bercakap atau menulis sekalipun, hampir semua orang tahu dan mengambil tahu dan mahu tahu. Dan ianya membababitkan setiap manusia.


Sperma. Itulah asal kejadian manusia sesudah pembentukan Nabi Adam dan Hawa.


Kenapa, tiba - tiba sahaja aku menulis tentang benda itu ?


Bila sebut tentang sperma. Hampir pasti ianya melibatkan persoalan tentang seks. Baru - baru ini, aku mendapat limpahan maklumat tentang sperma.


Tetapi yang paling menarik sekali ialah tentang keadaan sperma yang telah matang. Dimana, ianya akan menyebabkan tindakbalas yang agresif dari seorang lelaki.


Baiklah, aku tidak mahu menulis secara panjang lebar atau secara ilmiah. Pengunjung boleh memperolehi maklumat tentang sperma dan persoalan seks dari pelbagai sumber.


Yang ingin aku utarakan disini ialah dari satu sudut pandangan sisi, yang jarang diambil kisah khususnya oleh kaum wanita atau lebih tepat lagi kurang diambil perhatian yang serius oleh seorang yang bertaraf isteri.


Dari pengalaman aku bergaul dengan pelbagai lapisan umur masyarakat. Aku dapati, ramai lelaki yang seperti tidak merasa puas dengan layanan isteri.


HARAP AMBIL PERHATIAN. Entri ini adalah sebagai panduan dan hasil pemerhatian sahaja. Bagi para isteri, entri ini adalah sebagai nasihat sahaja. Bukan untuk mencari salah silap sesiapapun.


Ada ketikanya si suami marah - marah, ada ketikanya si suami seperti tidak mahu mendengar kata isteri, ada ketika si suami seperti seorang yang terlalu bengis, ada ketikanya si suami seperti kurang memberikan perhatian kepada tugasnya dirumah.


Semua itu adalah (antara) petunjuk, dimana sperma atau air mani suami sudah mencapai tahap dimana, sperma didalam dirinya sudah mencapai tahap matang. Dalam erti kata mudah dan paling senang untuk aku kata ialah. Sperma atau air mani itu perlu dikeluarkan. Maaf, aku harap aku tidak menggunakan perkataan yang lucah.


Bayangkan, jika mengikut kaedah biologi. Sperma atau air mani akan matang dalam tempoh 4 hari sahaja. Dan cuba bayangkan, seandainya seorang lelaki atau suami itu tidak mendapat kesempatan untuk melunaskan tuntutan biologinya ? Apa yang akan berlaku ?


Zaman ini, dengan pergaulan bebas, dengan cara pemakaian gadis, perempuan dan wanita yang sememangnya boleh membangkitkan perasaan berahi kepada orang lelaki. Apabila tiba waktunya, maka seorang lelaki itu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk 'melegakan' perasaannya.


Dan amat rugi, seandainya perkara seperti ini terlepas pandang oleh para isteri. Bagi pihak lelaki, aku memohon supaya kaum wanita tidak memandang sepi akan perkara seperti ini. Seandainya para isteri boleh memahami dan mengetahui akan perubahan suami, maka seeloknya, lakukan sesuatu supaya suami merasa 'lega' dan kurang tekanan biologinya.


Ada yang bertanya, bagaimana seandainya si isteri dalam keadaan haid ? Dalam perkara ini, aku yakin dan pasti, seorang wanita atau isteri itu lebih mengetahui dan memahami, ada pelbagai cara untuk mengatasinya.


Biar aku bercakap tanpa tapisan. Seorang suami yang sudah tidak tertahan dengan tuntutan nafsunya, maka suami boleh melakukan melalui 2 cara. Pertama, suami boleh sahaja berpuasa. Kedua, mengeluarkan air mani dengan cara tersendiri. Tetapi perlu diingat. Perbuatan melancap, hukumnya adalah HARAM !


Tetapi seandainya air mani suami keluar dengan daya usaha dari isteri sendiri. Maka isteri mendapat PAHALA.


Perlu diingat. Urusan ini adalah berkait rapat dengan urusan agama. Pernah berlaku dimana Rasulullah telah terpandang wanita, dan Baginda merasa tidak tenteram. Setibanya di rumah, isterinya, iaitu Ruqayah sedang mengangkat bekalan diluar rumah. Lalu diajak oleh Baginda ke dalam rumah. Maka, Baginda telah menyempurnakan salah satu hukum tabie yang mendesak. Setelah selesai 'urusan itu' lalu baginda keluar dan menyatakan kepada para sahabat.


"Bahawasanya isterimu adalah seperti wanita diluar sana, seandainya kamu merasa suatu keperluan, maka 'datangilah' isterimu." Begitu indah urusan dan tuntutan agama diselesaikan.


Jadi, kepada para isteri yang membaca entri ini. ANDA lebih BIJAK untuk mengendalikan urusan sebegini. Jangan biarkan sehingga suami meronta - ronta dan berkata "Ah... air sudah naik kepala!"

21 comments:

IdaAnuar said...

abanglong..ini adalah ilmu yang sangat berguna.di sebabkan saya 5 tahun bekerja dgn klinik perbidanan jadi ini bukan lah sesuatu yang menjijikan.kita harus lah berfikiran terbuka.baru lah kita boleh tahu..membezakan sesuatu perkara itu.

Jie said...

Pandangan dari seorang suami dan biarlah kita sama2 mengambil iktibar untuk kebaikan bersama

pB said...

terima kasih abg long ....


ingat dulu masa belajar

kaum suami yang kdg kdg selsema , ada aja yang mengusik


wah dah berapa lama puasa tu , sampai meleleh keluar ikut lubang hidunggggg

chekgu Bani Hassim said...

huhu...
nasihat utk wife abang long jugak ke??
hehe

zino said...

satu pendedahan fakta yg perlu di beri perhatian.. hehe

Neeza Shahril said...

terima kasih kerana berkongsi abang long.. first time dengar ni..

Anonymous said...

sodey kannns kalo kena puasa selalu.. salamm abang long itteww

ANAKIRANA said...

bagus2....pendedahan eksklusif ni
insyallah..akan cuba jaga :)

DilOt said...

terima kasih...
1st time gak dgr ni...

leh amik sebagai ilmu untuk akan datang...

AiNeRzA said...

Salam...tumpang singgah abglong...nak minta ijin...nak copy entri ni boleh x?

Masy said...

wooo 1st time baca psl ni. cabang ilmu jugak. mekasih abg long :)

Anonymous said...

Ehehehehe........

Betul tu Abang Long.......

Sebenarnya Tie dah lama perasan...

Bila masa bulan puasa, ada seseorang tu...perangai dia pelik sikit.. Sebabnya mungkin wife dia kepenatan menyiapkan pakaian2 tempahan pelanggannya untuk hari raya...

Tie takut betul dgn dia, dah serik... dia nampak romantik semacam..hu hu..

Oh ya... bila suami dpt layanan secukupnya, perangai dia pun nampak tenang... bahagia la katakan...hi hi..

silversarina said...

Terimakasih berkongsi ilmu .

Bagi kami yang selalu berjauhan, masing2 kena lah faham situasi ini, kena sentiasa relax dan penuhkan masa dengan pelbagai lagi perkara yang penting dalam kehidupan seharian.

nadnye said...

Good info untuk para isteri...

aNIe said...

Abang Long...kalau orang perempuan...masa sebelum haid atau semasa haid adalah dimana ketikanya emosi isteri tak menentu...jadi masa emosi lelaki tak menentu ialah bila sperma dia sepatutnya dikeluarkan ye...hmmmm....*dah tua2 pun tak tau lagik...heheheh*

maza said...

wah! memang fantastik ler.. heheh

sebenarnya maza dah tau lama dah pasal nie. cuma segan nak taruk kat blog sanun tu ha..

tapi dgn adanya paparan sebegini, perkhh jadi satu rujukan yg berguna sesangat..

terima kasih abg long kerana berani bercakap benar, dan membuat pendedahan maut ini.. huuhuhu

hehehhe

cikceriacorner said...

thanx abg long..ilmu baru ni..b4 ni xtau pon..agak naif gak sy..

Nukilan ida said...

dua-dua ada mood swing..mcm kak anie ckap kalu pempuan masa nak period.. kalu laki2 masa dah matang spermanya.. so kene under2stand each other ler.. okay..tima kasih byk2 dgn peringatan ini abglong

Abang Long said...

IdaAnuar - Ini juga tugas dakwah bersama. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Amat dihargai.

------

Kujie - Saya hanya menyampaikan sesuatu yang selama ini terbuku dihati para suami.

------

pB - Kita berkongsi ilmu untuk kebahagiaan suami isteri.

------

CheguBaniHassim - Isteri Abang long sudah lama tahu. Alhamdulillah.

------

zino - Ini memang KES BERAT. Hehehehe

------

Neeza Shahril - InsyaAllah, akan ada lagi entri yng menggemparkan.

------

memanglumayan - Berpuasa pun bagus. Dapat pahala.

Abang Long said...

kirana - Memang pendedahan eksklusif. JAGALAH suami sebaik - baiknya.

------

DilOt - Kita berkongsi ilmu.


------

AiRnERzA - Kita berkongsi ilmu. Dipersilakan...

------

masy - Pertama kali mendengar ? Alahaiiiii...hehehehe

------

kayteeze - Berikan layanan KELAS PERTAMA kepada suami. Dan kemudian lihatlah perubahannya.

------

silversarina - Yang penting persefahman dan kerjasama.

------

nadnye - Gunakan kearah kebaikan bersama.


------

aNIe - Cuba berikan layanan KELAS PERTAMA. Setelah suami merasa lega dan lapang, cuba lihat perbezaan sikapnya. PASTI BERUBAH !

------

maza - PENDEDAHAN MAUT. PENDEDAHAN EKSKLUSIF dan sebagainya. Ada sambungannya ...


------

ez - TUNGGU. Ada lagi sambungannya !

------

DrIda - TERIMA KASIH kerana sudi memberikan teguran.

nurie said...

inilah ujian kbijaksanaan si isteri. Ingat...bukan setiap kali suami marah2 minta disenggama. Yg penting adalah layanan mesra...klu dia mmg nak, pasti ada hint yg lbh2. Apapun, suami isteri harus saling memahami.